adrenalin rushhhhhhhhh. hatiku berdebar-debar. mindaku berputar-putar. mulut menguntum senyum mungil. memikirkan how stupid i've become. and sedikit bersedih.
jika diberi sejuta pun, belum tentu aku akan memilih sebaliknya. tapi aku rasa pasrah dan redha itu satu keperluan dalam hidup. sebanyak mana kita kata rukun iman yang keenam itu adalah percaya kepada qada dan qadar, aku rasa sangat penting untuk bukan hanya percaya di mulut tapi di hati.
tanya sama hati, pasti mati. kalau kau tanya apa yang ada di dalam hati aku sekarang - kompem bukan yang aku banggakan. dan aku akan pilih untuk hanya diam. dalam hidup tak perlu terlalu jujur, itu yang telah aku belajar lama dulu.
cuma kadangkala aku ini tidak sabar. hati mudah membentak penuh amarah. not proud, at all. aku mohon minta hati ini lebih sabar dan mulut ini lebih banyak dikunci. aku seronok dengan apa yang aku ketahui sebentar tadi but at the same time aku tak boleh nafikan perasaan sedih dan kecewa yang tersarang.
entahlah, panggil aku tamak atau tidak sabar. aku tidak kisah. kerana ini yang aku rasa. dan aku mohon moga jalan dibuka untuk aku, dengan kurang liku lekuk bonggol. penat sudah. percaya sudah, bersabar sudah.
cukup sabar, tak tahu.
No comments:
Post a Comment