Sunday, October 2, 2011

cuaca yang mendung, semendung jiwa ku juga. *eshesh*

sepatutnya, hari ini patut aku isi dengan menyiapkan tugasan mengemas, membasuh, melipat dan sebagainya. tapi entahlah, hati ini bungkam macam tak seronok. mudah bagi orang memberikan pendapat dan cadangan, tapi bila ia melibatkan manusia lain - tak semudah yang disangka. 

sepatutnya aku sudah melaluinya. tapi tidak. masih lagi aku sabarkan hati. memujuk hati untuk melihat pada kebaikan yang ada. dan kononnya aku sudah patut merancang. tapi masih belum ada bayang-bayang. entahlah.

hati tidak gembira. dan kebelakangan ini hati mudah tersentuh. apa sahaja yang ada kaitan dengan kekeluargaan, anak dan bapa, anak dan ibu - aku pasti menangis. mungkin aku rindu. memikirkan suatu ketika dulu dia beria mahukan itu, dan aku gagal menunaikan - seakan rasa mahu itu mati.

beberapa hari sebelum itu, dia berikan aku satu petanda betapa dia benar-benar mahu. sudah lama dia minta. dan bila dia tiada - terkadang aku rasa mahu itu tiada makna. 

cuma aku tak mahu berterusan begitu. sebab nanti aku akan berterusan rasa marah dan sedih. haih kalaulah masa boleh diputar kembali.


2 comments:

  1. mendalam pemikiran budak comel ni..sbr la ye ;) berdoa pd allah jika anda rase bingung.

    ReplyDelete