Monday, October 31, 2011

super annoyed.

now i cook my lunch so that i can save some money. maybe not much, but at least i could slow down the spending teheeee. 

hurmm. it's raining now. lately it has been raining a lot but i love it. suka, sebab tetiba biji bunga rozel ku telah bercambah di dalam pasu akibat disiram air hujan hampir setiap hari hihihihi. oh konon nak tidur awal malam ni, tetapi macam paling awal pun pukul 12 huhu. semester baru sudah bermula dan almost every day kelas aku pukul 8 pagi. terima kasih, pembuat jadual.

memandangkan hari hujan, aku sudah dapat premonition yang aku akan tidur lena dan mungkin terbangun lambat esok hahaha. pagi tadi agak lambat bangun gara-gara alarm menjadi sebati dalam mimpi. so kenalah tukar bunyi alarm yang lebih ganas. tapi aku ini tak boleh terkejut waktu sedang tidur. boleh jadi migrain heh dasar gedis.

tapi sekarang, bunyi alarm kereta jebon manalah yang tak reti senyap ni. dah tahu alarm kereta annoying giler macam bunyi kereta mainan kanak-kanak silalah alert sikit bila memekak time hampir tengah malam neh. orang nak tidur, jebon. bukan nak bergembira dengan mendengar alarm irritating kau tuh. aku doakan battery kereta kau kehabisan dengan kadar segera. sumpahhhhh annoying haih.

moga malam ini aku boleh tidur lena sebab memang tak cukup tidur lately. i need my beauty sleep to maintain my baby face bahahaaa. sumpah aku sangat annoyed. let's pack my lunch for tomorrow and then sleep sleep zzzzzzz.

Friday, October 28, 2011

terima kasih, semua.

aku selalu terfikir, how life would be if semua yang aku ada ini tiada. walaupun kadang-kadang tu aku meroyan beremosi sket *sikit je kot* tapi terima kasih ya Allah untuk kebahagian yang Kau berikan. hidup aku tak sempurna, but with the ones i have in it, it's something i wouldn't trade for anything else. they have made my life almost perfect. 

terima kasih, ya Allah. walaupun kau ambil kawan baik aku tanpa aku bersedia, kau berikan seorang lagi buat aku. dan terima kasih kerana sebab itu, aku lebih menghargai mama. aku lebih menghargai mereka yang berada di samping aku.

terima kasih, papa. sebab sudah beri lesson yang paling mahal. no matter how much i miss you which even words can't describe - i know you've given me the best. you as my father. if you are still with me, next week you're going to be 55.

but Allah always knows best.

al fatihah.

Thursday, October 27, 2011

when i wish life is more generous. and movies comparison: al hijab vs paranormal 3.

no, actually i'm hoping for my organization to be more generous by raising up my monthly earning. or at least provide me with more opportunities to earn more. either way, just wanna say i wish what i get could be more than now. or at least give me two or three months bonus. heh sounds ungrateful pulak.

but then, in this so expensive world, who wouldn't ask for more? even beggars now can choose. they would go for somewhere they could beg and earn better.

masih tiada perkhabaran tentang bonus. aku tak mengharapkan apa-apa. tapi kalau ada, akulah manusia paling gembira tehheeee.

aku adnan saladin. akulah raja libas wtf *tetiba sebab tv dibuka di depan dan ada iklan libas*

haih bilalah orang kita nak maju dalam dunia filem. do something interesting la beb. bukan nak membenci filem orang sendiri, tapi aku tengok cerita al hijab penuh dengan rasa sumpah seranah dan kepanasan sebab berkelubung dalam shawl *sebab hantu suka terjah-terjah kau*. bukan a good horror movie, for me. but if you're are into hideous ghosts who would play hide and seek, high pitch screaming voice or creepy sound effect and repetitious lines and ridiculous script or pelakon yang agak kayu, go for it. but if you're looking for a movie which can stop your heart and you can't even scream because it's just too scary - i would super recommend paranormal 3. but bear in mind, this is not the kind of a movie yang you akan takut terbawa-bawa sampai balik rumah.

heh sedikit bias ulasan movie aku but well, i don't care. that's just my opinion. a smart person would take it as a criticism and try to improve. those who are not so smart would again give the same excuses saying we are not supportive la bla bla bla. whatever. you nak i support, give me good quality movies. i'll pay, don't worry.

by the way, we spent min RM100 just for movies per month. so, again talking about how i wish life would be generous on me is just so so ironic. bahahaha. whatever. we're movie freaks.

Wednesday, October 26, 2011

silence.

aku tak tahulah samada ini cuma perasaan aku sahaja atau memang itu perangainya. cuma yang aku perasan, this is not the first time. sudah banyak kali benda yang sama berlaku. entah, mungkin aku yang paranoid.


demi Allah, aku lebih berniat mahu bercerita kerana teruja. sementelah aku masih belum sampaikan khabar gembira itu. tak terlintas langsung mahu bersaing atau menunjuk-nunjuk. entah, aku cuma menjadi aku.


tapi yelah, kadang-kadang tak semua boleh terima kita tanpa rasa tergugat. tapi bukan salah aku, kan? mungkin lepas ini aku cuma share dengan mama dan the boys. yang lain, hurmmm they never care, i guess.


entahlah. mungkin datang bulan membuatkan aku lebih sensitif dan mudah terasa. membuatkan aku terasa seperti kau seakan nak bersaing dengan aku. heh we are not even in the same league. aku pun tak tahu apa yang nak dilawankan. dan kenapa kau begitu beria mahukan perhatian. cam'on, kita bukan lagi budak-budak.


dan benda yang kau teruja sangat untuk beritahu dengan mencelah dan memperlecehkan aku itu pada aku memalukan. haih most of the time, being silent is best is always right.






entah kenapa walaupun dah tua aku masih rasa tiada siapa yang pedulikan aku. bloody hormones *escapism*

short is more practical.

sejak dua tiga empat lima menjak neh, aku dilanda masalah ketombe pula. aku rasa ini mungkin ada kaitan dengan rambut tebal dan tabiat aku suka bagi basah rambut lepas tu tak kering betul-betul before pakai tudung. rambut panjang memang tak membantu menyelesaikan masalah ini walaupun aku pakai head n shoulder.

hurmm. rambut tebal memang tak leh nak buat apalah. memang azali begitu. and tabiat aku suka basahkan rambut membantu aku menyejukkan kepala sebab bila aku panas - aku migrain. jadi aku terfikir betapa mahu berambut pendeknya aku bahahaha. tapi selalu risau potongan begitu tak sesuai dengan bentuk muka aku yang square neh. tapi semalam i google2 (ceh nak potong rambut pun nak google gaya), baru aku sedar ramai celebrities berbentuk muka seperti aku (heh apa yang aku cuba sampaikan neh hehehe).

berbalik kepada potongan rambut yang aku suka. ada dua yang aku berkenan. pertama, memang super pendek dan sangat praktikal dari segi nak basuh dan keringkan. tapi tak sure whether i can pull it off or not. yang kedua, medium length. still tak tau okay ke tak dengan aku dan condition rambut aku yang halus tapi kembang *apakah* ini.

haih layan jela gambar cutting yang sangat menambat hati ini.



bila tengok dua gambar neh lama-lama... rasa macam yang no 1 macam sangat menambat hati. heh aku memang ada soft spot dengan short style. tapi sesuai ke dengan aku neh? and one thing to note, it's time to change my hairdresser. sebenarnya dah lama nak tukar, tapi tak jumpa lagi yang best macam yang sekarang di mana boleh kaw tim harga and so far cutting dia aku suka. but i guess, between those and agama, aku rasa memanglah aku pilih yang the latter. 

we'll see apakah resultnya nanti hehehe.

*photos are taken at www.about.com*

Tuesday, October 25, 2011

hurmmm.

kadang aku terfikir what kind of a parent i would be. entah, melihat kepada budak-budak zaman sekarang - aku memang super freak ah. aku selalu membebel tentang parenting pada students (entah mereka faham ke tidak, tak tahulah) not because i'm eagerly wanting to be one, but more of telling them literally how scared i am actually.

aku ada jiran depan rumah. tepi dan atas tak ada, alhamdulillah. kalau tak aku tak tahu macam mana aku nak endure the noise that the kids produce. sumpah tak boleh tahan petang tadi. aku ni memanglah short temper sikit. tapi sebolehnya aku cubalah bertahan. tapi petang tadi menyirap sungguh aku dibuatnya bila budak-budak tuh bukan sahaja bersila panggung main depan rumah aku, siap terjerit-jerit macam bapak kau bayar sewa rumah aku jugak. haih dah lah sebelum tu aku sudah bengang dengan penyidai kain dia menghalang pintu masuk ke rumah aku. penyidai kain kau, apa kata kau sidai depan rumah kau instead? 

dan yang lagi aku terkejut, mereka itu orangnya beriman. kenapa aku kata beriman? sebab suaminya memang tak pernah angkat muka nak tengok jiran (aku la tu). kadang kalau aku nak keluar atau masuk rumah dan kebetulan dia pun nak keluar, sanggup dia masuk tutup pintu dulu. isterinya pula pakai tudung labuh, jadi aku bertanggapan baik bahawa mereka ini orangnya baik-baik belaka. tapi kenapa? kenapa kau biar anak kau membuat onar? dan kau suka-suka menyidai kain di rumah aku?

haih memang tak faham. apa kaitan ini dengan parenting? entahlah. mengikut kefahaman dan pendirian aku - berumahtangga bermakna kau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dalam mendidik pasangan dan zuriat yang akan terhasil. ia juga bermakna kau perlu melepas atau mengorbankan beberapa perkara seperti mungkin perangai buruk kau dan sebagainya yang mungkin menjejaskan didikan kau pada anak-anak dan pasangan. tapi entah kenapa aku tak melihat itu semua. 

bukankah ibu bapa sepatutnya menjadi role model pada anak-anak? kenapa kita asyik suruh mereka menanam sifat-sifat mahmudah sedangkan kita sendiri tidak cuba membuang sifat mazmumah dalam diri? bukankah kepimpinan melalui tauladan? bukankah sudah ada peribahasa ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, jadi kenapa perlu diikut sebegitu? pelik sekali.

aku tak tahu apa yang menanti aku di masa akan datang. ibu bagaimana akan aku jadi nanti. anak yang bagaimana akan aku hasilkan. jadi kerana itu aku takut. aku super takut yang bukan main-main. aku ini orangnya tidaklah alim mana. iman pun lebih nipis daripada kulit bawang dan sentiasa penuh dengan kekhilafan. jadi sangat takut jika amanah Allah itu tidak aku laksanakan sebaik mungkin.

cuma satu aku minta, walaupun aku hidup dalam dunia serba material ini dan pada masa akan datang anak-anak aku akan melalui cabaran kebendaan yang sangat hebat - ada satu yang aku minta diingatkan. biarlah aku jadi ibu yang tidak terlalu mahukan anak mengejar kebendaan. biarlah anak aku tidak secerdik mana, asalkan dia boleh hidup sendiri dengan usaha sendiri. dan biarlah anak aku tidak berkelulusan tinggi, asalkan budi pekertinya ada, dan penuh rasa rendah diri dan pandai berdikari. dan biarlah anak aku itu bukan orang yang dikenali, asalkan di mata Allah dia hamba yang baik dan disayangi.

ecehhh itulah harapan seorang ibu - secara amnya. aku, tak terkecuali. cuma kalau orang kadang-kadang lebih mahu anak jadi doktor, jurutera dan sebagainya, aku tak kisah sangat pun. biar dia jadi apa dia mahu - asalkan bukan yang buruk-buruk sudahlah. dan asalkan tak menempel aku sampai ke tua sudahlah bahaha ni paling takut.

okaylah. cukup bebelan aku pasal parenting. boleh jadi gila bila fikir betapa paranoidnya aku hehehee.

Monday, October 24, 2011

the greatest lesson can sometimes be learned from a silly mistake.

aku suka ambil gambar using my hp or my dgcam that i called boga. so that if i need to refer to notes ke apa ke senang. even my jadual kelas is captured so that it's easy for me to check the schedule from time to time. tapiiiii... kenapalah on earth, masa pergi pesta buku banyak bulan yang lalu aku tidak berbuat demikian. and now, aku teraba-raba mencari buku yang aku mahu. nak google sumpah berlambak. yang aku ingat cuma buku itu ada warna merah dan ada perkataan research bahahaha heh not funny. 

google punya google... bersungguh aku mencari kebelakangan ini, maka sudah terjumpa (i think). tapi harganya almost rm200 sedangkan di pesta buku itu murah sikit tapi sikit jela tapi janji murah la kan. haishhhhh why la very expensive. sebagai menyokong niat aku ke arah gaji yang lebih banyak (dengan sambung belajar di mana it will cost me a fortune, i guess) - hari ini aku dah mula bawa bekal lunch.

heh padahal dah broke gila-gila and gaji is only lusa. happy diwali all. may your bank account is as bright as the light festival eh eh tetiba.

Sunday, October 23, 2011

it's not funny when it's you who got pranked at, isn't it?

hari ini aku lalui dengan begitu tenang walaupun tidur pagi tadi sedikit terganggu dan malam ini aku marahkan dengan sesuatu. but now, sangat marah. i don't find it amusing when you fool people with that kind of act. macam sial. dan yang paling membuatkan aku marah, niat aku baik. cuma nak tengok aku color blind ke tak. and it's just for a good reason. tapi jadi marah sebab end up it wasn't intended to let you know whether you're color blind but more to scare you. macam shit dowh. and i sleep alone tonight at the back room, and it's just few metres away from the muslim cemetry. shiiit gila. abyrad, aku banned blog kau from now on. wth wthhhh. haih sometimes it's true when people say curiosity kills a cat. my curiosity has made me lose my good sleep because now i can't even close my eyes. and my heart pumps like it has just done a 100m race. dammit.

perasan best punya pasal.

kadang aku tak faham kenapa begitu mendadak naik harga hartanah di kawasan aku ni. tertanya-tanya what and who set the value and price. kau gila tak rumah teres corner lot mahu dijual dengan harga half a million. dan kawasan rumah aku tak ada perkhidmatan bus dan teksi secara profesional pun. masih menggunakan seketul bas mini, dan prebet. bank pun cuma ada seketul. sekolah menengah baru je ada. perkara paling awesome cuma secret recipe. dan cuma ada satu stesen minyak. tiada masjid sendiri, menumpang masjid di tempat kerja aku sahaja. wth, beb.

sumpah tak faham.

dulu, kawasan rumah aku - apartment kos murah (3 bilik, 2 bilik air) - kadar sewa takkan cecah rm400 pun sebulan hatta rumah tingkat 1 pun. sekarang, top floor pun kadar sewa mencecah rm500. dulu, aku bangga sebab sewa rumah aku murah. even now pun walaupun dah keluar mandat sewa naik tetap aku rasa murah sebab harga sewa aku tengok begitu skyrocketing bak kata omputih. tapi dulu, walaupun murah tapi kawasan rumah aku bersih aje. sunyi, damai. seronok. sekarang bila harga naik, terbalik pula. masa murah dulu tak ramai pun yang nak duduk sini. tetiba naik harga ramai pulak eh eh aneh mak.

dan tadi aku main-main search rumah di mudah.com, konon nak survey nanti dah kahwin plan nak cari rumah yang lebih aman (not that i'm gonna get married sooner tapi sahaja berangan merancang masa depan sebab meluat bunyi bising budak-budak main depan rumah) - tetiba tengok harga sewa terus aku rasa haih memang aku lebih berazam nak beli tanah dan buat rumah banglo. because believe it or not, it is cheaper than buying a terrace house yang besar tak tara mana. 

persoalannya, memanglah kau rasa kau beli rumah, bayar bulan-bulan, then renovate cantik-cantik maka kau ada hak nak jual mahal sebab kau rasa rumah kau best. tapi pernah pikir tak, layak ke dengan kawasan dan keluasan rumah kau tu? haish mungkin kita perlu ada polisi tentang value hartanah ni. and make sure everyone knows sebab bila tanya bank - they said it's not that worthy pun hence loan pun dapat ciput je. fikirlah weh. kau pinggir bandar je, bukan KL. i so don't get it.

p/s: aku bitter sebab tak mampu beli rumah seperti yang aku mahu waaarghhhh.

Friday, October 21, 2011

blessing in disguise.

semalam hati aku tetiba panas tak semena-mena. benda kecil je pun tapi sebab aku ini memang jenis tak boleh terasa seperti termonyeh-monyeh syok sendiri sorang-sorang jadi tetiba emo heh memang dasar sakai.

but today has made up my miserable days lately *esheh elemen drama betoi*. after years, actually - barulah aku rasa as if what i've been dreaming since i was little soon is going to happen. heh apalah aku merepek ini ha. ok, kalau menurut cita-cita ala-ala princess aku masa kecil-kecil dulu, i always dream of becoming a doctor. walapun aku kecil aku selalu cakap tak jadi doctor ubat orang pun takpa, jadi doctor ado phd pun aku suka je. ulang-ulang cakap sambil berangan-angan at this age nak buat apa, this age buat apa so on and so forth. 

and now, di usia yang selalu aku khabarkan pada pelajar 'between thirty to forty', baru terhegeh-hegeh nak sambung masters. dulu dah apply tapi entah kenapa hati aku berbolak balik fikir macam-macam hal. antaranya of course la kewangan dan minat - 'is this what i want to do for the rest of my life' adalah soalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri. mengenali diri sendiri, kadang aku pun boleh keliru dengan kehendak hati. aku seorang yang bercabang minatnya dan jenis rasa macam semua pun minat dan suka nak buat heh merapu sungguh aku ni.

tapi tadi, aku rasa macam telah dibukakan pintu hati wah3 macam nasyid dah pulak. rasa seronok. excited. tapi at the same time takut. ahhh boleh ke aku buat ni? takutnye takutnya takutnya woooooi.

dah lah tadi masa nak jumpa bakal supervisor *ehemehem*, gegel tak gegel lutot aku dibuatnya. tambah gegel bila dikaborkan kena cakap omputih pulak ah sudahhh siap ku baca doa sampai berbuih mulut. tetiba bila jumpa elok lancar je aku cakap omputih tetiba dia pulak yang cakap bm bahahahaha acah-acah je aku neh. heheh tapi apa-apa pun, tima kasih la pak bakar sebab dah membantu aku yang tak ada pertalian darah mahupun talian hayat ini. btw, it turned out to be lebih nervous bercakap dengan pak bakar sampai bersepah-sepah ayat aku dibuatnya daripada bercakap dengan bakal supervisor. i guess that is how it feels when you're talking to your future in laws wiu3.

and thanks to teman jiwa i sebab push i and buat i rasa sungguh alive *eh eh hehehe* anda telah membakar semangat ai dan harapnya semangat ini akan terus membara dan bukan kecot maka terpadam esok atau lusa. i still don't have a clear picture, but i have the sense that this will lead me somewhere. 

dan di dalam kegembiraan dan ketakutan aku ini, tetiba aku teringat pada bekas rakan serumah. if only we are still friends, i would bring her along tadi sebab aku dengar dia tengah struggle nak sambung. but i guess she doesnt need me. siapa je perlukan budak yang graduated cukup-cukup makan. dia kan hebat pointer tinggi hik3.

so readers *as if ramai je*, tolonglah doakan kejayaan aku. semoga di masa akan datang, bila google nama aku tu banyak la sikit yang keluar. neh asyik-asyik benda sama. tak pasal students bebel kat blog, boifren tulis kat blog, pastu yang lebih tu nama indon je waaaahaaa kita serumpun. hoi indon tayah nak demand2 sangat la pasal maid tuuu *tetiba*

heh okaylah i need my beauty sleep babai.

Wednesday, October 19, 2011

tanya sama hati.

tertarik dengan nukilan ini membuatkan aku ingin menyenaraikan beberapa soalan.

dalam pada kita berkasih, apakah kita ini cukup memahami?
dan dalam pada kita meminta untuk difahami, adakah kita juga memahami?

selama kita bersama, apa pernah kita cuba mengubah siapa kita untuk buat kehidupan berdua lebih sempurna?
atau asyik kita yang meminta untuk berubah atau tidak pernah mahu berubah?
atau sering leka mahu orang ikut rentak kita tanpa kita sedar rentak kita bisa melukakan dia?

dalam pada kita mahu hidup bersama, apa pernah kita usahakan untuk hidup bersama?
atau cuma sekadar lafaz di mulut tangan meraba tapi hati tak mahu berkata apa-apa?

dalam pada kita melihat dia memberi, apakah kita memberikan daya usaha yang sama untuk memberi juga?
atau lebih mudah melihat diri diberi dan merasa layak kerana kita tiada apa-apa?

apa dalam hidup kita fikir hanya duit, pangkat dan harta yang orang kejar?
tanpa melihat selama ini bila kita tiada apa-apa dia masih bersama kita?

bila kita sama-sama memberi, apakah kita bungkam bila yang diberi tak dihargai?
atau fikir kita sudah memberi maka layak untuk mendapat pulangan berguni-guni?

apa bila berdepan dengan krisis, kita luahkan emosi kemudian kita rasa kita betul, dan kita tetap dan masih betul tanpa cuba melihat atau mendengar dari sudut dia?
atau sudah cuba dan rasa ada betulnya tapi masih ego lalu dibiarkan tanpa penyelesaian?

apa kita lebih gemar berlari dari menyelesaikan rasa hati?
apa ini 'the never ending story'?

aku tak tahu. aku cuma manusia biasa yang bilamana aku takut, aku mahu dikata pada aku, "it's okay. it's gonna be okay" walaupun itu mungkin janji palsu. kerana paling tidak, aku tahu kau tahu aku takut dan kau cuba untuk menenangkan aku. bukan lari dan tuduh orang tidak memahami.

Sunday, October 16, 2011

hantu buku.

semalam, aku menghabiskan masa dan merabakkan poket di wolfie bookfair. masa sampai, sudah terfikir apa cukup bekalan tunai sebanyak rm40 untuk membeli buku. tapi hati kata, spend with only what you have. dan orang kata, buku murah-murah belaka. lagipun berapa banyak je pun aku nak beli. maka, mungkin cukup. masuk ke dalam dewan, aku melihat hampir semua mengelek kotak, atau beg besar sarat berisi buku. siap ada yang pinjam beg sekolah anak yang beroda untuk diisikan dengan buku-buku. tak kurang yang kelek beg bertroli seperti mahu melancong ke luar negara. terkesima. tapi hati kata, ahhh takpe. tak perlu kotak. cash tak banyak.

end up aku tak boleh tahan daulat buku. at last terpaksa ambil kotak untuk mengisi hasil tangkapan mata rambang. gila kau, buku yang dah lama aku aim tapi masih tak mampu-mampu beli biarpun gaji beribu cuma rm8. paling mahal buku yang tebal kulit keras dan memang bagus untuk aku yang berkeyakinan ciput cuma rm 15. akhirnya, terguna juga kad puaka bahahaha.

rasa seronok adrenalin mencurah-curah sibuk berebut buku dengan orang yang hadir. sejujurnya, orang memang ramai. tapi masih belum cukup ramai untuk dibanggakan. parking tak penuh seperti MAHA. suku pun tak dapat ditandingi bilangannya. tapi tak apalah, janji masih wujud rakyat yang suka membaca. masih ada ibu-bapa yang mahu bawa anak-anak ke sini untuk diberi pendedahan. teringat betapa setiap kali ada pesta buku tak kisahlah pesta buku antarabangsa mahupun pesta buku dbp, mama akan heret kami dan pasti balik tanpa tangan yang kosong. seronok dulu masih sama seperti seronok sekarang.

aku punya azam tahun ini ringkas je. mahu beli buku at least satu buku setiap bulan. tapi dah banyak bulan tak beli jadi semalam kira ganti ah bahahaha. 


nah hamik kau sepuluh terus. sampai tahun depan pun tak tentu habis lagi kui3.
 


 tapi rak buku dah penuh. nanti hangkot buku dari ampang lagilah tak ada tempat nak letak. 
so luf? mana rak kaca i?

okay sekarang kena fikir nak simpan duit beli peti ais dan rak buku baru. *tetiba peti ais terlibat bahahaha*

Friday, October 14, 2011

kotak kecil.

kotak kecil itu terdetik lagi.
cuba untuk menafsir.
gagal.

apa masih ada yang sudi menjadi kotak kecil seperti ini.
yang sedikit rabik, kemek dan terkoyak.
tapi masih setia menanti.

kerana cintakan tuan.
kerana mahu bersama tuan sampai mati, lunyai kotak ini.

kotak kecil tiada suara.
yang ada cuma jemari yang bisa melantun kata berbisa.
menyentuh jiwa.

kotak kecil cuma mahu dihargai.
mahu didengari.
tidak mahu diadili.

kotak kecil sangat mahukan sesuatu.
tetapi bukan nasib si kotak kecil.
bertahan, cuma itu yang mampu.

kotak kecil menangis lagi.
jemari menulis seakan terhenti.
mati.

ini rumah si kotak kecil.
namun kotak kecil ini tidak betah di sini.

apa tiada hatta secubit ruangkah untuk si kotak kecil?

kawan baik atau kawan yang baik?

menjadi aku, aku memang susah nak rapat dengan orang. mesra, ye. tapi aku bukan jenis yang mudah meluahkan hati, perasaan atau menunjukkan emosi, walaupun kawan yang rapat dengan aku. pendek kata, aku seorang yang sangat memilih. cuma ada beberapa orang yang berjaya melihat siapa aku yang sebenar. 

di hadapan orang, aku sentiasa mempamerkan yang aku ini jenis selamba, tidak mudah tersentuh dan tidak terbawa-bawa. orang melihat aku sebagai seorang yang gagah (bukan tubuh badan, cuma emosi dan semangat) tapi hakikatnya, orang lupa bahawa aku juga seorang manusia biasa. cuma kadang aku sudah terbiasa untuk tidak percayakan orang - maka aku berpura-pura as if aku tak kisah dan tak peduli.

pengalaman semasa menjadi anak kecil menakutkan aku. aku pernah ditikam bertubi-tubi dengan kawan-kawan, dan kawan-kawan memang semuanya jahat. heh mungkin aku tak patut memanggil mereka kawan pun. masuk ke sekolah menengah, aku terkenang-kenang tentang betapa kejam girls can be to their friends demi kepentingan diri sendiri, maka aku serik dan sering menjauhkan diri bila ada yang cuba berbaik dan mahu rapat sama aku. 

terbawa-bawa kenangan pahit, dalam aku tak sedar. cumanya, entah macam mana aku berkawan dengan seorang pelajar baru masuk ke sekolah aku. aku tak ingat entah bagaimana begitu mudah aku rapat dengan dia. we shared almost everything. aku pernah tidur di rumah dia, bersembang hingga awal pagi, pergi swim sama-sama (walaupun aku tak reti berenang), dia datang tidur di rumah aku etc etc. sampai kami macam kembar. sebab muka kami lebih kurang sama kot tapi orang selalu ingat dia kakak bahaha awet muda sungguh aku. aku ingat lagi bilamana dia sedih dan menangis aku selalu gelisah sampai bapa aku sanggup hantar aku pergi rumah dia. dan bila aku sedih dia berjalan kaki datang ke rumah aku. rindunya aku saat macam tu.

bila dia nangis, aku beria peluk dia dan kata it's okay. dan dia pun akan buat macam tu pada aku. kadang-kadang, all that she did was hugging me - but i felt good. she would tell me the truth, so did i. that was the moment that i felt at last, i have a bestfriend. but things didn't last for our friendship. i discovered so many lies she had told me. but still, i couldn't get angry or upset. sikit pun tidak. cumanya, aku menjauhkan diri. aku tak marah, tapi aku tak boleh nak rapat lagi dengan orang yang menipu aku. i know why she was like that, yet i just can't be the same anymore. plus she never says sorry. 

dan aku tak pernah confront dia pun. i didn't know how to begin. and we never talked to each other after that. but after years passed, i still miss the closeness we had. i miss to have a bestfriend. especially now. how i miss to have someone that i can tell everything but not passing judgements. i miss the moment of which i didn't have to tell but she could sense something was not right just by listening to how i sounded. or how i smiled. she knew that something was bothering me with one glimpse. she was a good friend, indeed.

i guess that's why i couldn't be bothered to be angry at her. because when we were friends, we had the best time ever. she had played the bestfriend i've always dreamed of. cumanya keadaan memaksa dia berbohong tentang banyak perkara. aku masih berharap that one day she would come to me and say how sorry she is; and i would be happy to have her as my bestfriend back. it's okay if she doesn't want to explain why she lied. it's okay.

entah kenapa, aku terlalu rindukan dia.

Monday, October 10, 2011

entri buat kekasih.

hari ini, selepas ku timbang timbang menggunakan akal, ada benarnya kadang kala dalam menjadi diri kita sendiri sering kita melukakan hati orang yang kita sayang. tanpa kita sedar, dalam mempertahankan siapa diri kita, kita lupa ada orang yang kita sakiti. dan hari ini, bantulah aku untuk lebih berhati-hati dan bijak mengatur kata dan perbuatan.

dan hati, tolong jangan nak sensitip sangat la. rimas mak yaawwww.

buat sayangku, seribu kemaafan saya minta sebab berperangai macam kucing liar sore tadi. adakalanya saya sendiri rasa nak sepel kepala sendiri. saya harap awak jangan la mudah berputus asa dengan saya, ya.

saya sayang awak sangat. walaupun muka awak serius dan suka cucuk-cucuk saya. teeeheee.

masih ada peluangkah untuk aku?

jangan beri aku peluang kedua jika kau rasa aku tak layak.
atau jika kau rasa benar aku berniat menghalau kau dalam diam.

selepas apa yang berlaku hari ini, aku tertanya-tanya diri sendiri.
apa lagi sumbangan aku untuk kita selain daripada memberi apa yang kau sedang rasa.

betol-betol aku rasa shit habis.
sepertinya aku tak pernah memberi apa-apa.
sebab i can't think of any.

aku tak salahkan kau.
setiap manusia ada khilafnya.
dan khilaf aku yang paling besar adalah tadi.

atau mungkin sebenarnya everything is piled up.
dan hari ini cuma macam sumbu.
dan apinya aku sendiri.

maaf.
jangan diberi peluang pada aku jika aku tidak layak.
ini lesson paling mahal selepas kehilangan papa.

dan yang lucunya, seperamah, dan sefriendlynya aku.
aku tiada siapa lagi selepas kau.

Sunday, October 9, 2011

bukan mudah menjadi seorang perempuan.

jangan bercakap seolah aku yang meminta-minta, berdoa hari-hari untuk jadi macam neh. jangan kerana aku selalu mengelak, menafikan dan mengatakan aku ini wanita berkerjaya, maka aku memang mahu hidup begini. pernah tak terfikir yang aku mungkin jadikan itu satu alasan menyedapkan hati sendiri dan kamu kamu? 

siapa je yang mahu hidup berseorangan. duduk rumah sorang-sorang, sunyi sepi tanpa teman berbual. kalau ada pilihan, bukan perangai aku berkawan lama-lama. hidup aku pun ada impian. ada angan-angan. tapi apa guna aku berangan dan berimpian kalau hakikatnya perkara itu bukan dalam kawalan tangan aku?

aku cuma seorang perempuan. dan kita bukan bercakap pasal khadijah r.a di sini. aku bukan dia dan masyarakat kita bukan begitu. jangan menggelar aku itu ini. sedih, tahu? aku bukan hari-hari bertandang di rumah dia. jadi kenapa samakan kisah aku dengan anak makcik yang paling aku benci? 

macam mahu menangis bila diberi tanggapan aku perempuan murahan. tolonglah berhenti menekan. aku cuma seorang perempuan dan keputusan bukan di tangan aku. 

mengugut, mendesak, memaksa bukan aku. jangan biarkan aku menjadi seperti yang lain. takut nanti bila dilanda masalah, aku dituduh pembawa malang atau punca. kalau tak paksa tak jadi. haih. apa je pilihan yang aku ada.

demi Allah, aku pun tak mahu kehidupan begini. percayalah.
tak guna pun terasa hati.
it's a never ending story.

belajarlah untuk menerima dan jadi seperti itu juga.

Friday, October 7, 2011

surrender.

aku beruntung kerana kekasih pandai memasak dan ringan tulang. 
harap maintain bila dah kahwin bahahaa.
tapi kekaseh tak ada misai macam ni. 
dan lengan lebih tegap teeeheee.

Wednesday, October 5, 2011

senyum simpul. tapi ini benar ye. sangat benar.

hari ini aku ada baca satu luahan sang jejaka. benar, sangat benar apa yang dia kata. cuma terkadang aku ini terlalu emosi dan selalu merasa aku benar dan perlu meluahkan. nasty, huh? aku selalu berharap sang kekasih seperti aku; bisa meluah bila perlu. tapi dia cuma lelaki hebat yang tak banyak bersuara mahupun mempamerkan rasa hati. tapi itu yang membuatkan aku jatuh cinta kali pertama dan hari-hari jatuh dan jatuh. 

aku selalu bilang sama dia, aku sukakan lelaki yang tidak banyak bercakap. tapi selalu juga aku lupa yang itu memang xfactor dia - yang memang aku suka tapi entah kenapa mungkin kerana didorong rasa bersalah aku selalu mahu dia jadi macam aku; sangat expressive. tapi benar, jauh di sudut hati aku masih mahu dia bukan menjadi seperti aku sebab cukuplah aku seorang berleter mengomel membebel seperti ini. aku minta maaf kalau selalu buat kau stress, tapi aku memang sayang kau, tau. teeheee.

muka dia memang serius kalau dia tak senyum. tapi bila senyum aku pula yang tersipu-sipu. comel tembam pipi dan after enam tahun lapan bulan menyulam cinta - aku baru sedar kami ada style senyum yang sama haha. 

ishh rindu pulak. padahal hari-hari jumpa. moga rasa ini kekal sampai bila-bila. amin.


biarlah susah dan senang bersama, ye.

Monday, October 3, 2011

i didn't lie.

i'm not mad. i wasn't mad. but i was upset. i knew what i saw which i didn't see it at all. my eyes couldn't adjust themselves in a short period of time. i think that's why i couldn't see it. all i can see was the one with the dead end. i'm not lying. again, aint talking shit here.

people don't believe me when i say that. blame me for panicking. i panicked because there was a car at the back. and i couldn't see anything in front of me. just the blurred vision of dim lit road. haih. my bad for panicking. my heart pumped like it was a race. and i hate myself for not panicking because i forget the high beam light haih double sigh.

i was happy to drive. i thought i'd be fine. but i wasn't. my bad for panicking. and i'm upset when people said i didn't do it wholeheartedly. talk to my eyes. i would if they would listen. but they don't. well, they are vision not hearing. haih again.

i guess the reason they don't believe me because i've had my eyes tested. but it was nothing. i have almost excellent vision. silau pun sikit je. i spent huge to buy shades because my eyes sore during the day. other than that, i'm fine.
not until tonight. my worst nightmare. and when i read this, definitely going to get some supplements tomorrow. haih. fyi, aku super duper ikhlas nak memandu tadi. maaf sebab aku panik. jangan lupa 10 tahun dulu kau panggil aku akak kuat gelabah kot~ 

jum besok teman aku cari vitamin.

*gila comel neh*
susah betul kalau bila bekerja tak boleh terima pendapat orang. 
haih kau kena ingat, students tak semua smart macam kau.

Sunday, October 2, 2011

cuaca yang mendung, semendung jiwa ku juga. *eshesh*

sepatutnya, hari ini patut aku isi dengan menyiapkan tugasan mengemas, membasuh, melipat dan sebagainya. tapi entahlah, hati ini bungkam macam tak seronok. mudah bagi orang memberikan pendapat dan cadangan, tapi bila ia melibatkan manusia lain - tak semudah yang disangka. 

sepatutnya aku sudah melaluinya. tapi tidak. masih lagi aku sabarkan hati. memujuk hati untuk melihat pada kebaikan yang ada. dan kononnya aku sudah patut merancang. tapi masih belum ada bayang-bayang. entahlah.

hati tidak gembira. dan kebelakangan ini hati mudah tersentuh. apa sahaja yang ada kaitan dengan kekeluargaan, anak dan bapa, anak dan ibu - aku pasti menangis. mungkin aku rindu. memikirkan suatu ketika dulu dia beria mahukan itu, dan aku gagal menunaikan - seakan rasa mahu itu mati.

beberapa hari sebelum itu, dia berikan aku satu petanda betapa dia benar-benar mahu. sudah lama dia minta. dan bila dia tiada - terkadang aku rasa mahu itu tiada makna. 

cuma aku tak mahu berterusan begitu. sebab nanti aku akan berterusan rasa marah dan sedih. haih kalaulah masa boleh diputar kembali.