Saturday, March 31, 2012

berbaloi-baloi?

i quit my job in 2009 for two reasons. my father had a heart attack and a minor stroke came as an effect of the medicine for his heart - so i took the responsibility to care for him. it wasn't easy because appointments were a lot, and there were times papa refused to do it. it was a challenge, physically and mentally to care for sick parents. for those who are doing it now, you have my utmost respect, seriously. been there, done that. i know how difficult things can get.

plus, i never loved the job anyway. so it was an easy decision, despite of the idea that i wouldn't get money at the end of the month and i own a car to be paid with little saving. very little saving. but i guess when your intention was right, everything fell on the right place for you. at least, for me. furthermore, my sister and i had the exact time of starting the job and hers seems more promising than mine and most people believe it would be easier for me to get a decent job compared to her, so never mind let me let go. 

during that period, i got an offer to teach in the east, which is very far from home. not that i'm not independent, but the idea of leaving my dad was not comforting, so i passed that off. for that, i lost my cousin hewhewehwew. then i had another offer, nearby the house. great, i thought. but the drawbacks were it would only begin in two months and the payment was uncertain. it was a contract basis, and i would only entitle for allowance once i become permanent. and i was in dire need of financial assistance. i put that on hold because i was hoping for a better offer.

and that better offer was made on 13 november 2009, and i was asked to report for duty on 16 november. the drawback - it is 40+km away from home. papa was so sad when i decided to accept the offer, because it meant i would be less home. he wanted me to travel daily, but i was such a weak lady and my schedule did not allow me to do that. one of those days, i finished at 11pm. imagine that long stretch hours. it ate me up plus the toll and fuel were killing me. i assured him that i would be home in weekends, but i guess it was not a good excuse.

brothers and sisters,
it is not easy to juggle between work and family. and for new graduates, it will be tougher in terms of financial. i couldn't afford it to make it every week. when you start working, you will need time to adapt to your financial management. it is not easy especially when you get very excited to know how much you have at the end of the month. it took me almost a year to adjust, finding the right way to actually spend money without sacrificing too much. but by the time i get used to it and am able to spend on parents more, my dad is gone.

he's gone before i get to treat him more than i wish. he's gone before i get the chance to be home more on weekends. he's gone before i can give him more every month. it's sad if i were to think of what i've missed to provide for him as he had done so much for me - but i know i couldn't live with guilt all the time. 

so papa, the promotion i got yesterday is for you. i know if you are here, you'll be proud of me and i know you'll have makan-makan as always. and i know you will rub my back and say, 'i know you can'. and mama, i love you and  now that i have more to give, this is also for you.

it's just a little promotion, but to know that it could bring me somewhere and they see my potential and appreciate what i do for a living - it's priceless. even though it's just a small department. it means big in my heart. thank you. thank you. thank you.

now i'm shivering thinking of all the responsibilities. hewhewhewhew.

i'm still looking.

can someone tell me a name, at least. just a name of a politician that really cares for the rakyat; that only thinks of the people's interest, not his? that when he gives a talk, he's not labeling others, he is polite and well-mannered, he cares not only the interest but also how the audience with different background would feel when listening. who is not shouting and badmouthing others to appear angelic.

and please, can someone explains to me - what are the criteria that allow someone to be called an ustaz? semua yang pandai petik ayat al quran aje, nak dipanggil ustaz. padahal belum tentu lagi aplikasi petikan itu sesuai dengan konteks yang disampaikan pada masyarakat. kalau betul kau orang agama, yang beragama - kau takkan sewenang-wenangnya melabel kafir pada orang. bercakap pasti tidak semborono. harus fikir dalam-dalam sebelum buka mulut.

bahasa dalam islam sangat dititik beratkan. jangan sibukkan dosa pahala orang, tengok diri sendiri dulu. ceramah tajuknya selamatkan akidah, tapi akidah kau pun belum tentu terbela. caci maki kutuk keji mengumpat, bukan dosa ke? dasar mulut parit tersumbat.

niat tidak menghalalkan cara. self interest betul. nak selamatkan akidah ke nak cari medium nak bela diri, incik oii? aku masih mencari-cari seseorang yang bisa menarik ummat Rasulullah s.a.w untuk berubah ke jalan yang lebih baik tanpa perlu memburukkan orang lain. yang contohnya biar dekat sama hati. bukan contoh kau bagi orang sebelah-sebelah yang warna kulit lain, anutannya lain. macam tu ke kau nak buat orang tertarik dengan agama kita? pernah kau tengok paderi atau sami menjerit-jerit.

menjadi islam semata tidak menjamin kau lebih baik daripada yang lain. yang membezakan itu amalan - iman dan taqwa. tak guna kau kata kau cintakan islam, kalau perbuatan dan percakapan kau mengundang rasa tidak senang hati pada orang lain. islam itu indah, lebih indah daripada yang kau mampu canangkan.

nasihat aku, sebelum bagi ceramah terjerit-jerit, lihat dulu sekeliling. ini flat, speaker kau betul-betul di sudut dapur aku. bergegar-gegar rumah aku yang sekangkang kera dibuatnya. kalau betul ceramah itu sungguh bersifat kerohanian, sentuh jiwa aku ini. silakan, akan aku izinkan kau bercakap sampai pagi nanti. kalau setakat nak cerita perihal kau kena pecat, itu di kedai kopi pun boleh. atau mungkin kau patut tukar tajuk ceramah kepada selamatkan kau, instead.

dan tolong. minta tukang ampu kau berhenti jadi tukang kipas bontot dengan menggunakan mic. first, aku tak pekak dan aku rasa majoriti yang hadir pun elok deria pendengarannya. kau nak bakar semangat siapa, ngok? menjerit macam perempuan meraung-raung minta diceraikan. siakkkk.

kau boleh kata aku jahil. aku anti aktiviti islamik. kau nak kata aku pengecut kerana tak turut serta turun duduk di bawah khemah pun, silakan. kaulah yang paling berani. bercakap tanpa lapik, macam orang tak ada otak itu mungkin sesuai dengan kau.

aku, seorang yang berpendidikan. and i won't degrading myself to mingle with such narrow minded people. call me a snob; i am and it's because of you.

there's a reason i don't go to ceramah agama. most of the time, agama itu cuma alasan. what matters is you and solely you. most of the time, ceramah agama dicemar oleh self-proclaimed ustaz.




i hate it so much when the time for election is just around the corner. not only you get flags war and it's an eyesore scenery, but suddenly people are becoming more stupid than we can ever imagine.

agree?
put up your hand and give me five.


p/s: keyword: menjerit, terjerit, kipas bontot. none of them is my cup of tea. what about you?

Friday, March 30, 2012

there goes my dream.

panas dan mual memang kombinasi yang pasti mengganggu my beauty sleep. Haih. Tambah dengan kemunculan ruam di belakang, i'm such a princess. Heh what a spoil brat, me.

Wednesday, March 28, 2012

burn out.

nah, baca this and this.
i have almost half kot huhuhu. 
i need to collect myself and boost my motivation again. 
anyone, help?

Tuesday, March 27, 2012

it's not fun, at all.

aku sedang makan hati yang amat sangat.
sometimes i wonder would it be different if papa is still around.

wise man, i need you now.
but you are nowhere to be found.

funny man, make me laugh as you've always been.
but you are nowhere to be seen.

most of the time, we take things and people for granted.
we feel that we are right, that we've done what is right.
we feel that it's okay, while it's not.
we make believe that it's okay.

dan bila tiba hari di mana semuanya hilang, kita rasa kita tak rugi apa-apa.
tak. 
aku rasa ada lubang yang maha besar dalam hati aku sekarang.
ada seketul batu di tekak kerana tangis yang aku tahankan.
kerana terlalu sedih.
dan kerana terlalu merindui tapi tak bisa diubati.

kita rasa kita melindungi orang yang kita sayang.
tapi hakikatnya kita merosakkan apa yang kita ada.

kita takkan boleh puaskan hati semua orang.
kadang-kadang aku harap salah satu pihak boleh ada sedikit rasa simpati dan memahami untuk aku. 

or at least pretend that you actually care.
'cause it hurts to know that towards the end, for all that you've fought for - all that matters is YOU.

how you feel.
how people see you.
how we make you feel.

diluah mati mak.
ditelan mati bapak.

tapi aku dah tak ada ayah.
anak yatim hihih.

aku menulis kerana aku tiada kawan lain selain keluarga dan boifren. dan bila aku ada masalah, di sinilah tempat aku menulis. menulis menenangkan aku. membuatkan amarah aku sedikit kendur. melenyapkan sedikit rasa sendu di hati. kamu, bagaimana?

Thursday, March 22, 2012

what's wrong with you, women?

i am a woman. but watching this stirs up my anger. ohh i'm easily getting angry hehehehe. such a hot tempered lady i've become. but then again, it annoys me to see people yang konon fighting for women's right but actually, not mewakili all women pun. they just feel like they represent women as a whole, but i don't want to be represented by a bunch of saiko women bahaha matilah kena kutuk lepas ni. 

aku rasa sesetengah wanita terlalu memperjuangkan keadilan yang sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif. dan yang paling tak seronok, bila kau turut mengaku berjuang untuk keseluruhan kaum wanita. funny, okay. nak jadi activist, go ahead. but please maintain your sanity, dignity and professionalism. benci aku tengok terjerit-jerit suruh orang jangan menjerit. motif?

aku sebenarnya teringat tentang nasihat yang pernah papa wariskan pada aku dulu. konon nak menulis tentang itu. entah macam mana terstumble across vid neh, terus teremosi. hah dasar wanita tulen. nampak kat situ, kan? sebab tu aku tak jadi activist. sebab aku ini wanita tulen. penuh emosi. nanti aku meroyan berjuang terjerit-jerit, kan ke memalukan seluruh kaum keluarga? nak berjuang boleh, tapi didiklah anak-anak agar menjadi insan yang berguna, yang baik akhlak budi bahasa. sebab mereka generasi akan datang. yang akan merubah dunia harapnya.

ini kalau mak dah terpekik-pekik, bapak cop orang rude tanpa menyiasat latarbelakang cerita dan kejadian, kau rasa anak kau besok jadi insan yang mulia ke? confirmlah anak kau akan sentiasa rasa dirinya betul, angkuh dan suka berdebat dengan gaya bongkak walhal jika dibuat dengan sopan dan santun lebih manisnya di mata orang.

eee buang masa aku tengok mak-mak takda kerja lain neh. nak kata hidup ditindas tak ada pulak yang aku tengok pakaiannya compang camping, koyak berlubang sana sini. awak nak jadi leader ye? atas padang? bahahahahaha mari gelak ramai-ramai. aku lagi bangga jadi leader depan mata anak-anak. berentap di dapur memasak untuk anak dan suami. merempit nak ambil anak balik sekolah eh ini jangan tiru. heh daripada anak aku malu tengok aku berarak di padang. kompem kena bahan dengan kawan-kawan bahahahaa.

hurmmm meh nak cerita pasal warisan daripada papa. aku ini dulunya tempat dia berleter mencurah rahsia mak nenek ilmu rumahtangga. tapi tang 18sx tuh bapak aku taklah cerita banyak sikit-sikit itu pun macam ada tak ada diselit-selit aje. antara intipati utama tentang hormatkan suami. bapak aku selalu meluahkan kerisauan bahawa aku ini ada potensi degil nauzubillah bahahaha. ish apalah bapak aku ni.

jadi dia selalu pesan, walau apa pun jadi, letaklah suami di tempat paling tinggi. menjadi aku, mestilah aku melawan bahaahaa dengan menyatakan kalau suami tak hormatkan aku bagaimana? kau tahu bapak aku jawab apa? kalau dia suami yang baik, tak mungkin dia akan buat macam tu. dan kalau dia begitu - makanya redha jela. kamu yang pilih nak kawen dengan dia. ha telan ajelah hewwwheewwwhewwww. 

takda maknanya bapak aku nak bela anak dia heh. lepas tu berborak lagi tentang isu anak lelaki anak perempuan. bapak aku kata, kalau kamu kahwin papa kena lepaskan kamu. dah tak boleh paksa-paksa kamu balik rumah. kenalah ikut suami cakap macam mana. kalau kamu balik, baliklah. tapi jangan balik sorang. mesti suami kena ikut. aku melawan lagi, kata kalau asyik-asyik balik rumah dia je, keluarga kita macam mana? bapak aku bilang, anak lelaki ni sampai mati syurga dia bawah tapak kaki ibu. dan syurga kamu bawah tapak kaki suami. jangan melawan, redhakan saja. suami yang baik takkan dera isterinya zahir dan batin. kalau pun dia buat macam tu, redha jela. dah kamu pilih dia.

heh sedih. pak aku memang lagu tu. tapi dek kerana nasihat dia itulah, aku rasa susah dan senang aku masih setia bersama. sebab itulah pilihan aku. bila duduk sorang-sorang ni, teringat papa. paling tak boleh lupa bila dia usap belakang aku dan bilang, kamu anak yang baik walaupun kuat melawan. macam manalah bila kamu kahwin nanti. bahahaha sedih pulak haih.

sekarang, papa tak perlulah risau macam mana aku bila aku kahwin nanti. so far, aku yakin dengan pilihan aku. dulu papa tanya, boifren aku macam mana. elok ke dia layan aku. jawapan aku ketika itu masih sama dengan sekarang. dulu papa angguk dan suruh aku kahwin bila dengar jawapan yang aku beri. aku rasa, kalau papa masih ada pasti dialah orang yang paling gembira mendengar khabar aku akan berkahwin.

hurmmmm.

Wednesday, March 21, 2012

of networking.

aku selalu percaya, hari ini aku tolong orang nanti bila aku memerlukan, orang akan tolong aku pula. mungkin pertolongan itu bukan daripada orang yang aku tolong. papa selalu pesan, jangan balas apa yang orang buat pada kita.

aku taklah baik sangat. tapi aku dapat boifren yang baik jaga aku sayang aku walaupun perangai aku tak semenggah bahahaaa. dan aku tak cari pasal dengan orang pejabat, hari ini ada seorang super duper senior meng'offer' diri nak tolong aku.

so sweeetttt. writing aku sucks. aku cuma ngomel-ngomel aje betapa aku mungkin perlu ambil extra class untuk academic writing. aku tanya sama dia if dia boleh ajar aku. instead dia offer nak proofread and edit my writing. for free. woohoooo. but still aku kalau boleh nak belajarlah sendiri hihihihi.

but still. aku sangat berterima kasih pada semua yang sangat baik sama aku. semalam, kawan sekelas offer kalau aku kepenatan dan perlukan tempat rehat - aku dipelawa duduk di bilik dia. kebetulan dia mengajar di tempat aku belajar. oohhh untunglah badan hoooiiii.

mama pun sangat tidak kedekut duit. kalau dah boleh bagi rm500 untuk duit buku tanpa banyak soal, memang aku seronok sangat ah hihihi. tengoklah kalau boleh pow half ke untuk besta wiuuuu3.

terima kasih, terima kasih, terima kasih. terima kasih semua. nanti i letak nama uolls dalam acknowledgement tauuu. muahhhhhh.

layan blues.

lately aku rajin memasak. seronok sebab jimat sangat hihi. cuma masih tak berapa nak biasa dengan sukatan bahan-bahan lagi. hari ni sedap, sok masak lagi sekali tak berapa nak sedap. keciwaaa hahaha. banyak benda aku tak pernah masak, aku berjaya masak. woooohaaa satu achievement untuk wanita berkerjaya macam aku, sila tepuk tangan hihihi.

memasak memang memenatkan, tapi sebab aku enjoy dan dibuat dengan penuh kasih sayang untuk perut-perut yang tersayang juga, maka seronok jadinya. setakat hari inilah, esok lusa aku tak tahulah kan. harapnya masih sama kerana masakan isteri dan ibu itu yang paling baik untuk suami dan anak-anak ecececehhh. 

semalam aku pergi library information literacy program. program ini untuk pelajar baru. tak wajib pun, tapi digalakkanlah sebab objektifnya nak membantu pelajar access and evaluate information from various sources effectively. semangat aku nak pergi sampai ambil cuti lagi. yelah, aku sekarang dah ada motto hidup yang baru - i need all the help i can get. so this is one of them lah selain bantuan kewangan hahaha. sementelah aku punya mode memang thesis - aku memang semangat nak buat research rather than coursework. maklumlah, aku gelojoh nak kembangkan kerjaya wootttt wooootttt.

tapi sedih sebab orang kita tak minat dengan program ilmiah begini. bilik dipenuhi orang asing yang semuanya semangat nak tahu, nak belajar. mereka suka bertanya, tak kisahlah soalan bodoh ke hapa. orang kita? batang hidung pun tak nampak. nanti later on semua nak kena suap, nak disediakan. selalunya orang kita suka benda free, tapi ini yang free pun tak datang. mungkin sebab no free food. ke terlalu sibuk?

aku tak kata aku baik. tapi seolah sudah jadi tabiat orang kita, perkara yang tak wajib, yang tak diambil kedatangan selalunya dianggap tidak penting. hakikatnya, only you can decide if it matters or not to you. one of my friends even said, "buat apa pergi, boleh godek sendiri aje nanti". i don't have much time like you guys, perhaps. i can't afford to waste my time on menggodek. plus, i may not be as smart as you guys.

so biarlah aku ini jadi skema macam selalu. hikhikhik.


p/s: foreplay is essential. eh i mean roleplay. eh eh hahaha. nantilah aku cerita kepentingan ini dalam kehidupan. bila aku tidak sebegitu sibuk heh.

Monday, March 19, 2012

insaf.

trend perkahwinan di malaysia membuatkan aku selalu rungsing. dengan fikir belanja mahal, nak jaga hati polan sana polan sini pondan situ eh eh hahaha. tapi bila baca entri neh, macam terbit rasa insaf getu~

aku pun tak terlepas daripada expectation orang bahawa kerja pensyarah jadi hantaran kena at least 10k. siap riak takabur dengan mak aku anak dia dapat hantaran 10 ribu. yang dah dipaksa kahwin sebab mengandung pun boleh pak paksa nak 10k jugak padahal eloklah budak jantan tu nak bertanggungjawab. but i'm glad itu bukan perangai my parents, and siblings. mak pak aku janji kami kahwin cara elok diorang dah cukup happy dan lega. bak kata bapak aku yang tak berhenti menangis di hari dia menikahkan kakak aku, terasa seperti seketul batu diangkat dari dada beliau. kami ingat dia tersedu menangis sebab sedih nak lepaskan anak tapi rupanya dia kata syukur sangat, dia dah berjaya menyelamatkan diri daripada kakak aku hahahahaa.

tak seronok jadi pensyarah neh, orang expect kau banyak duit. bagi duit raya rm2 kena kecam, kata kedekut. ingat aku ahli sihir ke boleh tukar daun ke batu ke jadi duit. hish gilaaaaa. neh nak kahwin neh, dan sangat mengenali sedara-sedara - aku sedang usahakan untuk membiarkan mak aku uruskan perbincangan dengan keluarga pihak lelaki. masuk je mak menakan pak menakan, mahu ada yang pi menikah kat sempadan nanti bahahahaa. eh aku memang rebel pun. cubalah kalau mau tengok grrr grrrrr.

nyampah kau tahu, bila kau terkedek-kedek datang rumah mak aku semata nak brag berapa harga pelamin anak kau, mak andam anak kau yang setakat 3k tu je aku tak heran la. lepas tu kau sudahi dengan ayat 'ala kalau keja pensyarah mesti lagi glemer kawin, tu pun kalau jadi.. tak elok kawan lama-lama prek prek prek' kau saje je kan nak bakar mak aku? ishhh.

tapi mak aku nih pulak sangatlah pemaaf dan baik hati - nak jugak diheboh dekat adik beradik dia yang aku nak kahwin. hakikatnya, dia yang nak sangat aku kahwin. memanglah aku nak kahwin cuma bukan dalam masa terdekatlah tapi omak den neh dah tak menyempat-nyempat. katanya kalau pun dia nak kahwin lagi (eh ehhh mak aku ni) dia nak lepaskan aku dulu. heh sikit pun aku tak kisah siapa nak jalan dulu.

yang kelakar tuh, mak aku buat statement katanya segan takut orang kata maknya dah kahwin dua kali anak daranya tak naik pelamin lagi. pulakkk. eh sebenarnya aku nak cerita perihal hantaran dah tercerita benda lain pulak isk iskkk.

aku tak kisah sangatlah berapa hantaran aku. papehal aku cuma fikir nak entertain kenalan yang datang and haruslah dibuat di dewan. yang lain, janji aku selamat bernikah sudah. dah tak sabar nak bersembang hal dunia bersama sebelum tidur. eh eh hahaaa.

Sunday, March 18, 2012

bagaimana aku melihat sesuatu itu.

tak kisahlah kau darah daging aku atau tidak, kalau ada yang tidak kena pasti aku khabarkan dengan paling ikhlas. Kerana kasih, bukan kerana aku mahu melukakan siapa-siapa. Ikutkan hati, mati. Jangan mudah percaya hanya kerana cinta. Aku ada satu cerita. Kisah cinta lama yang bertaut kembali, tapi kali ini lelaki itu suami orang. Perpisahan kerana patuh pada kemahuan ibu, lalu dinikahi wanita pilihan. 30 tahun berlalu, bertemu kembali cinta lama pantas hati bertaut kembali. Mulut manis, dikatanya selama ini tidak pernah wujud rasa cinta, tapi beranak pinak juga. Haih kalu aku jadi isteri, pasti sudah berkecil hati. Dikata isteri lebihkan anak-anak, tapi kalau suami tidak boleh melepaskan cinta lama, apa bukan anak-anak penguat jiwa? Mungkin isteri sudah pasrah lantaran 30 tahun mengharap cinta sang suami. Persoalannya, baikkah suami itu? Penderaan dalam rumahtangga bukan hanya ketika suami memukul isteri. Seksaan hati itu lebih m enyakitkan. Orang kita selalu baca kitab sebelah. Haih. Walau kau darah daging aku, dan aku gembira melihat kau bahagia; yang salah tetap salah. Jangan kerana cinta hati kita dibutakan. Nauzubillah.

Saturday, March 17, 2012

segalanya bermula di sini. esheeh hahaa.

hari ini mahu pergi tengok-tengok apa yang patut kat nilai dengan mama. mom is super excited. she slept at my house last night. we slept at 5 am you knoww.. having mother daughter talk, one thing we never have before. one thing i realize since papa passed away - everyone starts to cherish one another more. another lesson papa had left us.

maybe the relationship of husband and wife is not the same like we have as father and children, but i know my dad had tried his best. and by the way, i'm just listening from one side and i couldn't side anyone. because i'm just a daughter. and he is the perfect dad. if not he wouldn't become my best friend hihih. maybe papa had his reasons, i don't know and neither of us will know.

my dad once said, once you wish to live with your loved one - you have to accept her or him as a whole package. imagine that your partner is a flower. you couldn't just keep the flower but also the hard stem, the drying leaves, and the sharp throbbing thorn - even though it is not pretty and beautiful and it hurts you. marriage is about acceptance and respect. i've seen one without it and it was hell. you waste so many years suffering, whining, sighing.

i know that sometimes i can be cuckoo and unreasonable and insecure - i'm just an ordinary woman. but i really hope the one i choose to live with can see my beauty and never give up on trying to make things work between us. 

semoga urusan hari ini dipermudahkan. i know that ada je yang akan dengki-dengki, but Allah maha mengetahui - dan aku serahkan semuanya pada Dia. petua awet muda: jangan busuk hati. peace!

Thursday, March 15, 2012

happy or not, i don't know.

my mom is the kind that when she wants something, she'll definitely work her ass off to get it. and now her current excitement is to marry me off hahahaa tak menyempat mak aku neh tau~

i don't know whether to be excited or not, but being a kid with an attempt to please mom, i would just follow. nothing to lose kan kalau dia excited survey sana sini. yang membayarnya aku so kalau aku tak bayar tetap tak jadi hahaha.

macam kelakar sebab my mom so excited and scared that if she hopes i would plan my wedding, she would never see me getting married. but at the same time, i feel so lucky because mom wants to pay for so many things hahaha jimat. anything yang menjimatkan akan menggembirakan aku.

and i don't know if i've fallen under the category of women that i don't prefer to be - giving pressure to my man. tapi entahlah, aku yakin je he understands my situation. he's nice and sweet after all. and i hope he's excited to marry me as much as i do.

and the most important point is, i don't want to make him feel as if i push him into a new phase of our life, but i bet somehow he feels that way already.

haih life is soooo complicated, and sometimes i love to pretend i don't mind at all.

hooray hooray hooo.

rasa macam seronok sebab berjaya compose 6 pages for chapter one. it's an achievement! bahahaaa. however, all of the six pages are without citations. i just wrote what was on my mind, based on the draft i've made - and will correct them later. that's how you do it. you write and you rest - and come back to your writing to make amendments. and then you rest again and the process is repeated until you are fully satisfied with the end result. 

i'm aiming to finish chapter one by middle of april and start working on chapter two and three. the hardest part would be chapter two - literature review. tons to read, like seriously huhuhuhu. and i have scumbag eyelids. asal aku nak study aje, dia nak terkatup. asal aku bergolek, mata terbuntang pulak dok pikir macam-macam. saja nak pedajai aku mata nehhhh isk. pastu kang dah terlena, pun dok mimpi nak tulih pasai apa. hishhh sasau neh.

on the other hand, weekend neh aku aim nak siapkan soalan exam. harap-harap tercapai. and mama will be coming over this weekend. yuhuuuu. sebab no one is at home, at first she thought of going to kelantan ikut jiran balik kampung tapi tetiba changed her mind sebab dia nak pergi nilai tengok langsir bilik pengantin. excited mak aku neh bahahahaha. aku tak terasa apa sangat, rungsing lagi ado memikirkan macam-macam. 

sejak sambung stadi neh, aku takde la beria sangat fikir pasal kahwin. sebab extremely busy. tapi semalam dan hari ini otak aku sedikit terganggu. lepas tu mama pulak bagi khutbah selama 40minit. memang terdiamlah bahahaaa. aku neh kalau mai tang mak ka pak ka, abeh lembot lutut macam takdak tempurung tu diaaaaa hahahaa. sedihlah bila mak kita nangis-nangis, sebut pulak pasal bapak kita yang dah tak ada adoyaiii omak oi.

haih ketahuilah anda-anda semua, aku neh normal. sentiasa ada perasaan nak berdua tu. sabor le tak terkejor dah den neh haaa. tangan ado duo je. duit gaji pun berapo sangat ha tinggal hahaha. tapi mak aku kata dia setelkan mana yang boleh, aku siapkan mental nak kahwin je. hoh mentol ado la.

niat dah pasang, usaha ada la sikit-sikit. tunggu ajolah omak oi.

Wednesday, March 14, 2012

bila malam ditemani kesunyian. *eceh tajuk tak menahan.

aku tetiba kelaparan pula. tapi macam dah lambat sangat nak mengunyah. kebelakangan ini, aku terasa seperti rindukan keluarga. teringat mama, adik beradik. teringat lawak jenaka bodoh mereka, kisah umpatan dan membahan, gangguan mereka sampai aku tak boleh tidur asyik ajak bersembang. tapi maaflah adik-adik, kakak you olls neh cukup time je memang tertutup mata neh hahaha.

kadang-kadang aku rasa aku lebih disayangi adik-adik lelaki. tapi kadang-kadang jela, ikut nasib bahahaha. dasar perasan. my only little sister pun kadang-kadang boleh tahan jugak kasar gurauan dia tu - something yang dia takkan buat dengan kakak sulung. oh kakak sulung sangat super sensitip huhuhuhu. nak kata aku tak sensitip tu tak jugak kadang selalu je dia jadi mangsa aku marah hihihi.

dalam dunia neh, macam mana pun kita meluat dan bengang dengan adik beradik kita, tetap diorang lah yang kita cari. tetap mereka tu jugak yang paling best. kami adik beradik memang buas, bila bergaduh memang berguling-guling ah. taktik pergaduhan paling keji aku pernah guna hahaha kalau nak cerita memang malu dan terasa bodoh. tapi waktu nak berlawan dah tak pedulik dah hahahaa.

kakak sulung aku pun bukannya betul sangat. tapi kadang tu aku teringat juga dekat dia. orang kata air dicincang takkan putus - memang betol sangatlah. since kami dah dewasa neh, masing-masing pun dah professional. kalau ada yang tak berkenan tu, diamkan aje dan blah dari tempat kejadian. takda maknalah nak bergaduh bertekak macam dulu-dulu.

haih rindu betul lah. tak sabar nak balik weekend neh. walaupun aku tahu belum tentu lagi dapat lepak borak dengan semua. ahhh janji mama ada. balik sehari pun jadilah. buat lepas rindu. hihihi mellowwww meow betul malam-malam neh.

lets get back to work, bebeh.

Tuesday, March 13, 2012

one's wit's end.

i wonder what will happen if we're losing it.

if i lose it.
or you.

Monday, March 12, 2012

terukir di bintang.

sekarang gilakan lagu yuna terukir di bintang. 
kerja dok mengulang aje. 
kalau cd neh mau rosak dah.


teeeheeeee.



kalau.

kalau banyak duit kan best. 
tadi pergi jumpa dentist, terbang duit lagi. 
repair laptop lagi. 
nanti nak kena tukar tinted and wiper keta lagi. 
macam-macam.

a true example of a never ending story. hihii.

it's not about you, it's just me.

apa yang bakal aku coretkan di sini, mungkin akan mengundang persepsi negatif ke atas diri aku. ini isu sensitif. tapi aku fikir aku berhak untuk merasakan apa yang aku rasa, kerana setiap individu itu dilahirkan berbeza-beza hati dan akal fikirannya, walaupun mungkin rambut kita sama hitam.

dan apa yang membuatkan aku mahu menulis tentang itu adalah kerana ini. bilamana aku membaca apa yang tertulis, aku sepertinya memahami isi kandungan itu betul-betul walaupun aku ini belum lagi beranak pinak. kahwin pun belum, sudah fikir pasal anak. tapi memang aku begini. aku sering fikir tentang masa depan dan kemudian rungsing begitu begini. tapi aku rasa, kerana itu aku begitu kuat menghadapi apa sahaja - kerana aku sudah memikir dan membayangkannya lama dulu. 

tapi usah bimbang, risau itu cuma di situ. aku orangnya bukan selamanya rungsing hihihi. cerita kali ini pasal merancang keluarga. hurmmm. rumit memikirkan bagaimana aku mahu mengatur ayat supaya tidak disalahfahamkan. orang kita suka membuat telahan dan begitu cepat menghukum. nanti aku salah bicara dan tetiba aku tidak boleh beranak - maka akan dikata itu balasan tuhan untuk aku. orang kita sungguh suka play god, kan?

aku merancang untuk berkahwin secepat mungkin. bukan semata kerana aku begitu gelojoh mahukan zuriat yang comel gebu untuk menghiasi hidup kerana umur semakin meningkat. aku sudah tak sabar untuk hidup berdua, mencintai dan dicintai dengan halal dan keredhaan. walaupun kami sudah bercinta bertahun-tahun lamanya - masih aku mahu bercinta lagi dan lagi tanpa jemu. ada yang kata perkahwinan menjemukan tanpa zuriat, tapi pinta aku berilah aku masa untuk berdua dulu. sekarang pun aku sangat sibuk. terlalu sibuk sampai banyak yang terpaksa dikorbankan. aku mohon berilah aku masa untuk bermanja-manja dengan suami. biarlah aku seorang dulu, aku tak mahu berebut kasih dan perhatian bahahahaha. aku obses hihihi.

bercerita tentang perkahwinan itu amanah, zuriat juga sama. dengan diri aku yang serba kekurangan ilmu, amal dan kewangan - berilah aku masa. aku mahukan kualiti over kuantiti. betapa rasa berdosanya aku jika amanah itu diabaikan. didikan harus sempurna. memang orang kata it will come naturally to you, tapi aku benci eksperimentasi. ini soal hidup anak aku. terbayang suatu hari nanti aku akan lepaskan anak aku untuk dikahwinkan pun sudah buat aku sedih, aduhai jika apa-apa terjadi dalam hidupnya entah bagaimana pula aku rasa. aku mahu hidup selesa. mahu kehidupan bukan lagi beban. mahu anak aku merasakan bahawa life is not that bitchy. aku mahu anak-anak aku dibesarkan dalam serba cukup.

entahlah. the time will come, i know. cuma aku mohon pengertian supaya jangan dipaksa-paksa. ini bukan perlumbaan siapa si penembak tepat. syukur alhamdulillah aku punya pasangan yang berpendirian sama. cumanya hari ini kami begini - esok lusa kalau terbuka pintu hati kami, alhamdulillah moga ummat rasulullah s.a.w semakin bertambah.

for now, i'm not looking for a sharpshooter bahahahaha.

Sunday, March 11, 2012

i've made up my mind.

i tried to be honest, amanah. tapi aku rasa macam tak terdaya lagi. after this, i will print stuff at the office only. it's either printer rosak, or file corrupted - either way aku sudah pun kerugian yang agak banyak today. 

moving backwards a bit today. so upset.


Saturday, March 10, 2012

what proper conduct is proper?

beberapa hari sudah berlalu, meja kerja aku sudah nampak banyak perubahan tetapi masih belum terasa nak ambil gambar dan tempel di sini. furthermore aku rasa penulisan aku tidaklah begitu dinanti-nantikan kecuali oleh encik boifren yang setia membaca bahahaha!

oleh kerana aku sudah sedikit tertekan dek wifi yang topap habis laju lain macam aje dan kadang-kadang signal biol, aku telah membuat impulsive decision. aku sudah ada streamyxxxxx! haruslah lepas ini aku pula yang biol memikirkan bil bulanan hahahaa tak apa, yang penting aku seronok dan asyik pula naik syeikhhh sampai tak sedar masa berlalu ikh3.

hurmmm kelas minggu ini seronok, aku dah semakin faham. tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membaca buku teks dengan tekun walaupun lecturer game aku; suruh baca and cari itu ini untuk next class tapi tak tanya pun - aku dah semangat dah, okay~ tapi tak mengapa, sebab now aku lebih faham dan aku pun banyak berkomunikasi dalam kelas, bukan lagi mengangguk-angguk sahaja tanda terlelap hahahahaaa.

weekend ini aku tak pulang ke kampung halaman, ada kenduri kahwin nak kena attend. ada tiga sebenarnya, tapi mampu pergi dua sahaja. yang lagi satu aku belikan hadiah sajalah. sebab ada tiga kenduri kahwin dan semua pun kenal, maka haruslah bajet ciput untuk hadiah dibedak-bedak. untunglah kalau ada kawan yang kahwin tunggal untuk minggu itu keh3. beginilah nasib bila sudah mencapai umur tertentu - ramai pulak yang menyahut seruan berdua lebih baik maka aku akan semakin sengkek ooohhhhh begitu rhyme sekali waaaaahahaa.

namun yang sepatutnya menjadi isi utama omelan aku sebenarnya hal lain, bukan hal kahwin ini mahupun hal belajar mahupun hal meja kerja, aku nak berbicara tentang zuriat aka bunting pelamin, tapi itu nanti-nantilah. sekarang aku nak cerita perihal perangai pengantin. no offense bagi sesiapa yang membaca, aku cuma bercerita kerana aku yang merasainya - dan kerana aku perempuan emo haruslah ada elemen api sikit keeennnnnn hihihi.

majlis hari ini berlangsung di tanjung karang. aku menetap di bangi. jadi kau agak-agak berapa jam perjalanan? we were very excited. kami neh pergi kenduri mana-mana pun memang teruja hohoho. sampai di rumah kenduri, no one was waiting at the entrance. no one, okay. nak kata lambat, fine. it was 2+ pm. tapi setahu aku dalam kad kata until 4pm. aku bukan nak minta disambut kompang ke apa, tapi cukup ada orang menjemput makan, sebagai tanda adab terhadap tetamu.

ini dibiarkan terkontang kanting. aku pulak ada simptom kalau ramai orang terus jadi bingung hilang arah, tapi suka pergi kenduri heh apakah~ aku menyapa pengantin perempuan kerana beliau kawan aku lagipun aku nak bagi hadiah yang tak seberapa - malangnya hasben pula kecoh-kecoh memanggil isteri. bukan nak ke mana pun, hanya ke depan sedikit sahaja. dasar tak menyempat betul. dengan pengantin lelaki tidak sabar mahu merokok, seolah bangga mengepit rokok di antara dua bibir dan kemudian dihembus-hembus ke muka tetamu yang sedang makan. adoi jeliknya sikap.

dan by 2.30pm, pengantin sudah angkat kaki untuk outdoor photoshoot. tinggallah kami, makan di meja yang penuh dengan pinggan kotor dan tanpa air basuh tangan. cawan minum pun kami terpaksa minta. kami basuh tangan pakai air sirap, tapi alhamdulillah tangan aku tak melekit pun hhohooh ajaib. kami angkat kaki pulang, tak tahu mahu bersalam dengan siapa, gift pun tak dapat. tak kisah sangat pasal gift tapi kalau aku boleh nampak ada yang hangkut beg tu ke hulu ke hilir tapi tak diberi pula pada tetamu, apa point kau parade sana sini?

kami bergerak pulang, dan aku nampak kawan-kawan opis yang lain baru sampai. and pengantin gone oredi. so persoalannya, apa guna kau datang kenduri meraikan pengantin kalau pengantin tidak menghargai? aku pasti ini sangatlah tidak disengajakan, but aku mohon pengertian kepada bakal pengantin untuk schedule time dengan photographer. tolong consider kawan-kawan opis nak datang jauh, beri mereka masa. mohon anjak time bergambar sedikit. 2.30 is just too early, don't you think?

mujur hati sedikit terubat dapat makan mee udang banjir. sedaaaap. kalau bukan kerana aku sudah kenyam melantak nasi kenduri, mahu aku hirup kuahnya hihihi. dan lebih enak kerana udang sudah dikopek siap-siap. terima kasih, awak. udang manis, awak lagi manis. hik hik gedikss. 

Wednesday, March 7, 2012

i feel like crying. why la i is too careless.

huhuhu rugi ink. kenapa la aku kena conned begini rupa uh uhhuhhh. lepas ni, kena berhati-hati dan kena prihatin. ini sebab tak berhati-hatilah ni yang jadi macam ni. rugi kertas, rugi ink huk3.

on the other hand, i need to install my shelf asap. look at this:




dasar selungguk dua ringgit betol. semua nak longgok bahahahahaa. kalau nak guna printer, longgok atas katil, nak tidor longgok atas printer. boleh jahanam dibuatnya printer ku nanti ikhhhh3. 

i've discovered that lagi sepah lagi senang buat kerja hihii what a theory hohoho. dalam konon study dan buat keja, dan lagi yawwww men blog~ heh nak kemas longgokan atas katil. tapi bukan ke atas printer. mahu letak dekat rak tepi bed cramp2 kan aje semua dulu kat situ.

nanti dah pasang shelf aku post gambar betapa kemasnya working station aku hohoho.

today, i admit that government is not all bad.

i'm living in malaysia, sebuah negara islam - yang majoritinya orang melayu beragama islam. i'm proud to be what i am and where i am. aku bukanlah seorang yang alim, maksum jauhlah lagi kan. tapi sedikit sebanyak terasa amarahnya bila orang label negara aku macam-macam. ditambah dengan rancaknya kewujudan golongan tidak sedar diri, tidak tahu diuntung makin bermaharajalela.

kau datang rumah orang, kau itu tetamu. tetapi tuan rumah sangat baik hati, dilayannya seperti kau ahli rumah. diberi kebaikan, diberi kasih sayang. dijadikan keluarga walaupun budaya, agama, dan cara hidup berbeza. kau hidup senang lenang, yang agaknya jika dibiar kau hidup di rumah sendiri kau mati kelaparan. cukup satu tempoh masa, kau mahukan lebih. dasar manusia tidak tahu berterima kasih.

kau mahu lebih daripada tuan rumah. kau mahu jadi tuan. kau mahu singkirkan tuan rumah. kalau itu berlaku dalam rumah kau, kau marah tak? aku mahu mencarut dek sikap kau, tahu? memikirkan aku ini islam, dan aku ini bangsa penyayang - aku sabarkan.

tapi boleh tak kau semai sedikit rasa hormat? sudah diberi kebebasan memilih agama - tanpa paksa kami biarkan kau mengamalkan ajaran dan kepercayaan kau, kau minta kebebasan berpasangan. haih, janganlah bagi betis nak paha, kawan~

marahnya aku terbit kerana kau meminta-minta berlebih-lebih. it's good to know that you fail. aku tak kisah kau nak buat apa, kalau lubang bontot lebih nikmat bagi kau - itu hak kau. tapi tak payahlah nak kecoh-kecoh, nak gegar satu dunia yang lubang bontot itu nikmat. apa pointnya kau nak minta kebebasan begitu? walhal sudah pun kau buat? walhal selama ini kau buat apa yang kau suka, tanpa kami berkata apa-apa?

pada aku ini bukan isu negara bebas atau tidak. bukannya kita jalan-jalan kemudian ditangkap suruh berkurung. kita aman, kawan. jangan cari pasal, jangan cari gaduh. benci kau, tahu? sebab orang-orang macam kaulah aku jadi semakin racist. aku bukan melayu tulen pun kalau nak diikutkan. nenek aku bangsa lain.

tapi aku sayang negara aku. kerana baiknya tuan rumah, aku masih wujud hari ini. dammmmmm. aku sungguh patriotik rupanya. hihihihi. kerajaan, aja aja fighting! jangan bagi muka sangat pada mereka, tau. mak bapak kita pun akan bertegas bila kita nak buat benda tak betul. do what is right for the country. 

auuuuuummmmmm.

Tuesday, March 6, 2012

sehari berlalu tanpa apa-apa.

hari ini macam kurang produktif. tak banyak yang aku setelkan. merapuuuu. petang kena jaga exam. ada ustaz don daniyal hewhewwwhewwww.

kalau korang rasa dia nampak hensem segak berjubah berserban, you should look how good looking he is when he dresses seperti lelaki korporat. he wears pink, okay. pink. hewhewwwheewwwww.

dulu aku panggil dia freak. pakai jubah, serban tetiba pakai dengan kasut kerja tu. berjalan kaki entah dari mana ke mana. pastu kadang motor dia aduhai kapcai je. dulu salu nampak dia lepak dekat pondok guard apartment aku ni. katanya dia tinggal sini, cuma blok sebelah lah. katanya lah~

tapi sejak rajin masuk tv neh, dah jarang nampak beliau. first time aku jumpa dia masa meeting badan dakwah. serius orangnya, tak sangka sebenarnya gila-gila. ketua pengawas peperiksaan paling tak formal so far i've worked with. aku suka ustaz tak jumud, dan sempoi. satu-satunya ustaz yang treat aku tanpa aku rasa dilabel sebagai ahli neraka huhuhu.

walaupun takdela treat cemana sangat pun bahahaa. hurmm tapi macam aku cakap dekat incik kekasih tadi - antara don daniyal dan dia - aku tetap pilih dia. eh apehal tetiba cerita pasal don daniyal neh hahahahaha.

macam nak meniteh ayaqmata dengaq ceghamah dia neh~

http://www.youtube.com/watch?v=h9TRUvdCO3Q&feature=related

i'm glad my brothers did that for papa.
okay bai.

Sunday, March 4, 2012

hari ahad yang sunyi.

this is weird, you know. having a quiet moment in my room - with the only sound i have is the fan. usually, di rumah sewa aku ini - hujung minggu is hell. kalau tak ada parti, kanak-kanak terjerit-jerit bermain tak kira waktu. i guess mungkin semalam sudah penat bermain aci ligan terjerit-jerit sampai pukul 2pagi.

hari ini, aku berjaya basuh baju - the thing yang aku nak buat semalam tapi gagal bahahaaa. sungguh kuat kuasa penolakan whenever it comes to baju dan seangkatan dengannya hihihi. and aku dah berjaya balut buku, dan aku sudah berjaya study 3 pages already of my textbook.

me, with the shortest attention span - it's an accomplishment to have read three pages bahahahaaa. and now entering page 4 wowwwwzeeeeee. this semester aku ambil 2 subjek sahaja, itu pun sudah tidak menang tangan. muka boifren sudah semakin jarang dibelek. ada masa terluang hanya fikir tidur sahaja.

dan aku sudah mula bangun awal. tiada lagi erti kata bangun di tengahari buta. selalunya by 9 am aku sudah gusar memikirkan macam-macam nak kena buat. good things, hoh? subjek sem ini cuma discourse analysis dan research methods - tapi macam biasa aku pun bias, aku lebih suka kelas research method, and aku lebih suka subjek research method because i'm familiar with it and the lecturer sangat comel dan kelakar in her own way.

macam kelas discourse analysis, aku boleh relate and boleh faham but the class is so dull after one hour aku dah lost attention. masa degree dulu ada belajar sikit-sikit tapi sumpah dah lupa semua bahahahaaa. lecturer dia baik je tapi aku neh ha yang nakal tak boleh nak fokus. tapi kerusi kelas tu memang tak best, tak selesa. i'd prefer to have a desk rather than sitting on a chair yang siap attached macam dulang tu. kelas is straight three hours - just imagine me, with a great great grandmother back - sitting for that long hours.

maybe you would say i should excuse myself and go out and stretch myself for a while, take a short walk to the restroom but that's just not me. i'm paranoid. i don't go out during classes, not even to pee. i'm nerd like that. i am just too scared that i would miss something very very important bahahahaa paranoid i am.

heh what the hell i'm here rambling where i'm supposed to study 26 pages more as the class is tomorrow. the shortest attention span i have.

Saturday, March 3, 2012

hari yang produktif, perhaps?

hari dimulakan seawal 9 pagi. compose message tetapi after half an hour baru sedar tak send muahahahaa. sejak ada meja study, bangun sahaja aktiviti pertama adalah on leno, and surf the net. tang neh kena sedikit berdisiplin kalau tak mahu seharian tak jadi keja ngehngehngehhh.

so far, by noon dah ada few things berjaya diselesaikan. hope by tonight, i've done:
  • beli buku untuk kelas 
  • read an article and make summary of it
  • basuh baju and lipat cadar yang sudah dibasuh
  • install modem @ ampang
  • find articles for literature review
  • start with my chapter 1 and 2
 
    macam banyak. mari mencuba! chayok chayoooook!

    Friday, March 2, 2012

    she has lost her virginity, at last.

    i'm talking about my car, in case you wonder whom i'm talking about in the entry title. hihihi my car, which i named after my favourite drama character, meredith grey. dah nak masuk tiga tahun umur beliau. and semalam, for the very first time aku bawa beliau untuk diservis di workshop luar. bye bye proton service center, bye bye aunty cakap bolot-bolot, bye bye akak muka ketat. i'm surely gonna miss them, seriously.

    walaupun semalam sudah pecah dara akibat perbuatan aku sendiri, grey tetap menunjukkan prestasi yang baik. senyap je enjin almaklumlah tukar minyak enjin jenis lain yang aku tau dia eco friendly dan boleh jimat minyat katanya. tapi dek kerana aku sakan melenjan dia semalam untuk ke kelas la pergi bangi beli dominos bla bla bla, aku rasa tang jimat tu tak berapa nak positip sangatlah bahahahahaa.

    hurmmm semalam dan hari ini are gonna be quite hectic but thank god i got to sleep early last night. and hari ini bangun dengan muka fresh dan terasa lebih cantik juga bahahahaaa gila. tapi selepas berpeluh-peluh ketiak kerana ke hulu ke hilir, maka sudah menjadi comot seawal jam 10.30 pagi. aku jangka menjelang petang karang muka aku dah macam selipar koyak heh apakah perumpamaan ini.

    okaylah, kerana nak menekunkan diri baca 9gag, i shall stop here. lagipun nanti mahu ke pejabat kwsp untuk claim duit yuran. wuuu duit claim tu nanti pun nak bayar kredit kad. heh nasihat free aku untuk semua readers di luar sana, if it happens to be korang bacalah, kan - never ever apply or own a credit card. it's gonna haunt you forever. i give my credit card a name - kad puaka. the more you use it, the more your crave for more and more and more ha nampak tak aku tekankan ayat more banyak kali sebagai tanda - it will never be enough.

    haih. life was happier without a credit card. but it is now easier with it. so choose. nak senang lepas tu susah, atau nak susah lepas tu senang. you make the call. 

    have a nice day!