Sunday, October 16, 2011

hantu buku.

semalam, aku menghabiskan masa dan merabakkan poket di wolfie bookfair. masa sampai, sudah terfikir apa cukup bekalan tunai sebanyak rm40 untuk membeli buku. tapi hati kata, spend with only what you have. dan orang kata, buku murah-murah belaka. lagipun berapa banyak je pun aku nak beli. maka, mungkin cukup. masuk ke dalam dewan, aku melihat hampir semua mengelek kotak, atau beg besar sarat berisi buku. siap ada yang pinjam beg sekolah anak yang beroda untuk diisikan dengan buku-buku. tak kurang yang kelek beg bertroli seperti mahu melancong ke luar negara. terkesima. tapi hati kata, ahhh takpe. tak perlu kotak. cash tak banyak.

end up aku tak boleh tahan daulat buku. at last terpaksa ambil kotak untuk mengisi hasil tangkapan mata rambang. gila kau, buku yang dah lama aku aim tapi masih tak mampu-mampu beli biarpun gaji beribu cuma rm8. paling mahal buku yang tebal kulit keras dan memang bagus untuk aku yang berkeyakinan ciput cuma rm 15. akhirnya, terguna juga kad puaka bahahaha.

rasa seronok adrenalin mencurah-curah sibuk berebut buku dengan orang yang hadir. sejujurnya, orang memang ramai. tapi masih belum cukup ramai untuk dibanggakan. parking tak penuh seperti MAHA. suku pun tak dapat ditandingi bilangannya. tapi tak apalah, janji masih wujud rakyat yang suka membaca. masih ada ibu-bapa yang mahu bawa anak-anak ke sini untuk diberi pendedahan. teringat betapa setiap kali ada pesta buku tak kisahlah pesta buku antarabangsa mahupun pesta buku dbp, mama akan heret kami dan pasti balik tanpa tangan yang kosong. seronok dulu masih sama seperti seronok sekarang.

aku punya azam tahun ini ringkas je. mahu beli buku at least satu buku setiap bulan. tapi dah banyak bulan tak beli jadi semalam kira ganti ah bahahaha. 


nah hamik kau sepuluh terus. sampai tahun depan pun tak tentu habis lagi kui3.
 


 tapi rak buku dah penuh. nanti hangkot buku dari ampang lagilah tak ada tempat nak letak. 
so luf? mana rak kaca i?

okay sekarang kena fikir nak simpan duit beli peti ais dan rak buku baru. *tetiba peti ais terlibat bahahaha*

2 comments:

  1. runtuh rak tu nnti..hihihi.

    ReplyDelete
  2. hihihi bila dah runtuh lagi solid alasan nak beli rak buku baru teeheeeee...

    ReplyDelete