Sunday, May 8, 2011

extremist.

semalam berlangsung satu sesi perbualan antara mama dan seorang kawan dia yang memang rapat dengan keluarga kami (dah kalau boleh datang rumah terus masuk sendiri memang rapat sangat la tuh kan isk3). salah seorang anak beliau dah menganggur hampir setengah tahun lamanya. baru-baru ini, mama ada minta aku tolong adjust kot boleh masuk tempat aku kerja tapi sorry lah aku pun macai je nak tolong macam mana ye dak.

tapi yang nak aku coretkan di sini bukan isu aku boleh tolong atau nak kerja mesti ada kabel la apa la tapi ini tentang sikap dia sendiri.

bukan tak ada kerja yang orang usulkan, tapi dia sendiri yang memilih. memang aku tak nafikan dia degree holder tapi itu tak bermakna kau kena bersikap ala-ala jijik dengan kerja yang lebih rendah kelayakannya. bosan aku tengok sikap dia bila terjuih-juih bibir konon kerja jadi cikgu tadika itu tak sesuai dengan dia. ada kerja kerani, pun tak mahu. kalau kerja gaji tak ribu-ribu, tak mahu. tapi usaha cari kerja macam nak tak nak. nak tunggu orang tolong dapatkan kau kerja tapi kerja mesti hebat. apa punya graduanlah uitm hasilkan neh.

haih memanglah awak tuh ada ijazah, tapi untuk sementara waktu apa salahnya. lepas tu kau stress-stress tak ada duit lah mak bapak susah lah pfffttt tak faham aku. memang aku slam ah perangai diva kau kan.

konsep aku mudah. macam papa selalu pesan: ular menyusur akar takkan hilang bisanya. aku habis sahaja pengajian, terus merata-rata cari kerja. kerja pertama aku tak ada kaitan dengan bidang aku belajar pun. gaji rm800 je, epf tak ada, socso tak ada. dalam masa 2 tahun daripada waktu aku habis final exam, aku dah tukar kerja enam kali. yang ke enam baru ngam dengan jiwa dan keperluan hidup.

aku akui, lepas sahaja kerja pertama, aku memang agak down. menganggur dalam tiga bulan macam tuh tapi lepas tu panas bontot dan telinga. papa happy je aku melangut di rumah melayan dia borak tapi mama dan boifren memang antara faktor aku meneruskan kehidupan hahahha.

tapi semalam lepas dengar mak dia berborak dengan mama, aku dapat membuat kesimpulan kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

mak dia bising bebel-bebel kerja neh tak halal, kerja tuh haram, kerja tak tahu sumber gaji la apa la. even kerja gomen pun haram bersubahatlah pot pet pot pet. ish pada dia keja kat kefo pun haram sebab gaji tak asing-asing. yela, kefo kan jual pork dan arak. hurmmm.

entah, bila masuk hukum agama neh aku tak berani nak komen banyak-banyak. tapi sila baca ini.

dah, aku nak mandi. migrain berhadapan dengan orang yang baca kitab sebelah muka je. nyeeettt. oh btw, aku graduan uitm juga. :)

3 comments:

  1. so tayah la kije cmtuh. kalau die bisnes sendri pon..nnti org yg bli brg kt die x tat mane sumber duit org tuh kn. tuh namenye islam bwh tempurung. terlalu berfikiran ortodox..x maju.

    ReplyDelete
  2. tau tape. semalam i sampuk je kat makcik tuh kata camtu keja bank macam anak dia yang sulung tuh lagi haram. anak no dua kerja kilang chemical, mesti ada alcohol pun haram juga.

    ReplyDelete
  3. hahaha btul2..bank pon lagi ah harem..

    ReplyDelete