tertarik dengan nukilan ini membuatkan aku ingin menyenaraikan beberapa soalan.
dalam pada kita berkasih, apakah kita ini cukup memahami?
dan dalam pada kita meminta untuk difahami, adakah kita juga memahami?
selama kita bersama, apa pernah kita cuba mengubah siapa kita untuk buat kehidupan berdua lebih sempurna?
atau asyik kita yang meminta untuk berubah atau tidak pernah mahu berubah?
atau sering leka mahu orang ikut rentak kita tanpa kita sedar rentak kita bisa melukakan dia?
dalam pada kita mahu hidup bersama, apa pernah kita usahakan untuk hidup bersama?
atau cuma sekadar lafaz di mulut tangan meraba tapi hati tak mahu berkata apa-apa?
dalam pada kita melihat dia memberi, apakah kita memberikan daya usaha yang sama untuk memberi juga?
atau lebih mudah melihat diri diberi dan merasa layak kerana kita tiada apa-apa?
apa dalam hidup kita fikir hanya duit, pangkat dan harta yang orang kejar?
tanpa melihat selama ini bila kita tiada apa-apa dia masih bersama kita?
bila kita sama-sama memberi, apakah kita bungkam bila yang diberi tak dihargai?
atau fikir kita sudah memberi maka layak untuk mendapat pulangan berguni-guni?
apa bila berdepan dengan krisis, kita luahkan emosi kemudian kita rasa kita betul, dan kita tetap dan masih betul tanpa cuba melihat atau mendengar dari sudut dia?
atau sudah cuba dan rasa ada betulnya tapi masih ego lalu dibiarkan tanpa penyelesaian?
apa kita lebih gemar berlari dari menyelesaikan rasa hati?
apa ini 'the never ending story'?
aku tak tahu. aku cuma manusia biasa yang bilamana aku takut, aku mahu dikata pada aku, "it's okay. it's gonna be okay" walaupun itu mungkin janji palsu. kerana paling tidak, aku tahu kau tahu aku takut dan kau cuba untuk menenangkan aku. bukan lari dan tuduh orang tidak memahami.
No comments:
Post a Comment