Wednesday, March 21, 2012

layan blues.

lately aku rajin memasak. seronok sebab jimat sangat hihi. cuma masih tak berapa nak biasa dengan sukatan bahan-bahan lagi. hari ni sedap, sok masak lagi sekali tak berapa nak sedap. keciwaaa hahaha. banyak benda aku tak pernah masak, aku berjaya masak. woooohaaa satu achievement untuk wanita berkerjaya macam aku, sila tepuk tangan hihihi.

memasak memang memenatkan, tapi sebab aku enjoy dan dibuat dengan penuh kasih sayang untuk perut-perut yang tersayang juga, maka seronok jadinya. setakat hari inilah, esok lusa aku tak tahulah kan. harapnya masih sama kerana masakan isteri dan ibu itu yang paling baik untuk suami dan anak-anak ecececehhh. 

semalam aku pergi library information literacy program. program ini untuk pelajar baru. tak wajib pun, tapi digalakkanlah sebab objektifnya nak membantu pelajar access and evaluate information from various sources effectively. semangat aku nak pergi sampai ambil cuti lagi. yelah, aku sekarang dah ada motto hidup yang baru - i need all the help i can get. so this is one of them lah selain bantuan kewangan hahaha. sementelah aku punya mode memang thesis - aku memang semangat nak buat research rather than coursework. maklumlah, aku gelojoh nak kembangkan kerjaya wootttt wooootttt.

tapi sedih sebab orang kita tak minat dengan program ilmiah begini. bilik dipenuhi orang asing yang semuanya semangat nak tahu, nak belajar. mereka suka bertanya, tak kisahlah soalan bodoh ke hapa. orang kita? batang hidung pun tak nampak. nanti later on semua nak kena suap, nak disediakan. selalunya orang kita suka benda free, tapi ini yang free pun tak datang. mungkin sebab no free food. ke terlalu sibuk?

aku tak kata aku baik. tapi seolah sudah jadi tabiat orang kita, perkara yang tak wajib, yang tak diambil kedatangan selalunya dianggap tidak penting. hakikatnya, only you can decide if it matters or not to you. one of my friends even said, "buat apa pergi, boleh godek sendiri aje nanti". i don't have much time like you guys, perhaps. i can't afford to waste my time on menggodek. plus, i may not be as smart as you guys.

so biarlah aku ini jadi skema macam selalu. hikhikhik.


p/s: foreplay is essential. eh i mean roleplay. eh eh hahaha. nantilah aku cerita kepentingan ini dalam kehidupan. bila aku tidak sebegitu sibuk heh.

4 comments:

  1. yg kate boleh godek sendiri tu..kalau sok2 die tanye banyak..sepuk je kepala die. of course semua mende u boleh godek sndri..tpi kn lebih mudah & cepat kalau ade guide..tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dia takkan tanya ah. dia duk fac lain bahahaa. yang u maksudkan tu so far dia tak cakap pape, and i didnt bring up the subject too.

      program tu bagus, walaupun i didn't do much but it helps me saving time by focusing and narrowing my search. attendance petang tuh lagi sedih. less than 10 people beb.

      janganlah diorang serik but program sebab sian orang semangat macam i neh ha hihihi.

      Delete
  2. mende free..why not pgi kn. bb kn jenis suke wat keje forever alone. tayah byk2 tanye org kenn..pantas bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha forever alone tu tak menahan tu. prefer buat sorang sebab mostly pun bukan full time students. nak ajak diskusi this friday pun tatau lagi jadi ke tak. everybody is sooo busy kenn.

      Delete