Friday, May 13, 2011

maafkan aku.

kadang-kadang bila aku berperasaan begini, tak tahu siapa yang aku patut salahkan.

diri sendiri.
atau kamu.
atau keadaan.
atau persekitaran.
atau masyarakat.
atau kawan sekeliling?

bosan.
sunyi.

pulangku disapa lantai berdebu tanda penghuninya sibuk.
atau gelap malap kerana penghuninya tiada.

kadangkala terfikir seronoknya bila salamku dijawab selain decitan cicak.
ini tidak.
yang ada cuma kosong.

masuk ke kamar, hasilnya sama.
disapa sepi sekali lagi.

maafkan aku kalau kedengarannya aku asyik bilang hal mahu berumahtangga.
jujurnya sabarku kadangkala paling hujung.

semuanya kerana bosan ditemankan bunyi kipas dan gelak tawa orang depan.
sedangkan aku terkulat-kulat tanpa teman.

2 comments:

  1. kalau ade peluang i teman u jenjalan ok. for now kite bersabar ok. *love*

    ReplyDelete
  2. ngu3 yelah sayang. tenkiu tat. *hugs*

    ReplyDelete