Friday, February 24, 2012

tentang seri.

comel jugak orang kita neh, bila orang kahwin yang dikisahkan muka seri ke tak seri. benda neh aku rasa sangat subjektif. i mean, kalau boleh ada perumpamaan beauty is in the eyes of the beholders, maksudnya cantik itu bergantung pada taste and pandangan masing-masinglah, kan?

macam tak seronok dengar dan baca bila ada yang cakap tak berseri, mungkin sudah ditebuk la, tak dara la, whatsoever la. bukankah fitnah jadinya kalau tanggapan itu tak benar. dan fitnah itukan dosa besar. kau sibuk canang orang tidak bertudung, tidak menutup aurat, bercinta berpeluk-peluk - walhal masih banyak perkara lain yang harus dibimbangkan. fitnah, syak wasangka, hasad dengki- penyakit hati yang boleh meruntuhkan bangsa dan agama.

eceh bercakap gaya ustajah aje aku ni. tapi betol lah, aku tak gemar dengan orang yang suka buat telahan sendiri. mungkin pengantin tidak nampak begitu jelita kerana silap percaturan mak andam, atau gaya rambut, baju, warna dan olesan eye shadow and lipstick tak sesuai. atau mungkin pengantin keletihan kerana menguruskan majlis. we don't know, so don't simply make assumption.

nak kata tak cantik, fine. tapi jangan disambung ayat belakang tu. tak perlu kot. cuba bayangkan it was you. mesti rasa sangat sedih, kan?

kadang kalau aku fikirkan kewujudan manusia-manusia begini, terus aku rasa malas nak kahwin. sebabnya dah lah kenduri aku kena keluar duit ribu riban bagi makan free, nak kena bagi ole-ole lagi, lepas tu dikutuk macam-macam kalau ada yang tak kena. that's sooo my people style. kat kampung aku, at least.

mungkin orang tempat korang baik-baik. mungkin la.

5 comments:

  1. aku kawen dulu p naik seri so aku berseri la.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe aah aku tengok gambar kawen ko pun jelita je esheeehhhhh hahaha.

      Delete
    2. hehe ala blushing la ai mcm ni *^^* gahaha

      Delete
  2. btol..semuanya timbul dri sikap suke mengumpat. masalah org mlayu mcm ni la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh mengumpat berdua meh. hahah ironik.

      Delete