Sunday, June 12, 2011

selamat hari lahir sendiri.

ya, today is my birthday but since umur dah semakin meningkat, tak adalah rasa beria-ria sangat nak menyambut kedatangan hari tua sendiri. cuma semalam famili ada buat sambutan kecil-kecilan di mcd ampang jaya awww malu aku dah tua-tua pun ada orang nyanyi-nyanyi lagi hahaha.

rasanya, that was the second time aku celebrate di situ. the first time, masa tu papa ada lagi. semangat beliau belanja makan. semalam? sunyi sikit tanpa papa, of course. antara sebab musabab tak berapa ceria nak gembira-gembira pun sebab teringatkan papa. tahun lepas, aku tak dapat hadiah tapi papa nyanyikan lagu birthday dalam kereta masa tu entah nak kemana entah. rindu. dan sedih bila teringat there will be no more for him.

dulu masa aku kecil, rajin juga papa dengan mama adakan birthday party for me. sampai sekolah menengah pun ada lagi hahaha gila gedis, kan? dan antara hadiah paling mahal aku dapat tentulah jam swatch. itupun masa sekolah rendah. bila masuk sekolah menengah, adik-adik dah berderet semuanya kena suap makan jadi bajet untuk hadiah-hadiah ni memang tak ada. apa pun, papa dan mama akan cuba jugalah bagi something. antara hadiah yang aku pernah dapat adalah seperti baju, baju renang (hahaha neh masa sekolah menengah, two piece lagi hahaha) dan oh ya, bila umur 21 dapat hadiah handphone. eh tu la hadiah paling mahal aku hehehe.

kadang-kadang, bila tak ada hadiah, papa akan letak kad buatan dia sendiri dalam almari lah, atas katil lah, atas meja study lah. tau-tau bangun pagi dah ada. sekarang bila ingat-ingat balik macam sedih pula haih. rindunya.

tahun ini, walaupun aku sudah tua setahun lagi - tetap aku anak kecil sebab kadang-kadang suka menangis tak tentu hala hahaa dasar cengeng. dan tahun ini, setahun tua membuatkan aku lebih takut kerana maknanya maut kian hampir.

woohhaaaa.

akhir kata di entry ini, moga setahun bertambah menambahkan kematangan, kesabaran dan rezeki aku. moga aku dan pasangan panjang umur (sebab gila bosan hidup sorang-sorang) dan aku dah pasang niat, tahun depan aku nak menikah. orang kata, bila dah niat nanti semuanya akan dipermudahkan. moga hati aku tak berbolak balik lagi.

maaakkk ooo maaaakkkk... aku mahu kahwinnnn... kahwin dengan siapaaaa... dengan anak pakkkk bakaaaarrrr.... ok bai. 

(",)

5 comments:

  1. It's a beautiful night
    We're looking for something sweet to do
    Hey baby
    I think I wanna marry you!

    ReplyDelete
  2. that's the sweetest proposal ever. i assume you dah lamar i la k hahahahha.

    ReplyDelete
  3. happy birthday! sama lah kita june baby!

    ReplyDelete
  4. propose..tpi thn dpn bru valid ;)

    ReplyDelete
  5. an idealist: haha ye ke beb? happy birthday too! p

    theanswer: weeeeeee sonok sonok keh3.

    ReplyDelete