dalam keluarga, aku dikenali sebagai seorang yang bermulut puaka. apa sahaja yang keluar daripada mulut aku memang lancang, laser dan sekutu dengannya. semata sebab aku selalu berterus-terang. kalau aku rasa itu tak perlu, aku akan terus luahkan. itu pun kalau ditanya. selebihnya, aku lebih suka berdiam diri atau kalau bercakap pun lebih kepada benda-benda bodoh dan tak serius. pendek kata, aku akan cari jalan untuk tidak semena-mena cari pasal dengan orang.
tapi hari ini, dengan keadaan aku yang kurang sihat, aku mudah marah. sabar aku yang paling tipis. nak-nak bila aku dah cuba bercakap lembut tapi orang masih tak faham. cucuk-cucuk aku semata nak korek cerita. dan paling tak boleh blah, menyalahkan orang tak pasal-pasal.
there's a reason why we chose not to tell you. sebab kau kecoh sangat. we have foreseen what will happen if we tell. nahhh. i didn't tell any lie. kan betul kau akan riuh. sedangkan masalahnya lain. yang kau amukkan benda lain.
memang kau tua pada aku, tapi entah kenapa all the time aku rasa aku lebih matang. segalanya orang tolak pada aku, dan bukan kau. walaupun kadang aku rimas, aku tahu aku tak ada pilihan. sebab mereka tak harapkan kau. sebab kau emosi sangat.
memang mulut aku berpuaka. tapi kepala aku rasional lagi. lagipun aku bermulut puaka bukan sebab aku suka hina orang - aku cuma cakap benda yang benar which may be unpleasant to others. not my fault, eh.
dalam keluarga aku, kami pewaris penyakit hypertension dan diabetes. sehingga meragut nyawa papa. anehnya, aku menghidap tekanan darah rendah dan gula rendah dalam badan. hari ini, tangan aku menggigil-gigil menaip entry sebab sakit hati *haha semangat nak membebel mengatasi tak sihat*.
entahlah. dalam hal ini, aku lebih salahkan manusia yang tak tahu duduk letak diri sendiri. tak sangka ada anak yang tergamak buat ibu susah hati. kalau benar pun ibu itu salah, bukan itu caranya.
again, that's just my two cents. sejahat-jahat dan sejahil-jahilnya aku, aku cuba untuk tidak menderhaka pada ibu.
sementelah hanya itu yang aku ada lepas papa pergi. :)
marah marah juge. tpi bersikap matang la kan. nk plak kau anak laki..patut dewasa la sket. jaga famili tuh. ni pakat main ilang jer. oh ok..nk pgi kije. luf u! get well soon!
ReplyDeletetau tape. macam nak ku titik-titik budak tuh isk3.
ReplyDelete