Friday, October 14, 2011

kotak kecil.

kotak kecil itu terdetik lagi.
cuba untuk menafsir.
gagal.

apa masih ada yang sudi menjadi kotak kecil seperti ini.
yang sedikit rabik, kemek dan terkoyak.
tapi masih setia menanti.

kerana cintakan tuan.
kerana mahu bersama tuan sampai mati, lunyai kotak ini.

kotak kecil tiada suara.
yang ada cuma jemari yang bisa melantun kata berbisa.
menyentuh jiwa.

kotak kecil cuma mahu dihargai.
mahu didengari.
tidak mahu diadili.

kotak kecil sangat mahukan sesuatu.
tetapi bukan nasib si kotak kecil.
bertahan, cuma itu yang mampu.

kotak kecil menangis lagi.
jemari menulis seakan terhenti.
mati.

ini rumah si kotak kecil.
namun kotak kecil ini tidak betah di sini.

apa tiada hatta secubit ruangkah untuk si kotak kecil?

3 comments: