kita marah bila orang sentuh hal maruah kita, tapi kenapa kita dengan mudah membicarakan status dan duduk letak maruah orang lain? as if kita ini suci tanpa dosa. haih kalau diberi pilihan, sudah bertahun dulu lagi aku minta diakadkan. tapi aku ini orangnya berfikiran jauh saujana mata memandang, hati mengenang. kalau ekonomi sendiri pun terumbang ambing, selalu mengendeng kasih dan simpati bapa - takkan aku berani minta didirikan masjid.
kau orang ingat aku tak fikirkah baik buruk aku anak dara diusung merata? bukan aku tiada akal. tapi apa aku boleh buat kalau cuma itu kawan aku yang ada. bila kau sampai satu tahap usia di mana hampir kesemua rakan sebaya kau sudah beranak pinak, kau akan faham yang mereka tak punya masa untuk kau. yang ada cuma untuk keluarga bukan kawan bujang seorang macam aku. kau selalu cakap bila kau kahwin, kau tiada lagi berhubung dengan kawan-kawan, hidup kau hanya tinggal suami dan anak-anak. kau faham sebab itu tanggungjawab kau. tapi kau lupa melihat aku dari sudut yang lagi satu. dari sudut mata orang yang tiada keluarga. hina sangatkah aku sampai hanya kerana itu aku ini tidak diredhakan perhubungannya? bimbang tercalar nama keluarga katanya.
sedih. kalau selama ini orang tohmahkan dan persoalkan maruah aku, aku boleh terima walaupun hati menangis memikirkan betapa orang melihat perempuan semurah dan semudah itu. selalu aku marahkan drama tv yang mengisahkan anak dara tua atau janda yang selalu dicemuh kerana aku rasa itu bullshit. aku marahkan masyarakat berfikiran senteng. tapi lebih menyedihkan bila orang yang rapat mencemuh maruah aku hanya kerana aku bercinta hampir mencecah sedekad.
bila aku luahkan apa aku rasa, yang seorang tersinggung lalu diputuskan persahabatan. dikatanya hanya cuma ingin mengingatkan takut aku terluka nanti. jadi bercakap bukan terus pada aku itu tidak melukakan? aku rasa seperti kau bodohkan aku. kau buat aku rasa seperti kau berlakon percayakan aku tapi sebenarnya tidak langsung. yelah, kerana aku ini perempuan, kan? kalau aku lelaki mungkin lebih mudah kau buat kesimpulan. perempuan kalau ditinggalkan, jijik sebab bekas orang. lelaki, tak apa. mereka boleh buat apa mereka suka. ini pemikiran dunia kelas berapa?
benci dan bosan. dan lebih bosan dengan perangai perasan bagus dan sempurna sampai tak boleh ditegur. bila orang kata tak cantik, marah dan kemudian sedih-sedih. sibuk dok kata orang punya selekeh, gaya kampung. sendiri buat macam tu bila diminta tukar menyinga kata tak faham seni. oh apakah. nanti bila dibuat macam yang ditegur ubah, kemudian dipuji cantik kemain diri kembang semangkuk. terus mengaku seninya tangan sendiri. manusia memang begitu. macam mana aku selalu bising; bila anak murid bodoh, yang salahnya guru. tapi bila pandai - itu murid dan baka yang memang bijak. lupa terus usaha guru mendidik. manusia memang begitu.
suka lupa diri. hari ini mata aku terbuka luas - baru sedar daripada mana datang perangai aneh itu. tak jauh pun. cuma depan mata.
:)
selepas semuanya selesai, tak mahu lagi berurusan dengan orang yang tak profesional. pening.
i profesyenel tak? hik3...luf u!
ReplyDeletekadang2 tak hahaha. luf u too auuumm auuumm.
ReplyDelete