jangan bercakap seolah aku yang meminta-minta, berdoa hari-hari untuk jadi macam neh. jangan kerana aku selalu mengelak, menafikan dan mengatakan aku ini wanita berkerjaya, maka aku memang mahu hidup begini. pernah tak terfikir yang aku mungkin jadikan itu satu alasan menyedapkan hati sendiri dan kamu kamu?
siapa je yang mahu hidup berseorangan. duduk rumah sorang-sorang, sunyi sepi tanpa teman berbual. kalau ada pilihan, bukan perangai aku berkawan lama-lama. hidup aku pun ada impian. ada angan-angan. tapi apa guna aku berangan dan berimpian kalau hakikatnya perkara itu bukan dalam kawalan tangan aku?
aku cuma seorang perempuan. dan kita bukan bercakap pasal khadijah r.a di sini. aku bukan dia dan masyarakat kita bukan begitu. jangan menggelar aku itu ini. sedih, tahu? aku bukan hari-hari bertandang di rumah dia. jadi kenapa samakan kisah aku dengan anak makcik yang paling aku benci?
macam mahu menangis bila diberi tanggapan aku perempuan murahan. tolonglah berhenti menekan. aku cuma seorang perempuan dan keputusan bukan di tangan aku.
mengugut, mendesak, memaksa bukan aku. jangan biarkan aku menjadi seperti yang lain. takut nanti bila dilanda masalah, aku dituduh pembawa malang atau punca. kalau tak paksa tak jadi. haih. apa je pilihan yang aku ada.
demi Allah, aku pun tak mahu kehidupan begini. percayalah.
No comments:
Post a Comment