apa yang bakal aku coretkan di sini, mungkin akan mengundang persepsi negatif ke atas diri aku. ini isu sensitif. tapi aku fikir aku berhak untuk merasakan apa yang aku rasa, kerana setiap individu itu dilahirkan berbeza-beza hati dan akal fikirannya, walaupun mungkin rambut kita sama hitam.
dan apa yang membuatkan aku mahu menulis tentang itu adalah kerana ini. bilamana aku membaca apa yang tertulis, aku sepertinya memahami isi kandungan itu betul-betul walaupun aku ini belum lagi beranak pinak. kahwin pun belum, sudah fikir pasal anak. tapi memang aku begini. aku sering fikir tentang masa depan dan kemudian rungsing begitu begini. tapi aku rasa, kerana itu aku begitu kuat menghadapi apa sahaja - kerana aku sudah memikir dan membayangkannya lama dulu.
tapi usah bimbang, risau itu cuma di situ. aku orangnya bukan selamanya rungsing hihihi. cerita kali ini pasal merancang keluarga. hurmmm. rumit memikirkan bagaimana aku mahu mengatur ayat supaya tidak disalahfahamkan. orang kita suka membuat telahan dan begitu cepat menghukum. nanti aku salah bicara dan tetiba aku tidak boleh beranak - maka akan dikata itu balasan tuhan untuk aku. orang kita sungguh suka play god, kan?
aku merancang untuk berkahwin secepat mungkin. bukan semata kerana aku begitu gelojoh mahukan zuriat yang comel gebu untuk menghiasi hidup kerana umur semakin meningkat. aku sudah tak sabar untuk hidup berdua, mencintai dan dicintai dengan halal dan keredhaan. walaupun kami sudah bercinta bertahun-tahun lamanya - masih aku mahu bercinta lagi dan lagi tanpa jemu. ada yang kata perkahwinan menjemukan tanpa zuriat, tapi pinta aku berilah aku masa untuk berdua dulu. sekarang pun aku sangat sibuk. terlalu sibuk sampai banyak yang terpaksa dikorbankan. aku mohon berilah aku masa untuk bermanja-manja dengan suami. biarlah aku seorang dulu, aku tak mahu berebut kasih dan perhatian bahahahaha. aku obses hihihi.
bercerita tentang perkahwinan itu amanah, zuriat juga sama. dengan diri aku yang serba kekurangan ilmu, amal dan kewangan - berilah aku masa. aku mahukan kualiti over kuantiti. betapa rasa berdosanya aku jika amanah itu diabaikan. didikan harus sempurna. memang orang kata it will come naturally to you, tapi aku benci eksperimentasi. ini soal hidup anak aku. terbayang suatu hari nanti aku akan lepaskan anak aku untuk dikahwinkan pun sudah buat aku sedih, aduhai jika apa-apa terjadi dalam hidupnya entah bagaimana pula aku rasa. aku mahu hidup selesa. mahu kehidupan bukan lagi beban. mahu anak aku merasakan bahawa life is not that bitchy. aku mahu anak-anak aku dibesarkan dalam serba cukup.
entahlah. the time will come, i know. cuma aku mohon pengertian supaya jangan dipaksa-paksa. ini bukan perlumbaan siapa si penembak tepat. syukur alhamdulillah aku punya pasangan yang berpendirian sama. cumanya hari ini kami begini - esok lusa kalau terbuka pintu hati kami, alhamdulillah moga ummat rasulullah s.a.w semakin bertambah.
for now, i'm not looking for a sharpshooter bahahahaha.
bang..bang..tembak x tepat. hahaha..alah lain org..hidup masing2..cara masing2. parents gue pun merancang..elok jer anak 4 org..xde rezeki utk kelime jer. jgn layan sgt sikap 'act like a god' tu.
ReplyDeletebersepah sepahhhhh hahahaha. wah kalau ada yang kelima tu pastilah sudah ada suv sekarang kennnn hihihi.
Deletebetol. orang kita suka berlagak tuhan. mencik tau~
acah2 alim konon. pcaya bomoh tu alim plak ker?
ReplyDeletetu bukan alim. kita putar abang halim boleh la hahaha.
Deleteaku x setuju degn apa yg blog tu kate.. kwn dia tu contoh yang extreme.. u can survive with a lot less money than that.. kalau bersederhana.. sekian time kasih.. hehe
ReplyDelete