Sunday, October 23, 2011

perasan best punya pasal.

kadang aku tak faham kenapa begitu mendadak naik harga hartanah di kawasan aku ni. tertanya-tanya what and who set the value and price. kau gila tak rumah teres corner lot mahu dijual dengan harga half a million. dan kawasan rumah aku tak ada perkhidmatan bus dan teksi secara profesional pun. masih menggunakan seketul bas mini, dan prebet. bank pun cuma ada seketul. sekolah menengah baru je ada. perkara paling awesome cuma secret recipe. dan cuma ada satu stesen minyak. tiada masjid sendiri, menumpang masjid di tempat kerja aku sahaja. wth, beb.

sumpah tak faham.

dulu, kawasan rumah aku - apartment kos murah (3 bilik, 2 bilik air) - kadar sewa takkan cecah rm400 pun sebulan hatta rumah tingkat 1 pun. sekarang, top floor pun kadar sewa mencecah rm500. dulu, aku bangga sebab sewa rumah aku murah. even now pun walaupun dah keluar mandat sewa naik tetap aku rasa murah sebab harga sewa aku tengok begitu skyrocketing bak kata omputih. tapi dulu, walaupun murah tapi kawasan rumah aku bersih aje. sunyi, damai. seronok. sekarang bila harga naik, terbalik pula. masa murah dulu tak ramai pun yang nak duduk sini. tetiba naik harga ramai pulak eh eh aneh mak.

dan tadi aku main-main search rumah di mudah.com, konon nak survey nanti dah kahwin plan nak cari rumah yang lebih aman (not that i'm gonna get married sooner tapi sahaja berangan merancang masa depan sebab meluat bunyi bising budak-budak main depan rumah) - tetiba tengok harga sewa terus aku rasa haih memang aku lebih berazam nak beli tanah dan buat rumah banglo. because believe it or not, it is cheaper than buying a terrace house yang besar tak tara mana. 

persoalannya, memanglah kau rasa kau beli rumah, bayar bulan-bulan, then renovate cantik-cantik maka kau ada hak nak jual mahal sebab kau rasa rumah kau best. tapi pernah pikir tak, layak ke dengan kawasan dan keluasan rumah kau tu? haish mungkin kita perlu ada polisi tentang value hartanah ni. and make sure everyone knows sebab bila tanya bank - they said it's not that worthy pun hence loan pun dapat ciput je. fikirlah weh. kau pinggir bandar je, bukan KL. i so don't get it.

p/s: aku bitter sebab tak mampu beli rumah seperti yang aku mahu waaarghhhh.

2 comments:

  1. bleh jadi gilak woo..seangkatan berfikir mende ghaib..hihihihi.

    ReplyDelete
  2. ar... okay... tak faham. ngeeee.

    ReplyDelete