Wednesday, March 14, 2012

bila malam ditemani kesunyian. *eceh tajuk tak menahan.

aku tetiba kelaparan pula. tapi macam dah lambat sangat nak mengunyah. kebelakangan ini, aku terasa seperti rindukan keluarga. teringat mama, adik beradik. teringat lawak jenaka bodoh mereka, kisah umpatan dan membahan, gangguan mereka sampai aku tak boleh tidur asyik ajak bersembang. tapi maaflah adik-adik, kakak you olls neh cukup time je memang tertutup mata neh hahaha.

kadang-kadang aku rasa aku lebih disayangi adik-adik lelaki. tapi kadang-kadang jela, ikut nasib bahahaha. dasar perasan. my only little sister pun kadang-kadang boleh tahan jugak kasar gurauan dia tu - something yang dia takkan buat dengan kakak sulung. oh kakak sulung sangat super sensitip huhuhuhu. nak kata aku tak sensitip tu tak jugak kadang selalu je dia jadi mangsa aku marah hihihi.

dalam dunia neh, macam mana pun kita meluat dan bengang dengan adik beradik kita, tetap diorang lah yang kita cari. tetap mereka tu jugak yang paling best. kami adik beradik memang buas, bila bergaduh memang berguling-guling ah. taktik pergaduhan paling keji aku pernah guna hahaha kalau nak cerita memang malu dan terasa bodoh. tapi waktu nak berlawan dah tak pedulik dah hahahaa.

kakak sulung aku pun bukannya betul sangat. tapi kadang tu aku teringat juga dekat dia. orang kata air dicincang takkan putus - memang betol sangatlah. since kami dah dewasa neh, masing-masing pun dah professional. kalau ada yang tak berkenan tu, diamkan aje dan blah dari tempat kejadian. takda maknalah nak bergaduh bertekak macam dulu-dulu.

haih rindu betul lah. tak sabar nak balik weekend neh. walaupun aku tahu belum tentu lagi dapat lepak borak dengan semua. ahhh janji mama ada. balik sehari pun jadilah. buat lepas rindu. hihihi mellowwww meow betul malam-malam neh.

lets get back to work, bebeh.

2 comments:

  1. ke teknik sundol org? hahaha...kerje pun kerja jugak. family come first. sekejap pon jadilah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik sundol tuh dah jatuh tangga ke-2 selepas teknik grab and squeeezzzeee bahahahahaha.

      hehhehe betul2 tetiba teringin nasik lemak kg melayu tuh pehhhhhh sedap nyew.

      Delete