Thursday, March 22, 2012

what's wrong with you, women?

i am a woman. but watching this stirs up my anger. ohh i'm easily getting angry hehehehe. such a hot tempered lady i've become. but then again, it annoys me to see people yang konon fighting for women's right but actually, not mewakili all women pun. they just feel like they represent women as a whole, but i don't want to be represented by a bunch of saiko women bahaha matilah kena kutuk lepas ni. 

aku rasa sesetengah wanita terlalu memperjuangkan keadilan yang sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif. dan yang paling tak seronok, bila kau turut mengaku berjuang untuk keseluruhan kaum wanita. funny, okay. nak jadi activist, go ahead. but please maintain your sanity, dignity and professionalism. benci aku tengok terjerit-jerit suruh orang jangan menjerit. motif?

aku sebenarnya teringat tentang nasihat yang pernah papa wariskan pada aku dulu. konon nak menulis tentang itu. entah macam mana terstumble across vid neh, terus teremosi. hah dasar wanita tulen. nampak kat situ, kan? sebab tu aku tak jadi activist. sebab aku ini wanita tulen. penuh emosi. nanti aku meroyan berjuang terjerit-jerit, kan ke memalukan seluruh kaum keluarga? nak berjuang boleh, tapi didiklah anak-anak agar menjadi insan yang berguna, yang baik akhlak budi bahasa. sebab mereka generasi akan datang. yang akan merubah dunia harapnya.

ini kalau mak dah terpekik-pekik, bapak cop orang rude tanpa menyiasat latarbelakang cerita dan kejadian, kau rasa anak kau besok jadi insan yang mulia ke? confirmlah anak kau akan sentiasa rasa dirinya betul, angkuh dan suka berdebat dengan gaya bongkak walhal jika dibuat dengan sopan dan santun lebih manisnya di mata orang.

eee buang masa aku tengok mak-mak takda kerja lain neh. nak kata hidup ditindas tak ada pulak yang aku tengok pakaiannya compang camping, koyak berlubang sana sini. awak nak jadi leader ye? atas padang? bahahahahaha mari gelak ramai-ramai. aku lagi bangga jadi leader depan mata anak-anak. berentap di dapur memasak untuk anak dan suami. merempit nak ambil anak balik sekolah eh ini jangan tiru. heh daripada anak aku malu tengok aku berarak di padang. kompem kena bahan dengan kawan-kawan bahahahaa.

hurmmm meh nak cerita pasal warisan daripada papa. aku ini dulunya tempat dia berleter mencurah rahsia mak nenek ilmu rumahtangga. tapi tang 18sx tuh bapak aku taklah cerita banyak sikit-sikit itu pun macam ada tak ada diselit-selit aje. antara intipati utama tentang hormatkan suami. bapak aku selalu meluahkan kerisauan bahawa aku ini ada potensi degil nauzubillah bahahaha. ish apalah bapak aku ni.

jadi dia selalu pesan, walau apa pun jadi, letaklah suami di tempat paling tinggi. menjadi aku, mestilah aku melawan bahaahaa dengan menyatakan kalau suami tak hormatkan aku bagaimana? kau tahu bapak aku jawab apa? kalau dia suami yang baik, tak mungkin dia akan buat macam tu. dan kalau dia begitu - makanya redha jela. kamu yang pilih nak kawen dengan dia. ha telan ajelah hewwwheewwwhewwww. 

takda maknanya bapak aku nak bela anak dia heh. lepas tu berborak lagi tentang isu anak lelaki anak perempuan. bapak aku kata, kalau kamu kahwin papa kena lepaskan kamu. dah tak boleh paksa-paksa kamu balik rumah. kenalah ikut suami cakap macam mana. kalau kamu balik, baliklah. tapi jangan balik sorang. mesti suami kena ikut. aku melawan lagi, kata kalau asyik-asyik balik rumah dia je, keluarga kita macam mana? bapak aku bilang, anak lelaki ni sampai mati syurga dia bawah tapak kaki ibu. dan syurga kamu bawah tapak kaki suami. jangan melawan, redhakan saja. suami yang baik takkan dera isterinya zahir dan batin. kalau pun dia buat macam tu, redha jela. dah kamu pilih dia.

heh sedih. pak aku memang lagu tu. tapi dek kerana nasihat dia itulah, aku rasa susah dan senang aku masih setia bersama. sebab itulah pilihan aku. bila duduk sorang-sorang ni, teringat papa. paling tak boleh lupa bila dia usap belakang aku dan bilang, kamu anak yang baik walaupun kuat melawan. macam manalah bila kamu kahwin nanti. bahahaha sedih pulak haih.

sekarang, papa tak perlulah risau macam mana aku bila aku kahwin nanti. so far, aku yakin dengan pilihan aku. dulu papa tanya, boifren aku macam mana. elok ke dia layan aku. jawapan aku ketika itu masih sama dengan sekarang. dulu papa angguk dan suruh aku kahwin bila dengar jawapan yang aku beri. aku rasa, kalau papa masih ada pasti dialah orang yang paling gembira mendengar khabar aku akan berkahwin.

hurmmmm.

2 comments:

  1. masaklah makanan yg sedap utk suami. hehehe..nnti i tlg kemas rumah. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. first kenala jadi suami dulu bahahahahah bagus tak antiklimaks i hahaha papa said i'm good at it hihii.

      Delete