kalau aku ada anak, pertama sekali aku akan pastikan anak aku tak ambil ptptn. memang berbelit-belit end up leher sendiri terbelit huhu. tapi yelah, masa aku belajar dulu manalah parents aku ada duit nak sponsor 100%. dan terima kasih jpa, kau tak sponsor pelajar-pelajar jurusan pendidikan. mara memang tidaklah sebab pinjaman hanya ditawarkan kepada pelajar ipts sahaja. haih. jadi apa saja pilihan yang aku ada? tentulah ptptpu ehh.
masa keluar berita ptptn tawarkan konsep ujrah dimana interest rate dikurangkan menjadi 1% sahaja, aku sangat teruja. yelah, aku pinjam 26k tetiba kena bayar 30k++ kan ke naya tuh. jadi aku anggap ptptn benar-benar nak bantu peminjam. dulu aku tekun bayar siap buat potongan gaji sebab tamau digelar tak kenang budi dan tamau kena blacklist di imigresen nanti tak boleh pergi australia eh mekah la hahaha. dan aku suka sistem ptptn yang buat jadual pembayaran berkala. taklah aku rasa sengkek mengkek sangat.
tapi bila permohonan aku menukar status ke ujrah diluluskan, hati aku rungsing lagi. aduyai, tiada lagi bayaran berkala. dan bayaran aku sebulan adalah sebanyak 240. memang, pada sesetengah orang that's not too much tapi bagi aku yang cuma gaji degree tapi bercita-cita nak berkereta, beli rumah segala - haih semput juga aku memikirkannya.
sepuluh tahun beb. aduhaiii. sampai dah beranak pinak pun aku masih belum habis bayar hutang belajar. sob sob sob sedih betul. kalau dulu aku beria berhujah jangan berhutang semata mahu kahwin, nampak gayanya terpaksalah aku telan air liur sendiri sebab dengan bayaran itu ini aku cuma mampu saving ciput sahaja setiap bulan. kalau harap duit saving memang mendara tua la aku hahaha.
itu belum kira korek duit saving untuk tampung belanja bila sengkek mengkek. dan raya cuma dua bulan lagi. haih umur masih muda hutang dah merata. siapa yang patut disalahkan?
jadi pada para pelajar di luar sana, janganlah berhutang belajar kalau ada pilihan yang lebih baik. sebab masa terima duit memang seronok, nak bayar balik memang seksa yang amat. better be safe than sorry. sebab sekarang, aku rasa sedih sangat sebab terpaksa cari second job untuk tampung kehidupan aku yang demanding neh hak hak hak.
ada sesiapa nak aku translate bahasa melayu ke bahasa inggeris, tak? aku charge harga kawan-kawan je. terdesak neh. huhu.
sepuluh tahun? omg. mmg seksa :(
ReplyDeletetakpe ada hikmah disebaliknya :)
kdg2 bukan ade pilihan sgt kn. hik3..good luck!
ReplyDeletebelle: haha sangat. macam tak sedar tahu-tahu dah banyak hutang macam kena pukau pun ada hahaha.
ReplyDeletetheanswer: tuh la kena beringat neh untuk anak-anak ehem ehemmmmm haha.
aku sorang andartu gak hekhekhek sbb nk bayar utang punya pasal. org pon tak berani dgn aku dan aku pon tak berani dgn org sbb byk sgt hutang. akunye 26k jadi 33k selama 15 thn. adoyaii... dari dulu dok bayor2 tp tak gak kenkurang! heran aku aihh!! sapa yg buat durjana tu hang jawaplah kat akhirat, yg penting aku bayor je brp yg mampu!
ReplyDeleteaku pulak baru nak isi borang, tapi bila search forum berkaitan ujrah, rasa tak mampu la kena bayar ikut diorang nak...skrg aku byr RM100 sebulan. kalo tadak duit, RM50 je. dkt 4 tahun bayar, baru RM1000+ je jumlah pokoknya berganjak...
ReplyDeleteUjrah tu apa
ReplyDelete