Tuesday, October 9, 2012

let's talk about ethics.

i'm supposed to be sleeping, but i'm so called to write on ethical issues that have put many into dilemmas including myself.

selama aku hidup, aku sangat berperasaan negatif dengan insurans. hakikatnya, i'm not alone. most malays memang tak mempunyai insurans perlindungan perubatan whatsoever. masa aku menjadi wakil insuran bekerja makan gaji dengan sebuah bank, susah nak buat sales dengan malays. yang akan menjadi sasaran adalah kaum lain. disebabkan aku boleh berbahasa inggeris dengan baik, so mereka letak aku di tengah bandar di mana bahasa pertama adalah bahasa inggeris. but that's not the point la aku nak cerita adoi meleret pulak.

and btw, aku kerja tu pun sebab tersilap percaturan. keluar mulut buaya masuk mulut rimau ibaratnya. yang membuatkan aku seronok cuma gajinya ahaksss mata duitan iols ni. 

sepanjang aku bekerja, banyak kali juga kami dihantar training. memang pelbagai dakyah dan ceramah la masuk telinga ni. tapi bagusnya aku ni (memuji diri sendiri tanpa rasa riak bahahha) adalah aku bukan jenis main amik sumbat macam tu je. aku jenis suka berfikir. aku akan fikir dan cuba lihat dari macam-macam sudut.

antara dakyah menjual yang diajar adalah dengan tidak mencanangkan apa yang tidak perlu. some people, they are ignorant and very materialistic - dua kombinasi sikap yang tidak bagus, terutamanya bagi orang islam. antara selling point insurans adalah duit menjadi bukit. seronok kalau dengar tetiba boleh buat duit cara mudah ni. ramai terjebuk, percayalah.

antara perkara yang ramai tidak tahu, pelaburan paling tinggi risiko tetapi pulangan lumayan adalah benda-benda yang tidak halalan toyyiban atau kehalalannya diragui. kalau mengikut mentor aku, jangan risau sebab pelanggan boleh memilih kaedah pelaburan yang mereka mahu. MEMILIH. dooowhhh. kalau islamik, dah kompem-kompem pelaburan berisiko rendah, pulangan rendah which is in other words duit naik pelan-pelan kayuh. secara lojisnya, memang tiada pilihan pun so kau nak pilih apa dowhhh?

memanglah kau boleh push untuk pelaburan halalan, tapi bagi si mata duitan ada dia kesah? ada jenis main langgar sental aje. so saham subahat ye di situ, kawan-kawan. in fact, sampai sekarang aku masih belum mendapat jawapan telus daripada mana-mana ejen insuran - pelaburan risiko rendah yang halal itu adalah apa? berbelit-belit jawapan dia nanti. tak caya, cubalah. been there done that bahahaaa.

nak beli insurans, kena hati-hati. ada ejen tak ambil kira perihal dosa pahala. kadang demi duit, orang sanggup tutup mata. aku cakap daripada pengalaman. terus terang cakap, orang kalau buat bisnes mesti nak untung. samada sikit ke banyak ke, yang tu kena tepuk dada tanya selera.

pada aku, ejen yang dengan sengaja menjual benda tak halal ni adalah tidak beretika. jangan cakap kau tak ada pilihan, ini periuk nasi kau. sebab periuk nasi la kena jaga betul-betul bagi bersih. aku tak kata aku baik sangat, lu pikir la sendiri.

aku berhenti pun banyak sebab. aku tak suka jual menda aku tak yakin. aku ragu-ragu, dan pada aku kalau dah ragu-ragu hukumnya makruh so berhentilah jawapan paling baik. kebetulan bapak aku jatuh sakit, lagilah bagi akku ibarat petanda bahaha. 

to qila, aku tau ko boleh decide what's best lagi-lagi untuk amna. tapi entah kenapa aku rasa bengang gila ngan ejen kau tu hahahahaaa. sila tukar ejen, please. cari yang kau kenal. aku last-last dah malas nak fikir, aku amik student as ejen aku. siap aku ugut kalau ada sebarang penipuan, i sue you bahahahaaa.

lagipun, carik orang yang ko betul-betul comfortable to deal with. boleh diganggu anytime hahaha. eh tapi ko dah ada insurans so you know better than me rasanya hihihi. semoga urusan kau dipermudahkan. andddd AMNA GEBUS GILA KOT. apa khasiat susu kau ni haaaa hahahahhaha.

2 comments:

  1. asalnya agent aku ni agen kawan aku.. he is a guy..dia ok.

    tapi pahtu dia pass aku kat adik ipar dia.. yang nampak kurg educated berbanding abg iparnya so deal dgn dia mcm kurang best.

    camne nak tukar agent?

    aku mmg nak ambil takaful untuk amna.. lucky aku sedar cepat2 aritu.

    amna gebus minum susu penuh carbs dari aku. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. direct je cakap kat kawan kau tu, kau nak close deal dengan dia, not with the in law. kau bagi je alasan senang amik ngn orang yang sama ko amik dulu.

      adakah dia pass ko dekat inlaw dia sebab dia dah tak buat deal, or sebab nak tolong in law dia buat sale? it's your right to choose, and not you to blame.

      agent kalau tak educated memang tak best i tell you. nanti bila timbul isu apa-apa, service lembab because everything nak kena refer sana sini hahahaa. lepas tu ada high possibility buat kesilapan. kalau kau jenis sabar, takpela. aku kureng sikit haahaha.

      hihi gomol dia on my behalf ye.

      Delete