Friday, August 31, 2012

weehooo.

nak jadi stalker pun gagal sebab i seriously tak ingat nama exes bahahahaaa. seriously sheeetttt tak tipu. bagus kan? aneh kalau fikir sebab dulu kemain ingat takkan lupa sampai bila-bila hahahahaa.

on the other hand, aku terasa sungguh ancient sekali sebab dah bersama the other half agak lama; dari zaman abang sulung tak kahwin sampai lah yang kedua pun dan ada anak. haiyoooo.

dari yang tak jadi ke jadi bla bla bla. patutlah bakal biras suka tanya aku macam-macam sungguh berinformasi aku ni hahahaha. tanak tahu pun tapi nak buat macam mana, dah sejarah percintaan aku memang lama jadi nak tanak tertahu jugak la huhuhu.

anehnya, cerita orang boleh ingat. exes sendiri lupa. haaa cemana tu? hahahaha.

as expected.

aku sebenarnya dah boleh agak perangai student ni. kalau dia cakap dia nak datang beraya ke rumah tu, iyekan ajelah sebab kalau tak bagi nanti dia kata kita kerek la apa la. lepas tu rileks je tayah prepare apa-apa sebab dah tahu ending memang tak datang hehehee.

tapi entah kenapa raya ni aku la yang semangat sangat pulak tetiba. message semua adik beradik kot nak join buat makan-makan. ha ada sebablah napa text adik beradik je tak bitau mak kannnnn. last-last mak dapat tahu, habis sekampung dijemput.

-__________-"

aku plan asalnya nak makan-makan konsep kita-kita aje, tak la meriah sangat. nak try masak soto ayam, gentel bergedel bla bla bla. simple je. dapat dekat mak, habis menu tetiba jadi laksa dan nasi lemak.

-_____________________________-"

aku dah cakap tayah, buat yang simple-simple aje. tak penat sangat, aku pun malas nak kopek-kopek perisi ikan tu. dah tahu dah siapa yang akan kena kerah nanti, so aku tak nak. MALAS, tahu? malas nak jadi hamba abdi. lagipun malas nak masak nasi lemak sebab ni raya, dan nak makan tengahari sampai petang jadi menu tak sesuai. periuk nasi pun comel je kompem kena masak banyak kali. plus weekend kan, jadi mesti tamu pun banyak rumah nak pergi. tapi takkkkkk. nak jugak melawan tuh. nak jugak tuh buat yang renyah-renyah. nak jugak yang banyak kerja.

aku memang dah nekad nak balik malam ni. cuti ni, nak la rehat-rehat. nak la study ke kemas rumah ke terbongkang ke. haaaa end up dah kena call suruh balik buat kerja. memang sedebik aku bagilahhh.

aku bukan hamba abdi. kalau sebelum ni aku tegar je ikut je demi konon nak masuk syurga la pahala la dosa derhaka la apa la, aku rasa sama je kalau aku buat dengan hati tak ikhlas, kutuk mengutuk dalam hati dan mengadu pada the other half lepas tu bergaduh-gaduh sebab dia marahkan aku suka sangat lembut hati - sama je masalahnya.

bezanya, satu penat kena buat kerja macam hamba, satu lagi aku boleh buat ikut suka wahahaaaa mestilah pilihan yang kedua.

lagi sekali aku tegaskan, aku bukan hamba sahaya. nak buat open house untuk sedara - semua wajib bantu or else tayah buat. in fact bukan sedara aku seorang. and bukan aku yang galak menjemput. i'll help if only orang lain pun contribute sama.

sudah-sudahlah menjadikan diri hamba untuk keluarga sendiri. letih, okay?

Tuesday, August 28, 2012

kendu kendur kedu kedut.

susahnya nak beli property atas orang ni. nak-nak muda belia kendu lagi hahahaa. aku consider diri aku mudalahhh lagi ni. beli atas orang, banyak sangat prosedur dan kerenah birokrasi. leceh. kalau beli dengan developer lagi mudah. tapi lebih risky. tepuk dada tanya seleralah lebih suka yang mana.

aku dok sebut-sebut nak beli rumah, dan dah ada rumah yang berkenan di hati - tapi kerana aku kelambatan bertindak plus masih berbelah bahagi maka rumah itu sudah pun ado pembelinya. aku kecewalah jugak, tapi sikit jela pun sebab aku rasa kalau bukan rezeki tu, dah dalam tangan pun boleh terlepas.

however, sepanjang masa mempertimbangkan nak beli ke tidak ni, aku belajar banyak perkara. antaranya kawan ajar step by step cemana nak deal dengan owner la, nak deal dengan bank la, macam mana nak buat duit lebih la dan sebagainya. such a helpful friend walaupun dah jauh kena tukar ke ipoh huhuh kalau dia ada kat nilai boleh jugak aku ngendeng dia mintak tolong.

dan aku belajar jugak bahawa tak semua impian kita akan terlaksana. dengan harga hartanah yang kian melambung, aku memang tak mampu kalau difikir-fikirkan semula. kerajaan toksah tipulah konon buat skim rumah pertamaku la apa la tetap jugak cekik darah. cam'on la, takkan la ada orang sengaja nak rugi, kan? lepas tu ingat senang ke nak dapat menatang tu. kerenah birokrasi toksah cakaplah.

in a way, aku lega sebab kalau tak lah asyik terfikir-fikir dan sedikit sedih each time fikir aku tak mampu bahahahaha. kau imagine, ada degree pun masih live in poverty - tak ke sedih tu? memangla orang kata bersyukur, at least cukup makan pakai. alhamdulillah, memang bersyukur, memang tak pernah lagi kelaparan. tapi aku cuma nak nyatakan bahawa living cost sekarang sangat tinggi; gaji degree pun cukup-cukup makan je. jadi kau bayanglah yang tak ada kelulusan. tak ke kesian?

sebab tu aku tekad sambung belajar. kalau fikir penat dan letih, memang tak seronok. stress kerja menimbun pi tambah beban komitmen lagi. kalau boleh nak balik kerja terbongkang tak payah fikir apa dah. kalau diberi pilihan nak aje duduk rumah goyang kaki duit masyukkkk hahaha jadi anak ayam bolehla kot. tak betah pulak pikir takde kerja menyangap pulak nanti.

haih dalam keadaan ekonomi sekarang, aku kena atur strategi. peringatan buat kalian, simpanan sangat penting. tak kisahlah untuk kahwin ke, beli rumah ke, tanpa tujuan ke. duit is almost everything now.

tanpa duit, jangan haraplah nak bahagia. tak percaya? renung-renungkanlah nescaya kau akan faham apa aku cakap ni. 

haishhhh kedu mak tauuu.

Sunday, August 26, 2012

menjadi dewasa.

being an adult is never easy. more don'ts, kan? kalau sentap, people would say tak matang. as if being an adult means no heart, no hard feelings at all. being an adult means you are no longer accepted as a human being with flaws. semuanya diperhatikan. itu tak boleh, ini tak boleh. nak-nak kalau perempuan.

heh apalah aku merepek ni bahahaa.

aku tadi beraya rumah the other half. it was unplanned, so i just wore tshirt and jeans. hihi segan sebenarnya tuhan ajalah yang tahu. aku rasa aku memang suka kuih samperit. kau bagila samperit rupa macam mana, aku telan je. sedap ke tak sedap ke setel aku kerjakan. tadi kat rumah the other half, besar gabak samperit dia terkudut jugak aku tiga kali gigit baru habis. tapi sedapppp. sungguh tak sangka ahaksss.

apa perasaan kau bila kau terperasan sesuatu for the second time? contoh macam kau berada di kalangan orang luar, bukan keluarga dan kau perasan ada dua orang perempuan which apparently are best friends (and you, unfortunately had an issue with one of them), pandang-pandang kau dan berbisik - trying not to make it obvious but failed miserably. twice, okay. masa the first time aku terperasan, i was so sad. rasa serba tak kena macam buruk hina gila diri ini waaahhh drama kau hahaha but seriously that was what i felt. it took me some time to get over it, cubaan bersangka baik berjuta kali dan sebagainya. i shared what i felt at last with the other half - tapi aku tak tahulah dia ingat ke tak bahahahaa but whatever.

to my surprise, the second time - aku sungguh bersahaja. tak ada rasa marah, tak ada rasa sedih. cuma rasa gembira sebab i just don't care. tetiba aku rasa aku sungguh matang. sebab instead of blaming myself and feel sorry and be dramatic, aku buat bodoh je and meneruskan kehidupan dengan penuh rasa mengantuk dan bahagia bahahahaa. aku rasa kesian dan pathetic dengan dua orang tersebut. entahlah, in that situation, aku sebenarnya lebih tak suka the best friend than the girl i had the issue with. sebab all this while dia dah okay pun dengan aku. ni mesti kawan baik tu yang kepohci tanya-tanya ni (bersangka buruk sekejap) ke sebenarnya dia kebetulan nak tahu aku siapa ke apa ke cuma sebab mulut beliau sedikit ducky muncung akibat hisap pacifier tu, so nampak macam minah kepoh ahakssss tak baik aku ni heh.

whatever it is, i'm surprised at how calm i was. cepat-cepat meh kita tepuk tangan hihihi. bangganya, mak dah matang nokssssss hahahahaha. tapi kalau cakap pasal kahwin terus tetiba mood swing hahahaaa.

hoih sepatutnya malam ni nak study, tapi tah alahan apa ni mata aku bengkak meleleh-leleh airmata. adakah ini tanda aku patut membuta aje? hew hew hewwwww i loikeeee.

at this age, aku notice aku mudah sentap untuk perkara yang lebih penting. aku sekarang memang terasa bersalah sangat bila aku sepertinya telah memaksa the other half kahwin tahun depan, lepas tu terbaca atau terdengar statement dia seperti terpaksa ke apa ke - terus sentap lelebih lepas tu berang dengan dia hahahahaa nampak tak emosi kat situ?

gedik la wehhh. so tak cool. heh.

Thursday, August 23, 2012

tomorrow is friday!

i miss my home. rindu yang amat sangat. now i understand apa tok epon rasa kalau lama-lama kena duduk rumah anak-anak. but since dia pun dah tak berapa sihat dan sudah sedikit (macam banyak je) nyanyuk, aku rasa dia tak heran dah hihihi. tapi aku kan sihat lagi, alhamdulillahhhh. rindu sangat sama katil sendiri. bilik air sendiri. meja study (seriously tak tipu) and paling rindu sofa ada rasa kayu kat tengah bahahaha. pendek kata rindu la di rumah kecil ku itu.

jadi aku decide nak balik esok. awal sikit. sebab dah terlalu rindu ecewaaahh. tapi sabtu mungkin kena balik ambil mama dan bawa pergi beraya. yang tu mesti pergi sebab dia kawan baik papa. masa papa meninggal, nangis dia wooo. sedangkan abang sendiri pun tak macam tu. kakak kandung pun tak datang. heh. lepas tu dia rajin pulak keep in touch dengan aku so macam rasa bersalah jugak if tak pergi kan.

paper midterm dah habis ditanda. aku tak dapat membayangkan betapa horrornya nanti bila kena menanda untuk final mereka. banyak wehhhh skrip jawapan hadoyaiii. ngeri. tetiba terus rasa nak terberon. brb.

eh tak jadi la. mengada tau perut ni. btw, aku rasa berat aku berganda naik. tu lagi satu sebab aku nak balik cepat. melampau bosan duduk sini jadi masa banyak dihabiskan dengan tidur dan makan. BAHAYA, okay? esok nak chekidaut gym start buka bila. aku nak buat satu challenge ni - nanti kalau berjaya aku bitau. kalau aku diam je tu toksahlah gatai tanya mau aku tunjai pala tu satgi bahahhaaaa.

rindu sangaaatttttt. tak sabar nak tunggu esok hihihi. tadi sakan beria kemas beg, sekali terlepas botol parfum dari tangan montel kuuuu. adui berkecai rasa hati tengok dia tergolek. pecah tutupnya. haih sedih dahlah the other half beli di australia. sedih sedih walaupun cuma tutup je yang pecah tetap hiba hatikuuu. sebab selama dia belikan ni, tak pernah cedera hatta sedikit botolnya. yang lama-lama pun ada lagi aku simpan walaupun semak (dah serupa hoarder dah aku ni).

haih cemerkap betul. meh nak babap tangan.

looking forward to?

tahun depan, mungkin tahun terakhir aku beraya sebagai orang bujang. in a way, aku sangat teruja sebab nak merasa kemeriahan suasana raya tu. bukan tak boleh rasa dalam keluarga sendiri, tapi 'meriah' tu lain jenis sikit bahahaha.

and tambahan pula aku dah tak ada ayah. so sangat excited nak ada bapa semula hihihi. macam bodoh, kan? mungkinlah bapa mertua tak macam bapa sendiri tapi aku excited jugak sebab at least ada bapa.

raya tahun ni aku rasa paling depressed. pertama sebab aku nak peod. kedua, sebab cerita kat tv semua mintak kena tunjal kepala pengarahnya. stresssss. cerita melayu kalau tak lawak spastik slapstik, mesti cerita nak sedih nangis berjejeh-jejeh hingus. mesti ada cerita yang melibatkan kematian. perlu ke? orang nak bergembira tapi sumbat cerita macam tu pulak. heh tak membina otak.

lagi buat jiwa meracau, kena menanda kertas soalan midterm. coordinator pun bagussss. pilih tarikh exam empat hari before raya. nyudahnya, jiwa tertekan menanda jawapan tah hapa-hapa time raya ni. dahlah tak kemana, sangap nak mampus. 

raya tahun ni hambar. ditambah kena dengar cerita gebang sebulan hilang 20kg kurus sakan. padahal separuh mati nak dapat kurus macam tu. kalau masuk gym kan senang dan selamat.

bosan bosan bosan. aku rasa aku dah jadi workaholic sangat ni. sampai tidur pun boleh mimpi meeting dengan team untuk projek bulan bahasa september ni. 

what the what lahhh.

Thursday, August 16, 2012

persiapan raya, ucapan raya.

i am now tengah mengemas rumah. no, not my mom's house. rumah sewa ni ha. sedang menyiapkan tempat untuk katil nak sampai kejap lagi. tokei kedai perabot tu dah hari-hari call tanya boleh hantar ke tak. tak menyempat betul bahahahaha. so katil yang sedia ada, i put in the front room, nanti nak convert jadi bilik untuk tetamu. all this while i dump everything yang i can't decide nak letak dekat bilik mana so macam-macam ada. rasanya bila sort balik okaylah kot. how i wish this is my own house. while mengemas, terpandang-pandang langsir ruang tamu ni. terus terasa nak buat projek cuti raya. tengoklah kalau sempat hohohoho.

for now, barang nak bawa balik ampang dah letak dalam kotak. all the kuih raya, kerepek and what not. tahun ni aku tak buat kuih tart nenas, tak sempat and dah penat so i bought from a friend. susah nak cari yang betul-betul can satisfy my taste. semalam aku cakap dekat the other half, aku sebenarnya sangat cerewet and i just realized it. he laughed and said he has known that yearsss ago. it's difficult untuk memuaskan hati aku, especially when it comes to food. but then, aku makan je semua benda tapi nanti adalah sesi ho chak tetiba bahahahahhaa.

semalam, the other half belanja a new handbag. actually, i paid half of the price. but still jimatlah kan. macam ada diskaun 50% so it was a good buy hihihi. sebenarnya aku tak decide lagi pun nak beli ke tak, baru tahap berangan-angan aje. tahu-tahu dah dibawa ke kedai and disuruh check okay ke tak. still in the plastic, nak guna baru keluarkan heheheee.

baju raya, tak tahu my mom sempat siapkan ke tak. tapi aku nak cari tudung la juga sebagai persediaan. ingat nak cari sandals baru tapi fikir ada lagi heels yang aku baru pakai tak lebih lima kali, maybe i should just wear them sampai lunyai. 

mom mentioned about nak balik rumah nenek di bentong. she's my dad's mother. but i don't like her. because dia and her daughter, kakak papa treated my dad badly when he was alive. entahhhhhhhh. bukanlah aku tak maafkan diorang tapi aku tak happy when i need to spend for that trip; a trip yang aku tak looking forward pun. banyaklah cerita behind this yang membuatkan aku sangat bitter dengan diorang haih. 

sometimes, bila ada benda kau tak looking forward to in your family, and you can't do anything about it because they are family - i just wish at this time aku di luar negara. let it be working or studying so that i don't have to face them. at least you have an excuse to be away.

kejam, kan? i'm not proud with myself. but i hope ada orang yang faham perasaan aku. or at least tidak sewenang-wenangnya menghakimi aku.

but whatever.

di kesempatan ini, aku nak minta maaf to all kalau ada statement aku or penulisan aku yang menyinggung mana-mana pihak. i know i don't have many readers (aku selalu sedar diri pasal ni) but who knows, maybe someone stumbles upon my blog and be offended - so i'm sorry. ini tahun ketiga aku beraya tanpa papa dan it has never be the same anymore. but i always pray that as years pass by - things will get better and all of us will feel better. that we are happier.

may this year is better than before, that's all i can say.

and yeah, ini tahun ketiga aku bayarkan zakat fitrah for my family. i feel so grown up! hihi. i miss you, papa.

Tuesday, August 14, 2012

hohoho.

i should have been sleeping by now. tomorrow, my class begins at 8. and after that, i'll rush to kl. tadi tak sempat. and by 3pm, i have to be in the office, again sebab kena invigilate exam. at night, i have dinner with my ex students. terharu terharu terharu. setahun dah diorang meninggalkan aku. yang ajak mula seorang, tetiba tadi dah jadi 27 orang. semua semangat nak berkumpul and borak borak berak eh eh hahahaha jijis la aku ni~

tapi gara-gara my new obsession which is white coffee, now mata terbuntang. sempatlah aku mengedit blog untuk students sebab lately macam membuak-buak nak menulis buat mereka hahah gila glemer kah aku?

esok jadual padat. but thinking that my other half is going to drive me around (sanggup ambil cuti sebab tanak aku naik pengangkutan awam - tak tahu nak terharu ke rasa bersalah bahahahaa), maka aku pun boleh sedikit lega sebab at least kalau mengantuk boleh tidur dalam kereta but he will hate it sebab nanti dia bosan hahahaa. so even though he says i can sleep sebab konon siankan aku, tetap dia tak suka. ibarat cerai. halal tapi dimurkai. ha tidur dalam kereta pun boleh jatuh hukum begitu hahaha memandai je.

leher sakit, kaki sakit, badan sakit-sakit. aku nak berurut tapi aku tak suka ditogelkan. rasa begitu segan sekali hahahahaaa.

that's another reason why aku sangat looking forward nak kahwin. dengan harapan dapat orang urut-urut dikala memerlukan. 

tapi HARAPAN la kan. nanti dah kahwin aku beritahu kalau betul-betul jadi hahahaa.

Sunday, August 12, 2012

hooorayyy.

hampir siap cookies untuk delivery this monday. one batch tu dah settle. legaaa sangat rasa. pheewwwww. sebenarnya, ada yang nak on next wednesday, ada yang nak dekat-dekat raya. tapi aku pulun baking sebab by monday kalau boleh nak tutup kitchen dah. nak settlekan perihal peribadi pula.

rasanya, tahun ni tak ada persiapan raya langsung. baju tak rasa sempat siap. omak eden memang macam tu, every year. disebabkan ada kekangan bajet, aku pun pasrah jelaaaa. pakai je apa ada nanti. cuma looking forward nak beli handbag and sandals. sebenarnya, memang dah keperluan sangat. cuma saja jadikan raya sebagai alasan nak membeli belah dengan rasa tak bersalah. 

ehhh kengkonon tak ada persiapan raya, tup-tup terjebuk beli katil baru bahahahahaaaa. gila betol. dalam-dalam tak ada duik tuuu ikh3.

next week kena turun jalan raja chulan. nak jumpa kawan tempat kerja lama. takutnya nak jejak opis lama hahahhahaa. walaupun aku pergi dengan cara yang baik - tetap cuak dan segan haha. kalau bukan sebab aku nak collect duit raya yang aku mintak kawan aku tukarkan gara-gara aku malas nak beratur di bank dan belum tentu ada stok, malas aku nak masuk kl ni.

duit raya aku tukar sikit je, bajet ketat. tapi sebab mak the other half pun tumpang mintak tukar jadi berganda-ganda la. takutnyaaaa nak jalan kat kl pulak tu haihhh. malas nak drive sebab parking narjisssss sikit situ. tapi naik pengangkutan awam mau pitam nanti posa-posa ni huhuhu. the other half kerja pulak tetiba walaupun dia dah janji nak hantarkan. beria marah aku mula-mula tu sebab aku nak naik tren aje. end up, dia pulak kena kerja. sampai sanggup tanak pergi kerja sebab nak hantar aku, dah apahal pulak. terpaksa la aku pura-pura semangat nak naik tren hahahahahaaa.

lately sangat panas, kan? dugaan bulan puasa. berdasarkan pemerhatian aku, bulan puasa mesti panas gila-gila. lain macam terik dia tu huhuh. dugaannnn. semalam last la aku buat jualan baju. penat dah. minggu depan nak fokus beribadat je ecewaaaahhh.

yela, mak aku cakap, belajar pun ibadat juga. sooooooo, haruslah siapkan proposal aku sebelum mula kelas bulan sembilan ni. aku dah register dua subjek core, dan dah register nak bentang proposal. mampus kalau tak siap.

nightmaresssss.

Tuesday, August 7, 2012

too exhausted.
huhu.

take a peek.

it feels so good to be found. due to some personal reasons, aku lari bawa diri. i had a row regarding what i posted in this blog, so then i decided to change my url. i had the urge to expose myself by commenting your entries, but i held myself back. banyak fikir sangat. rasa macam tak significant pun kewujudan aku, sampailah kau tanya dalam one of your entries where had i been. terharu mak nokkkkkkkk.

i write not for readers. but it feels so good to know someone reads my writing. because i pour my heart out here. most of the time. if what you read is bad, then i am. sometimes i don't want anyone to say anything, to just give me a space to ramble. aku pernah cakap pada the other half, i'm going to invite you to my wedding.

i know not much about you, but i feel comfortable knowing i know a bit about you. i don't have many friends, so whomever i have, i'll keep to my very best. 

dulu kau belum kahwin, sampai dah ada anak satu. comel pulak tu. hihihihi. aku lebih suka tidak dikenali, jadi aku tak letak gambar aku. kalau letak pun mungkin orang pun tak tahu hahahahahaa.

aku sibuk sangat sekarang. hadiah untuk amna terbiar di atas meja, menanti masa untuk di pos. aku tahu kau mesti rasa macam aku mungkir janji cakap je beria tapi percayalah, kalau parcel ni selamat dihantar, kau orang pertama dalam hidup aku yang aku kirim hadiah hahahaha.

so cheapskate, heh? sekarang tengok baju bayi, teringat kau dan anak buah the other half. aku beli something for amna, asyik delay nak pos maka aku rasa amna pun dah tak lalu dengan hadiah aku tu jadi aku beli lain. pun terdelay lagi haih sibuknya aku wehhh sumpah tak tipu.

aku sekarang handle two kinds of business. satu jual cookies and dessert, yang ni memang dah tiga tahun berkecimpung. another one aku baru mula - kids clothing. masih belum decide nak add in jenis perniagaan dalam company sedia ada or nak set up another company so tak mix up. still haven't decided.

and at the same time, aku sibuk sangat sebab nak rebranding courses and department. banyak gila kerja, meetings almost every day. documents for mqa tak mula lagi. masih tak clear up my mind what to do for my department. dalam usaha nak selamatkan anak buah yang mengajar bahasa arab. i don't think they will be happy kena tukar department. especially nak kena jadi staf bawah that hod. not saying i'm good, but we have the bond. sangat happy bekerjasama all together. and i don't want to lose them too. haihhh if it happens, akulah orang yang paling sedih sebab tak berjaya mempertahankan anak buah sendiri. sekarang kami pulun sibuk untuk menjayakan bulan bahasa. i push my staff supaya menonjol sikit, and so far department aku on top. very efficient. i'm so happy and proud.

proposal write up pun aku put on hold. but working on reading the articles. but usually by the time ada sedikit masa sebelum tidur, aku dah terlalu letih. my brain cannot function well already hahahaha. aku postpone meeting to after raya. tu pun aku semacam bingung ni haih i know i can do it but i couldn't find the time to sit down depan lappy and start composing.

i wish i can be multitasking. maybe i am now. but i wish i can be more. more and more.

haih semua benda nak gapai. bukan tamak, tapi ambitious. aku terdengar iklan yang anak sentiasa sibuk, ibu bapa terabai. aku terasa.

tapi nak buat macam mana, balik rumah mak pun aku terpaksa tidur di bilik solat. i don't have a place at my mom's house. aku tak terasa pun; aku fully understand. dulu aku share bilik dengan adik bongsu aku. now the room belongs to her and jangan harap dia nak share dengan aku hahahahaa.

so i decide to just go back sekali sekala. and will stay not for long. aku harap mama faham, dan adik beradik aku berhenti mengaji eh mengeji aku. 

plus, now my sister stays with my mom sebab dia masih tak sihat. and the husband pun ada. so lagilah aku malas nak balik sebab renyah kena pakai tudung tutup litup 24/7. jahatkan aku?

entahhhh. but anyway, aku tak pernah claim aku baik sangat pun. sooooo, it's ok.

hihihi. 

qila, if it happens kau baca ni, doakan aku ada sedikit kelapangan. aku nak uruskan perihal hadiah amna hihihi.

p/s: you found me. tq.

Sunday, August 5, 2012

baiti jannati.

lately, sejak melabur sedikit uang *ecewahh* untuk beli kitchen kabinet, aku jadi semakin suka mengemas rumah. in fact, aku memang suka kemas rumah sebenarnya, with the condition i know where to start and to keep all the messy stuff. for now, tinggal bilik tamu je yang tak betul-betul kemas. bilik baju dah 90% siap, tinggal nak settle menda-menda atas katil bujang tu je.

whatever yang daripada material kain, really drives me crazy. i hate lipat baju hihihi so aku gantung je semua. persoalannya, takkan nak gantung cadar sekali hahahaaa.

rumah aku simple je. tiga bilik, dua bilik air. rumah lot tepi jadi pencahayaan bagus. but that comes with dust too. hell a lot of them huhuhuhu. but aku masih mencintai rumah sendiri.

ada dua bilik air, yang tetamu punya berada di dapur. yang tu, aku seriously tak ada mood nak kemas or revamp whatsoever. jadi most of the time tak guna pun. lagipun aku duduk sorang, jadi my room's toilet pun dah mencukupi. selalu kalau mama and adik or ada tamu, they will use my toilet juga. 

tempat sidai baju, sejak dah dikemas ni amboiiii sedap betul mata memandang. seronok.

i'm in the process untuk beli rumah. rumah tu dah siap ada kitchen cabinet. semua bilik dah siap ada kipas. my main concern ialah bahagian dapur and bilik ketiga dia macam gelap sikit. and second toilet agak gelap. but then, that's how an apartment selalunya, kan?

macam rumah sekarang, ruang tengok tv yang gelap. rumah aku nak beli tu ruang tamu cerah kemain. cerah means good. we'll see how.

entah lepas ke tak loan nanti. aku tak ada banyak cash, but i'm ambitious.

at this age, i'm so proud of myself. hihi.