bila tak sihat ni banyak pulak gangguan perasaan.
mentang-mentanglah duduk seorang haihhhhhh.
kadang sedikit terasa bila orang kata aku mengada-ngada, dah tahu sakit tak mahu makan. tapi dah nama pun sakit kan, manalah nak ada selera. lepas tu pulak duduk seorang, badan tak larat, nak berjalan pun menggigil-gigil. kalaulah orang faham bahawa aku ni tak sehat, betul-betul tak larat bukan sengaja mengada tak mahu makan.
sampai satu tahap aku mengharap ada orang jaga aku time aku sakit. hantar makanan depan pintu. macam dalam drama baahahahaa fine tu gedik heh. doktor kata aku kena jangkitan paru-paru; terus macam terdiam fikir dari mana datang. aku ingatkan aku demam sebab aku stress dan penat. aku kalau penat sangat memang demam sejak dua menjak menua sikit ni huhuhuhu antibodi lembik nak makan supplement duit lagi hadoyaiii.
bulan ni poket berlubang sakan sebab kena renew roadtax n insuran. inilah bahana pakai kenderaan wehhhh. dulu papa ingatkan dah, tapi aku ingat papa jeles nanti aku tak tumpang naik motor dia dah keh3 tapi betollah apa dia cakap. bulan-bulan mungkin aku mampu bayar, tapi maintenance tu boleh ke? dah kena batang hidung sendiri baru padan muka.
haih apahal aku macam nak menangis pun ada ni. dasar lembik. sayu hati bila perut berkeroncong tapi selera tak ada kalau ada selera pun makanan tak ada. nak masak dah satu hal pulak.
tak ada ke insan nak buat surprise muncul bawak aku pergi makan, ha? teringat zaman belajar dulu ada mamat nak mengorat tahu je aku demam terus sampai depan rumah bawak nasik dan sup tapi aku tak makan pun bahahahaaaa. gila kau entah kot ada jampi ke boifren aku nak letak mana pulak hihihi.
boifren i memang baik. tapi dia macam anak dara sikit. balik lambat tak boleh. merayap lama-lama tak boleh. keluar malam tak boleh. mengalahkan aku pulak heh. tuh yang leceh bila duduk sama family. tapi siapa kata duduk sorang macam aku seronok?
pun tak seronok. bila sakit tergodang menangis sorang-sorang kesedihan. syahdu emosi macam tahi. lapar lapar lapar haihhhhh. seronok tak kalau ada suami?
terbayang macam dalam drama. bila sakit, suami masakkan bubur dan suapkan. ecewaaaah. entah reti ke tidak laki aku masak bubur hahahahaaa. nak tahu kenalah kahwin dulu kan. haihhhh masoklohhhh sungguh la weeehhh.
No comments:
Post a Comment