okay, more or less lagi 30 hari aku akan tua setahun lagi. well, ini bukan masa untuk bersedih dan duduk meratapi uban dan kedut di muka ye. dah beberapa hari aku asyik fikirkan apa aku nak buat or beli untuk memanjakan diri sendiri hehehe. meh kita buat list meh mehh.
1. urmm beli handbag barukah? ini yang paling reasonable sebab memerlukan belanja tak banyak. tapi banyak tak banyak pun mahu cecah seratus juga takkan nak beli kat kedai pekerja emo tu ehhhh tamaulah.
2. mungkin boleh beli perfume baru yang mahal sikit. barulah orang tengok aku ada gaya walaupun tak kahwin dengan dekan -.-" hahahaha. boleh consider bodek boifren minta kirimkan pada kawan untuk dibeli di oversea. lebih murah nyum nyum nyum. ish takkan nak tunggu nak beli untuk hantaran je baru boleh kirim ek?
3. atau mungkin boleh pergi bercuti ke sabah? tapi tak seronoklah pergi tanpa boifren sebab nanti rindu-rinduan jadi kenang-kenangan ewaaaahhh *padahal takde bajet iskiskisk*
4. atau pun spend duit sikit untuk kasut dekat bata yang aku berkenan tuh. ada tiga pasang dan apa kata untuk birthday aku yang ke tuuut tuuuut neh aku beli tiga-tiga? break the record nanti bila dah tua boleh brag kat cucu 'nenek masa umur tuuut tuuuuut, nenek treat diri nenek tiga pasang kasut sekaligus! tapi bata jelaaaaaa' hahaha.
5. lagi satu yang aku fikir, nak tukar semua koleksi tudung yang dah outdated dan buruk itu. apa barang rakan sebilik di tempat kerja bergaya sakan lepas tu tengok aku macam miskin hina dina yelah, aku kan duduk rumah flat tak setaraf dengan dia. *padahal rumah kat kampung pun macam nak tanak ada hati nak berlagok hahaaaa*
6. atau mungkin aku patut beli rumah. sebagai tanda sudah mampu berdikari. *padahal tiap-tiap kali cucuk duit rasa nak menangis tengok baki akaun*
haih sebenarnya mungkin di hari kejadian aku cuma treat aku dan boifren makan mfm sebab tetiba waktu menulis neh aku macam mengidam nak makan udang and garlic rice dia nyummm nyummmm tapi tetaplah itu mahal dan hasilnya tidak kelihatan selain bil indah water yang dicas lapan hengget sebulan.
so how? sila bagi cadangan.
No comments:
Post a Comment