susahnya nak beli property atas orang ni. nak-nak muda belia kendu lagi hahahaa. aku consider diri aku mudalahhh lagi ni. beli atas orang, banyak sangat prosedur dan kerenah birokrasi. leceh. kalau beli dengan developer lagi mudah. tapi lebih risky. tepuk dada tanya seleralah lebih suka yang mana.
aku dok sebut-sebut nak beli rumah, dan dah ada rumah yang berkenan di hati - tapi kerana aku kelambatan bertindak plus masih berbelah bahagi maka rumah itu sudah pun ado pembelinya. aku kecewalah jugak, tapi sikit jela pun sebab aku rasa kalau bukan rezeki tu, dah dalam tangan pun boleh terlepas.
however, sepanjang masa mempertimbangkan nak beli ke tidak ni, aku belajar banyak perkara. antaranya kawan ajar step by step cemana nak deal dengan owner la, nak deal dengan bank la, macam mana nak buat duit lebih la dan sebagainya. such a helpful friend walaupun dah jauh kena tukar ke ipoh huhuh kalau dia ada kat nilai boleh jugak aku ngendeng dia mintak tolong.
dan aku belajar jugak bahawa tak semua impian kita akan terlaksana. dengan harga hartanah yang kian melambung, aku memang tak mampu kalau difikir-fikirkan semula. kerajaan toksah tipulah konon buat skim rumah pertamaku la apa la tetap jugak cekik darah. cam'on la, takkan la ada orang sengaja nak rugi, kan? lepas tu ingat senang ke nak dapat menatang tu. kerenah birokrasi toksah cakaplah.
in a way, aku lega sebab kalau tak lah asyik terfikir-fikir dan sedikit sedih each time fikir aku tak mampu bahahahaha. kau imagine, ada degree pun masih live in poverty - tak ke sedih tu? memangla orang kata bersyukur, at least cukup makan pakai. alhamdulillah, memang bersyukur, memang tak pernah lagi kelaparan. tapi aku cuma nak nyatakan bahawa living cost sekarang sangat tinggi; gaji degree pun cukup-cukup makan je. jadi kau bayanglah yang tak ada kelulusan. tak ke kesian?
sebab tu aku tekad sambung belajar. kalau fikir penat dan letih, memang tak seronok. stress kerja menimbun pi tambah beban komitmen lagi. kalau boleh nak balik kerja terbongkang tak payah fikir apa dah. kalau diberi pilihan nak aje duduk rumah goyang kaki duit masyukkkk hahaha jadi anak ayam bolehla kot. tak betah pulak pikir takde kerja menyangap pulak nanti.
haih dalam keadaan ekonomi sekarang, aku kena atur strategi. peringatan buat kalian, simpanan sangat penting. tak kisahlah untuk kahwin ke, beli rumah ke, tanpa tujuan ke. duit is almost everything now.
tanpa duit, jangan haraplah nak bahagia. tak percaya? renung-renungkanlah nescaya kau akan faham apa aku cakap ni.
haishhhh kedu mak tauuu.
No comments:
Post a Comment