penat je buat entry, main komen-komen tapi hilang begitu sahaja iskkkk. aku masih menagih janji konon akan pulih seperti biasa. huhuhu.
untuk yang dah mengenal aku, aku sebenarnya memang dah ready sangat nak jadi isteri orang wahahaha jujurnya pengakuan. tapi sebenar-benarnya, aku tak ready nak jadi ibu. jadi kalau aku kahwin pun, boleh tak hold dulu bagi aku benar-benar bersedia?
bukan mudah nak jadi ibu neh. dah banyak contoh depan mata. aku tak mahu jadi ibu yang emosinya tak stabil. yang nanti akan memberi tekanan pada anak-anak. aku sedang bercakap tentang ibu yang dengan tak sengaja memberikan contoh yang kurang molek pada anak-anak.
memang ibu pun cuma manusia biasa. tapi aku mahu jadi ibu yang sanggup menelan semua yang pahit itu tanpa mempamerkan pada wajah. aku mahu berkorban tanpa perlu dicanang. aku mahu jadi ibu yang ikhlas dan yakin bahawa Allah itu maha mengetahui apa yang berlaku dan apa yang aku rasa. yakin bahawa Allah menjanjikan yang terbaik buat aku. yakin bahawa Allah akan memberikan aku ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan aku membesarkan anak-anak.
aku sebenarnya takut nak menjadi seorang ibu. sebab aku tak tahu mampukah aku bersabar bila anak-anak buat hal, suami tak pandai mempamerkan kasih sayang, hidup susah dan sebagainya. dugaan dunia menakutkan aku. takut aku kalah dengan emosi lalu aku lepaskan pada tempat yang tak sepatutnya.
entahlah. aku tak salahkan ibu yang demikian sebab mungkin dia pun tak banyak pilihan. cuma aku minta aku bukan begitu. takut. haih takutlah pendek kata.
takut benar bila emosi menguasai diri, aku akan tergamak kata pada anak sendiri anak derhaka. kasihan anak aku. kalau itu berlaku, siapa yang nak dipersalahkan?
ibu yang emosinya tidak stabil, atau anak yang kurang sopan berkata-kata walaupun niatnya murni?
salah siapa kalau rumah cantik lepas tuh sengkek tak ada duit? eh eh macam dah lari topik hahahah.
okay time to sign out muahhhhhxxxxx.
dalam islam tiada paksaan utk renovate rumah..kwang3..
ReplyDeletengu3 sempat tuuuu..
ReplyDelete