kalau betul apa yang dimaklumkan pada aku, hari ini housemate aku dah selamat menjadi isteri orang. sebetulnya, dah banyak kenduri yang aku pergi housemates mesti sangat close and ala-ala bff getu. sejujurnya, suatu ketika dulu kami pun begitu. cuma masa dan keadaan telah mengubah segalanya esheeeh macam lagu pun ada.
tiap kali aku cuba nak buang perasaan sakit hati di atas apa yang telah dia buat pada aku, tetap gagal. sebabnya bila aku cuba nak berbual secara normal, dia masih lagi dengan sikap membangga diri dan bercakap as if aku ini hina dan memualkan. bohsan, okay.
dan aku tak suka sikap suka cuci kaki dan biar orang lain settlekan masalah kau yang lama. demi untuk hidup senang, kau sanggup buat apa sahaja. but yelah, kalau kucing lapar disuakan ikan segar, takkan nak tolak kan. samalah macam orang susah disuakan duit, pangkat dan kedudukan.
tapi tak kesahlah sebab at last kau dapat apa kau nak.
cuma kadang aku tak faham ada sesetengah manusia yang cakapnya tak boleh nak tepat. bila aku tanya bila pindah, jawabnya entah tak tahu. tapi tahu-tahu kau angkut barang kau baju semua diam-diam. haih apakah? memanglah kau belum angkut semua yelah aku pun faham manalah muat kereta myvi kau tuh kan. tapi tak boleh ke kau cakap kan sahaja?
kau bagi alasan kau tak expressive. orang tak tanya, maka kau tak cerita. tapi bila ditanya kau tak menjawab soalan pun. masih pusing-pusing. kalau aku tak skodeng bilik kau, nan ado aku nak tahu kau dah mula angkut barang kau almost 3/4. haih peliklah aku dengan mu neh.
sampai satu tahap, bila orang kata aku bitter sebab aku terkilan dengan sikap kau - aku tak mampu nak iyekan sebab aku sendiri tak tahu apa aku rasa pasal kau dan apa reaksi patut aku bagi bila tengok muka hipokrit kau tiap-tiap hari.
yang paling aku mualkan bila satu dunia canangkan betapa bertuahnya dia sebab dapat perempuan baik, lemah lembut, berbudi bahasa hahah macam nak gelak pun ada.
hah whatever. apa pun terima kasih sebab apa kau buat pada aku telah buat aku sedar kau memang manusia paling jijik pernah aku kenal.
maaf bahasa kasar tapi aku kan expressive orangnya wooot wooooot.
No comments:
Post a Comment