Saturday, July 28, 2012

ramadhan kali ini.

puasa kali ini macam ada kelainan sikit. sahur semangat walhal tahun lepas cuma biskut, kurma dan air susu. tahun ni beria tanak nasi dan cari lauk. memang enak, tapi berat macam bertambah je wahahahahahha.

it has been a while i've been away from this blog - seriously aku rindu. dok mengkhatamkan blog yuyu zulaikha. sakannnnn hahahaa. bila aku found out dia student tempat aku kerja, aku terfikir bagusnya kalau aku jadikan sebagai marketing tool. jadi before nak bawa masuk meeting sekretariat promosi, kenalah selidik dulu okay ke tidak blognya, orangnya macam mana. kalau tak mahu aku kena hentam nanti wawawawawa.

lagi satu sebab lama tak berblog is because kakak aku masuk icu baru-baru ni. kehidupan sejak puasa menjadi lebih busy tak terkejar. selamba rilek je aku tak work on my proposal. yela, bangun pagi pergi kerja, menjelang tengahari boleh tahan juga melepet kering idea padahal sahur dah sakan dah hihihihi. kalau kena banyak kerja, stay office sampai petang, kemudian bergegas cari makanan nak berbuka. dah penat sangat by the time i reach home. habis buka tungtangtungtang terus mula buat biskut untuk business bersama kami ecewaaaahhh. 

penattttttt. tapi keep on exciting myself yang it is for good. huhuhuhuuh. kadang sedih dengan ekonomi sendiri. ada degree pun masih in poverty. nak beli rumah pun tak mampu. kadang tengok kawan-kawan seronok je beli rumah la kereta best-best la. bila tanya pasal downpayment masing-masing mention mak pak bagi. untunglaaaaaa. aku mak je ada, pak takdak dah. anak yatim hewhewhewwwww.

tapi mak pun tak mampu nak tolong bagi duit downpayment. mak kita bukan orang senang uolsssss. beli kereta pun aku buat 100% loan, the only amout aku bayar is rm200. tu jela downpayment aku. kot ye pun tu jela yang aku mampu hihihi. minta riban-riban memang mak takdee nokkkkk. takkan nak jual body pulak ahaakssss laku ke kot ye pun hahahahahaa.

tapi aku bangga jer. sekarang aim nak beli rumah. tapi tengah bingung memikirkan pasal downpayment. mana nak sakau belas ribu ni bahahahahaa. nyesal mak buat personal loan lepas tu berbelanja sakan. tapi kalau pikiaq balik, kalau tak guna duit tu kompemlaaa aku mati kebuluran dah huhuhuhu.

kadang nak marah dengan diri sendiri. dah tahu tak mampu, tapi suka sangat nak berangan-angan ada rumah la apa la. haihhhhh whyyyyyy la wahai diri. kenapa suka mentorture diri sendiri? kenapa suka berimpian berangan belaka? kalau aku cakap aku runsing pasal ni dekat the other half, mesti dia kata aku ni kalut sangat. tak rilek macam dia.

yela, umur dah meningkat. pasaran pun memang confirm naik dari hari ke hari. nothing stays. bila umur makin naik, tempoh makin singkat. jadi payment akan jadi mahal. dan sangat tak membantu bila harga hartanah melambung-lambung. jadi bila ada orang nak jual below market price, aduhai berbunganya rasa hati wehhhhh tuhan aje yang tahu. walaupun rumahnya mungkin tak seberapa buat orang, tapi aku suka. entah kenapa aku suka rumah tu. 

haihhhhh. bukanlah aku mahu bersifat kufur nikmat di sini, tapi alangkah indahnya kalau aku bergaji besar hiihihihihi. ngehhhh nak gaji besar, proposal pun tak siap-siap apadaaaaaa. okay bai nak pi buat kerja. muahhh.

No comments:

Post a Comment