tak kisahlah kau darah daging aku atau tidak, kalau ada yang tidak kena pasti aku khabarkan dengan paling ikhlas. Kerana kasih, bukan kerana aku mahu melukakan siapa-siapa. Ikutkan hati, mati. Jangan mudah percaya hanya kerana cinta. Aku ada satu cerita. Kisah cinta lama yang bertaut kembali, tapi kali ini lelaki itu suami orang. Perpisahan kerana patuh pada kemahuan ibu, lalu dinikahi wanita pilihan. 30 tahun berlalu, bertemu kembali cinta lama pantas hati bertaut kembali. Mulut manis, dikatanya selama ini tidak pernah wujud rasa cinta, tapi beranak pinak juga. Haih kalu aku jadi isteri, pasti sudah berkecil hati. Dikata isteri lebihkan anak-anak, tapi kalau suami tidak boleh melepaskan cinta lama, apa bukan anak-anak penguat jiwa? Mungkin isteri sudah pasrah lantaran 30 tahun mengharap cinta sang suami. Persoalannya, baikkah suami itu? Penderaan dalam rumahtangga bukan hanya ketika suami memukul isteri. Seksaan hati itu lebih m enyakitkan. Orang kita selalu baca kitab sebelah. Haih. Walau kau darah daging aku, dan aku gembira melihat kau bahagia; yang salah tetap salah. Jangan kerana cinta hati kita dibutakan. Nauzubillah.
politik dan manusia tidak dpt dipisahkan. kita sokong apa yg kita percaya. kita rase betul apa yg kita percaya wpun perkara itu nampak slh. how can u nk bercinta kt org yg terang2 tak jujur dan hati kpd isterinya?
ReplyDeletebetol. haih mungkin patut buat sambungan cerita bertajuk 'bila hati dah suka' bahahaha.
Delete