Sunday, April 8, 2012

entry bergambar: berangan tu seronok.

hari ini semangat pindah bilik office. maklumlah, sekarang dah jadi permanent staff, bukan lagi taraf pekerja kontrak jadi kenalah selalu menetap di bilik, tidak bolehlah selalu mengular lagi *harapnya* hahahahaa. lagipun sekarang kena lebih bertanggungjawab sebab dah ada anak buah dan macam-macam lagilah. ahh pendek kata, aku kena lebih kerap ada di office lepas ni.

untuk menyemarakkan lagi semangat berpindah, benda pertama aku buat adalah mencari karpet yang tebal dan lembut dan saiz mestilah bersesuaian dengan badan. kemudian, semangat angkut barang and terus unpack dari kotak on the same day hohoho bagus neh anak sapalah kerja rajin dan tekun neh heeehehehee. selesai sahaja, beginilah tempat baru aku:


board tak lekat lagi. sorrylah, board pun murah jewwwww. recycle je apa ada janji boleh cucuk. rak tepi tu, penuh dengan files and past years exam papers. orang baru, sila mohon rak lain ye. maaf, akak banyak sangat barang, dik huhuhu.

karpet, tiptop. perfect place for a nap bahahahahaha. balik dari mengemas, pergi aeon cheras selatan, carik bantal. selimut tayah, dah ada letak dekat pantry. hahahahhaa neh nak keja ke nak tido neh haaaa. lepas ni nak cari pewangi aromaterapi pulak. heh lengkap tauuuuu apa yang perlu untuk tidur yang selesa hihihi. tapi bilik ni bukan forever pun, cuma transit aje sementara dapat placement bilik baru.

nowwwww, aku nak berangan pulak. pasal kereta fav. heh boifren mesti suka neh, pasti lebih agresif menggasak aku dengan hasutan-hasutan berbau pujukan.

neh aku letak gambar jela. pilihan adalah semata-mata kerana rupa. kalau tak rupa, aim nak pergi ikea je hahahahaha. nah layan jela hihihi.

neh kalau aku beli mau nangis meratap-ratap akak aku ni hahahaaa.


haaaa... neh mak aku kompem suka. boleh hangkut pokok banyak sikit.


yang ni, kompem kakak aku nangis, mak aku suka gila, aku pun boleh jadi gila pikir harga.


ha pilih-pilih cepat mana nak.
lagi lima tahun aku beli insyaAllah.
hihihi.

6 comments:

  1. sejuk mate tgk dh ade opis baru. x perlu lgi mendengar cerite2 karut staff2 yg weng. hahahaha. halamak kereta yg ketige tu kencang dowh..ptama & keuda tu ok. heheheh good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni takde pun elemen hasutan yang diharapkan hahahaha. ye betul, sejuk mata, sejuk badan sebab ekon super duper kuat. perghhhh mungkin boleh shopping trench coat hahaha *tetiba*

      Delete
  2. ikut hasutan kuat..gaji extra 350 pun dh suh tukaw teta dh..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak terhasut pulak rasa. cuba lagi tau hahaha.

      Delete
  3. perkara yg bakal membawa bencana ni xleh hasut banyak2...sekali cukup. kalau x jalan, makne ade hikmahnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. saya setuju. lagipun saya nak shopping kasut baru. last time i bought a new pair of shoes - masa nak raya. lama sangat dah neh tahan nafsu.

      Delete