walaupun awak selalu kata saya tak jiwang mahupun romantis, di mana saya memang tak reti nak berbasa basi berpuitis, tapi saya suka dengan awak, sayang awak tau.
saya bukan orang yang pandai sangat bermain kata-kata, apatah lagi mahu bermulut manis seperti awak selalu buat dengan saya.
tapi awaklah satu-satunya kawan baik saya. yang sentiasa ada menemani saya pagi petang siang dan malam.
bila awak tak ada, saya jadi pendiam. tiba-tiba suara serak sebab terlalu lama diam tanpa bersuara bergelak ketawa.
dan ini baru hari pertama. betapa tak cerianya hidup saya tanpa awak. cepatlah pulang. saya rindu.
memikirkan awak ke sana nak shopping barang-barang kita (wiu3), saya anggap aje awak balik taiping. tapi kali ini lama sikit.
saya berdoa masa berlalu begitu pantas. tadi awak pesan, keep yourself occupied. saya dah cuba tapi tetap kosong juga rasa.
saya sedih tadi, sampai tak sanggup tengok muka awak betul-betul. baju awak pun saya tak tengok. saya tengok sipi-sipi aje masa dalam kereta.
dan sekarang saya rindu. sangat. cepatlah balik.
hihih i sudah pulang!
ReplyDeletehik3 misssshhhhhhhhhhhhhhhhhh youuuuuuuuuuuuuuuu!
ReplyDelete