Sunday, April 1, 2012

lain padang, lain belalang. belalang goreng memang sedap eh ehhhh.

pagi ini aku terlajak tidur. padahal assignment masih belum siap. bangun sahaja, terpisat-pisat on laptop, baca 9gag ehhh hahahahhaa. lepas dah tak berapa pisat, barulah mulakan kerja. bukak file, kemudian termenung seketika sambil makan roti ceklat. haih apakah yang ingin kucarut hari ini? semalam sudah mencarut hampir lapan muka surat. bila aku baca balik, semacam sudah terkeluar tajuk hahahaha mampuuuuusssss.

kalau mengikut perancangan, sepatutnya semalam sudah siap maka boleh berpoya-poya hari ini. tapi apakan daya. kita hanya mampu merancang esheeeehhhh tu lah scumbag lagi suka buat kerja lambat-lambat kan dah stress bila tak siap hewhewhewww. patutnya kalau sudah siap, hari ini plan nak pergi makan kenduri dengan mama. konon kalau tak siap, nak ikat diri sendiri di kerusi buat sampai siap. no kenduri, no no no. tapi aku dah kena mental block tadi, kalau ikat kat kerusi pun end up akan merapu buang masa meroyan-royan maka lebih baik aku cabut balik ampang hahaha. oh mental block tu, one level higher than writer's block, menurut akulahhh tak perlulah sampai tulis kat blog pun nak kena citation ingat ni esemen ke haaaaahhhhhhh heh emoooo.

bila balik rumah berhibur dengan keluarga, baca pula ucapan tamiah dan tiupan kata-kata semangat dari yang tersayang, fuuuhhhh terus bersemangat hilang burn out aku hahaha getiss. 

buat bakal suami ku (selit elemen gedik sikit),

aku ni anak yatim. bapak pun tak ada. kalau selalu papa yang bakar semangat aku, kali ni aku ada kamu. walaupun kenaikan pangkat aku itu ditujukan kepada papa dan mama, tetaplah tanpa kau aku tah kemana-kemana dah. kerja pun tak pergi agaknya hahahahaha. dan sesungguhnya, apa yang aku ada hari ini adalah untuk kita kongsi bersama.

pendek kata, aku adalah kamu. dan kamu adalah aku. jadi buat apa nak tujukan kenaikan pangkat tu kat diri sendiri. tanpa diri sendiri, siapalah kita ecewah kau paham tak? kalau tak paham nanti dalam kereta aku bebel lagi sambil mengiau ngiauuu depan kau untuk tambah elemen romantis dan manja.

ke kau nak aku nyalakan lilin sambil menyanyi? sebab kalau aku nak pegang lilin, aku takleh main gitar. takkan nak main gitar pakai kaki kan? tapi ketahuilah bahawa kalau tak pegang lilin pun aku memang tak reti main gitar pun castanet pun main bersepah hahahahhaa.

dah, aku nak tidur. konon semangat dah membara, migrain pun nak turut sama membara-bara juga. nyahhhh kau migrain. ai hate yuuu.

2 comments:

  1. miow2..malu~ ah i palau org men gitar..kekeke. lawak jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngu3 terharu tak i buat dedikasi entri untuk u?

      Delete