Wednesday, December 2, 2015
laparoscopic surgery during pregnancy.
Tuesday, November 24, 2015
cyst and infertility.
Wednesday, November 4, 2015
why make things harder?
Thursday, October 22, 2015
special kids, super parents, great families.
Wednesday, September 23, 2015
jangan macam-macam laa wehh.
Monday, September 21, 2015
Handful.
Banyaknya kerja. Rasa macam kalau boleh nak belah-belah badan ni bahagi sana sini huhu.
Pagi-pagi dah kena hadap bos merempan, gila sakit jiwa ke hapa. It's almost the end of september, yet she is still here. Kata nak blah, tapi awat dok ada lagi ni hahaha.
Nak raya tapi takde mood. Dok pikiaq nak cuti je ni. Gilalahhh sangapnyaaa bosan dah kerja haha. Lagi nak muntah kena marking beratus-ratus skrip jawapan. Bluerghhh.
Stress tengok tulisan student. Hishh.
Saturday, September 5, 2015
Being in the office on saturday.
It's no fun to work on weekends. But today is exceptional. In fact, i love coming to the office on weekends.
It's very quiet, i can focus more on my work without having to make small talks with colleagues or being interrupted by students coming to my room.
I don't have to teach; no class on weekends so no need to teach. I can just do my work unrelated to teaching. Telling you, there are lots of works to be done. I am in charge of selling the textbook (talking about calculating, againnnn), and i am in charge of department activities that also deal with money. Hahaha dahlah bengap maths, but end up aku jugak kena deal with the numbers.
And only today, i get to clean my workplace aka my working area aka table. Sepah gilaaa baq hang. Sampai cari dokumen pun tak jumpa lol i am super bad in doing filing stuff. Feels so good tengok meja lapang hahaha. All this while, cluttered with papers and i don't know what haha.
So i would say, i love working on weekends. I can have the time to myself, quietly and peacefully settling whatever needs to be settled.
But now tak quiet sangat, sebab aku bawak my baby tua aka my husband, so dia tengah main game on my laptop while i'm doing my work. Riuh menjerit-jerit terkejut aku hahahah.
Okaylah, time to do something else than work. Happy weekend, people!
Friday, September 4, 2015
bila kau bengap matematik.
Thursday, August 20, 2015
Musim.
Demam, but getting better. Plan nak ganti kelas sebanyak mungkin minggu ni gagal. Benarlah bahawa kita hanya merancang, tapi Allah tetap the best planner of all.
Rentetan perjumpaan dengan parents pelajar. Perjumpaan tu buat aku rasa lebih tertanya-tanya. Ini kes ketiga aku melibatkan pelajar bermasalah mental. Daripada tiga, dua kes adalah pelajar anak sulung, mak surirumah. Satu kes tu aku tak ada ambil tindakan sebab budaknya pasif, dan dia okay as long as dia makan ubat. Cuma persamaan antara mereka bertiga - pandai. Very smart, excellent students dari kecik. Kadang tekanan bukan dari luar, tapi diorang sendiri push themselves to the brim, then they break themselves. And the problem begins.
Kes pertama, budak ni rebellious. Kerana terlalu bengang dengan mak dia yang asyik nak good grades, dia melawan dalam diam. Memang dia belajar, tapi dia melawan tang lain. Suruh solat, tamau. Suruh mengaji, tamau. Syaitan pun amik peluang. Suara halus menjadi nyata, bayangan menjadi-jadi. Budak ni lompat dari balkoni. Tapi Allah sayangkan dia, dia sihat dia okay. But problem doesnt stop there. Dia cakap pada aku, dia malas solat sebab bila dia solat 'benda' tu ejek-ejek dia, kacau dia, pukul dia. Tengah cakap dengan aku kat bilik, dia tunjuk belakang aku - tu, dia tengah ejek saya. Kau rasa? Nak nangis tak? Hahaha dahlah berdua je.
Masa perbincangan dengan mak dia, we pushed her so much because she was so quiet. Dia biar mak dia je bercakap, sedangkan kita nak mak dia tau yang anak dia ni ada isu. Last-last dia emo, then baru mak dia dapat dengar luahan hati si anak ni. I advised dia tukar course, yang sesuai dengan jiwa dia bukan course yang mak suruh amik. And now she does well, alhamdulillah. Bukanlah aku yang berjaya selamatkan budak ni, it was teamwork from all. Tapi nak cakap, betapa pentingnya for her to have someone who could really listen to her problems. Kalau bukan cikgu ni nak dengar, siapa lagi? Her friends judge, cakap dia gila, takut nak kawan dengan dia sebab dia nampak benda huhu.
Hakikatnya, aku pun takut hahahaha. Tapi pura-pura berani je. Benda paling buat aku rasa berbaloi fighting for her is when she said - thank you for helping me out. Kalau bukan sebab miss, saya mesti betul-betul jadi gila. Tenkiu, miss.
Terharu, baq hang. Jadi cikgu ni bukan mengajar je. It needs more than just that. I am glad i was there to help. :)
Monday, August 17, 2015
kawan ajelahh.
Saturday, August 15, 2015
Nak kawan ke tak nak?
Kau ada tak spesis kawan yang pasangannya sangatlah kau tak berkenan? Somi aku ada kawan sorang ni. Memang baik. Diorang ni kawan dah lama. Dan memang kawan ni dah bercinta dengan pompuan ni lama la jugak. Disebabkan aku pun bercinta lama dengan somi aku ni, makanya aku dengan gf kawan somi aku tu pun kenal lama la jugak eh peningnya apa aku cakap ni haha.
Dipendekkan cerita, aku memang tak ngam dengan gf now wife kawan laki aku ni. Dia memang sangatlah tak friendly, especially if u are nobody. Nobody nobody tu aku la hahaha. Masa diorang bercinta dulu, haram nak ditegurnya aku niiii. Fine, malu kot. So aku tegurla dulu buat-buat mesra. Punnnn haram tak dilayan hahahaha malangnya rasa tersua-sua sangat.
Masa diorang kawen, somi aku bawakla aku n adik dia. Masa ni kitorang tak kawen lagi. Masa salam penanten aka pompuan ni, memang dia bolayan je aku adehhh memang nak kena carut betoii pompuan ni haha. Masa abang somi aku kawen, masa ramai-ramai nak amik gambar, dia tolak aku ketepi hahahaha biadapnya lahaiii.
Ni laki aku ajak pergi umah dia. Bercampur baur perasaan sebab asben dia sangat baik, kami dah kenal lama tapi bininya hermmm sadisss. Masalahnya dia okay dengan somi akuuu haiyo. Anak dato katakan. Aku ni dahla tak cun, kaya jauh sekali laa.
Somi aku kata, at least masa kami kawen, dia tak tolak aku ke tepi, dan amik gambar bersama dengan kami laki bini. Errr u don't say? Dah aku penanten apekejadah nak tolak aku pulak hahahaha.
Dah, nak sambung sakit hati. Bye.
Saturday, June 27, 2015
Wondering.
Kalau gaji sebulan rm7000, campur gaji laki another rm7000 - katanya masih tak ada duit.
Jadi tu sebab gaji tak mencukupi, atau tak bijak berbelanja? Atau tak tahu bersyukur?
Laki aku kata, jangan asyik cakap tak ada duit. Nanti Allah tarik nikmat berduit baru tahu.
Insafnya menjadi rakyat marhaen. Huhuhu..
Thursday, June 11, 2015
antara ayah dan suami.
Wednesday, June 10, 2015
tak sihat menjadi-jadi.
Tuesday, May 12, 2015
this surely is.
Friday, May 8, 2015
disturbed.
Wednesday, April 29, 2015
hatred and racism. who is at fault?
Friday, April 24, 2015
hello?
4. aku ada isu sikit nak guna nama sendiri for my blog. in fact, i love to write and knowing others read my writing, ada la jugak suka di hati. but i still want to keep myself as a secret. i can't reveal much about myself sebab aku tak nak nanti orang salah faham. what i write here could be intepreted wrongly kan. takutnyaaa wehhh orang ingat aku macam bajet good-good hahahahahaa. so, disebabkan aku ni kadang bipolar, kadang macam nak attention, kadang macam nak duduk di lautan dalam tanpa dihiraukan - aku selalu tukar nama. hahah bengong kan? haih.
5. kami kan beli rumah apartment. jadinya sekarang isunya adalah parking. kalau dulu kereta selalu ditimpa ludah, kahak segala macam, sekarang calar balar pulak ditoreh. anak siapa yang malaun sangat tu? dapat kat aku, aku bubuh mercun bola dalam spender kauuu tau. heh. mentaliti malaysian ke apa ek? nak kata aku duduk flat murahan, rumah ni lagi mewah banding rumah sewa dulu. rumah sewa dulu bersih je. tapi untuk wing aku la. wing lagi satu jahanam ahahahha. sebab tu sekarang ni hari-hari dok berzikir kat telinga laki nak rumah baru hahaha. tahun depanla kot paling cepat. mode berangan is on!
6. sekarang ni aku tengah dalam fasa nak membersihkan insta aku daripada makhluk tak dikenali hahaha. bukan apa, macam tak selesa orang follow kau, tapi kau tak tahu siapa dia. buatnya orang opis aku menyamar ke, mampus hahahahha. ally, aku follow ig kau tau. jangan remove aku plak hahaha. so far i cannot tolerate makhluk yang suka letak hashtag to every word. hashtag je dah macam satu perenggan esei wth. lepas tu yang suka repost-repost pun aku tak suka hahaha kekwat kan? rasa macam orang repost tu takde identiti, or sangat malas nak type caption sendiri. sebab caption aku best-best (mampusla perasan) so aku tak suka orang repost sebab macam takde effort. eh banyak plak cengkadak kau kan hahahah. haaaaaa kalau menjual pun sama. once in a while up gambar product okay lagi, ni every few minutes sampai penuh timeline aku - sorry memang aku palang. dahlah gambar kau pun kadang kabur, ntah snap daripada mana ke cemana ek tak selera nak tengok hahaha. lepas tu semua nak dihashtag erghhh tolonglah. yang gambar profile macam laki gay tunjuk body - memang mampus la aku takan approve. okay, paragraph ni memang buat aku kedengaran cam poyo, tapi takpelah aku memang poyo pun hahaha.
dah la tu. nak balik hahahah. minggu ni banyak membuang masa je. apa ke gila refresh blog sendiri harap orang update blog kat bloglist tuh. heh.