Tuesday, October 25, 2011

hurmmm.

kadang aku terfikir what kind of a parent i would be. entah, melihat kepada budak-budak zaman sekarang - aku memang super freak ah. aku selalu membebel tentang parenting pada students (entah mereka faham ke tidak, tak tahulah) not because i'm eagerly wanting to be one, but more of telling them literally how scared i am actually.

aku ada jiran depan rumah. tepi dan atas tak ada, alhamdulillah. kalau tak aku tak tahu macam mana aku nak endure the noise that the kids produce. sumpah tak boleh tahan petang tadi. aku ni memanglah short temper sikit. tapi sebolehnya aku cubalah bertahan. tapi petang tadi menyirap sungguh aku dibuatnya bila budak-budak tuh bukan sahaja bersila panggung main depan rumah aku, siap terjerit-jerit macam bapak kau bayar sewa rumah aku jugak. haih dah lah sebelum tu aku sudah bengang dengan penyidai kain dia menghalang pintu masuk ke rumah aku. penyidai kain kau, apa kata kau sidai depan rumah kau instead? 

dan yang lagi aku terkejut, mereka itu orangnya beriman. kenapa aku kata beriman? sebab suaminya memang tak pernah angkat muka nak tengok jiran (aku la tu). kadang kalau aku nak keluar atau masuk rumah dan kebetulan dia pun nak keluar, sanggup dia masuk tutup pintu dulu. isterinya pula pakai tudung labuh, jadi aku bertanggapan baik bahawa mereka ini orangnya baik-baik belaka. tapi kenapa? kenapa kau biar anak kau membuat onar? dan kau suka-suka menyidai kain di rumah aku?

haih memang tak faham. apa kaitan ini dengan parenting? entahlah. mengikut kefahaman dan pendirian aku - berumahtangga bermakna kau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dalam mendidik pasangan dan zuriat yang akan terhasil. ia juga bermakna kau perlu melepas atau mengorbankan beberapa perkara seperti mungkin perangai buruk kau dan sebagainya yang mungkin menjejaskan didikan kau pada anak-anak dan pasangan. tapi entah kenapa aku tak melihat itu semua. 

bukankah ibu bapa sepatutnya menjadi role model pada anak-anak? kenapa kita asyik suruh mereka menanam sifat-sifat mahmudah sedangkan kita sendiri tidak cuba membuang sifat mazmumah dalam diri? bukankah kepimpinan melalui tauladan? bukankah sudah ada peribahasa ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, jadi kenapa perlu diikut sebegitu? pelik sekali.

aku tak tahu apa yang menanti aku di masa akan datang. ibu bagaimana akan aku jadi nanti. anak yang bagaimana akan aku hasilkan. jadi kerana itu aku takut. aku super takut yang bukan main-main. aku ini orangnya tidaklah alim mana. iman pun lebih nipis daripada kulit bawang dan sentiasa penuh dengan kekhilafan. jadi sangat takut jika amanah Allah itu tidak aku laksanakan sebaik mungkin.

cuma satu aku minta, walaupun aku hidup dalam dunia serba material ini dan pada masa akan datang anak-anak aku akan melalui cabaran kebendaan yang sangat hebat - ada satu yang aku minta diingatkan. biarlah aku jadi ibu yang tidak terlalu mahukan anak mengejar kebendaan. biarlah anak aku tidak secerdik mana, asalkan dia boleh hidup sendiri dengan usaha sendiri. dan biarlah anak aku tidak berkelulusan tinggi, asalkan budi pekertinya ada, dan penuh rasa rendah diri dan pandai berdikari. dan biarlah anak aku itu bukan orang yang dikenali, asalkan di mata Allah dia hamba yang baik dan disayangi.

ecehhh itulah harapan seorang ibu - secara amnya. aku, tak terkecuali. cuma kalau orang kadang-kadang lebih mahu anak jadi doktor, jurutera dan sebagainya, aku tak kisah sangat pun. biar dia jadi apa dia mahu - asalkan bukan yang buruk-buruk sudahlah. dan asalkan tak menempel aku sampai ke tua sudahlah bahaha ni paling takut.

okaylah. cukup bebelan aku pasal parenting. boleh jadi gila bila fikir betapa paranoidnya aku hehehee.

6 comments:

  1. sy mahu menjadi budak yg bisng..akibat mengetahui bahawa sy miskin semula...keriau2..

    ReplyDelete
  2. heheheh boliau terus duit dalam ekaun? tape2.. sok insyaAllah rezeki i masuk. jasa luf sepanjang i menjadi budak miskin akan saya kenang.

    ReplyDelete
  3. aah bru die ckp tadi..ikh3 bgtau la awl2. alah sehari je jadi budak miskin. *masih keriau2*

    ReplyDelete
  4. hihihi ala jangan la keriau2... nanti bulan depan bayar lagi yuran tag tinggi sket bahahaa. hihihi cemana babe kasik tau? dia message?

    ReplyDelete
  5. hehehe...tu la sapal. die bgtat kt dapor..die mkn kek i sket tadi.

    ReplyDelete
  6. hehehe meh2 i pat2 n gosot rambut meh. sian neh dapat harapan palsu.

    ReplyDelete