Saturday, April 21, 2012

hari yang seronok nok nok hihihi.

hari dimulakan dengan terkocoh-kocoh ke klinik gigi untuk appointment root canal treatment. gigi aku hypersensitive selepas aku menampalnya beberapa bulan lepas. dah xray pun masih tak tahu punca, neh sensitif sampai minum air kosong pun ngilu tak payah tunggu air sejuk mahupun panas. maka, aku nekad bagi mati gigi tu. turned out to be, masa dah tebuk masuk ke nerve, baru tau dah ada inflammation kat nerve so that's why grrrr. katanya proses ini menyakitkan, tapi syukur tadi sakit tang bius je yang lain okay seronok je balik rumah makan keropok beras kruk kruk krukkkk. rupanya bila hilang ubat kebas terus aku pun bisu seribu bahasa hahahaha sakit jugak rupanya.

but itu bukan penghalang. bila BK ajak pergi makan rojak bellamy, lupa terus sakit gigi hahhaha kalau tang makan toksah cakap apa la hissh. maka kami pun pergilah menuju ke tempat yang diidamkan. mee goreng dia.... memang speechless. one of the best, ikut taste akulah. memang sedap. mee yang digunakan memang segar hik3.. *gaya komentar pengacara jjcm versi cina*. mujur dah buat pact awal-awal makan mesti ingat kena share kalu tak kompem aku bedal mee goreng tuh sampai habis. rojak pun sedap, sebab sotong dia sedap hahahaaa tah apa komen nehhh. kuah dia manis sikitlah daripada yang biasa aku makan, tapi masih sedap lagi nom3 .

nah la gambar amik kat blog ni. kami tak ambil gambar sebab dah pelahap sangat. nak tau lebih lanjut, boleh google la hehehee.


 mee rojak. boleh request extra sutun.


mee goreng meletop kebabow aku bagi nama dia.


lepas makan, perjalanan diteruskan ke sunway pyramid. sebab aku la gatai sibuk nak tengok kedai payless yang dipromote jumie. walaupun kaki tu tidaklah agam sangat tapi apa sahaja berkaitan kasut, aku suka. dah datang, tak pasal terjebuk beli padahal konon nak cuci mata. amboiiiiii dalam sengkek-sengkek nak hujung bulan dan lagi naaaa.


sebab dia kata 40 ONLY, tuh yang kena gak beli tu hahaha alasan.

dah penat try-try kasut sampai tergeliat pinggang, haruslah kena minum-minum lepas tu. tapi sebab aunty anne's tade tempat nak melabuhkan punggung, kami pun tak jadilah menum lemonade. terus terjebuk minum yogurt lembu. mula amik sample sebab malu-malu gedik, bila makan sedap pulak and lagi murah dari tutiputi tuuuh. yang jimat, mesti kita dahulukan hehehehe.

 oreo dengan cornflakes.


 1 topping free, add one for rm1


sedaaaaap i tell you. now gigi dah tak sakit boleh makan banyakkkk kalau tak asyik kena give in sebab tak tahan ngilu hehehee.


duhhh. the name represents itself.


balik, singgah apa tah nama tempat lagi satu tu ek? tak ingat plak hahaha. kemudian on the way pulang lalu jalan belakang sempat lagi beli jagung daripada orang asli semata sebab mengidam nak cucur jagung. dasar pelahaaaaaap hahaha.

so mari menggoreng nom nom nom. terima kasih BK kerana bawa jenjalan today. semoga rezeki kita semakin bertambah boleh jalan jauhhhh lagi kwang kwang kwang.

4 comments:

  1. sports direct kot..x igt ah. hihihi. amboi lepas geram naa dpt mkn frozen yogi. huhuhuhu. tu ah pelik tu..ble mase bb snap gambar rojaknye. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas geram betoi laaa selalu dok makan topping je sebab makan tu tak ngilu hahahahaaa.

      tak dan dah nak tangkap gambaq la. pulun sakan makan eh eh awat kita cakap penang neeeehhhh hahahaa. nanti kalau lepas ni i mengidam nak makan mi grg dia lagi... abeh la u kena bawak jauh-jauh pegi... sapa suh ajar makan jauh-jauh.

      Delete
  2. heheheh no prob. janji sedap...hik3.

    ReplyDelete
  3. hooorayyyy hihih neh yang kena buat entry 5 perkara kenapa saya suka awak neh bahahaha.

    ReplyDelete