aku menonton sebuah drama korea sebentar tadi. tengok pun dah hujung. tapi betul-betul kena batang hidung. aku dapat relate dengan cerita tu sekaligus membuatkan aku menangis teresak-esak. satu perkara aku belajar, sabar itu indah.
kalaulah dulu aku lebih bersabar dan menjaga pertuturan dan perbuatan aku. dulu, aku baran. aku masih lagi baran aku rasa, cuma adakalanya aku lebih banyak berdiam diri terutama bila aku sedang marah dan sedikit emosi atau berkecil hati.
sebab aku pernah buat silap dulu. aku tak mahu buat silap yang akan aku sesali sampai mati sekali lagi. cukuplah satu kali itu.
kebelakangan ini aku agak stress tentang suatu perkara. entahlah. tak guna pun aku berkecil hati. dalam hal ini, tiada siapa yang patut dipersalahkan, walaupun diri aku sendiri. aku cuma berdoa agar perkara yang merungsingkan aku ini selesai dengan cepat. kadang bukan aku mahukan sangat perkara itu, cukup jika aku tidak rasa tersisih atau terhegeh-hegeh.
aku wanita berego tinggi. jadi aku rasa, aku perlu diyakinkan sebab kepantangan aku bila aku terasa seperti aku perigi cari timba. dan orang sekeliling aku tidak membantu sebab di malaysia, perempuan cuma manusia kelas dua.
entahlah. entri malam ini cumalah luahan hati sayu aku yang tak boleh aku luahkan dengan perkataan. tadi, aku ketawa riang sekali. dan seperti yang dijangka, aku menangis bila keseorangan.
berharap sunyi ini akan berakhir. tapi bila?
No comments:
Post a Comment