trend perkahwinan di malaysia membuatkan aku selalu rungsing. dengan fikir belanja mahal, nak jaga hati polan sana polan sini pondan situ eh eh hahaha. tapi bila baca entri neh, macam terbit rasa insaf getu~
aku pun tak terlepas daripada expectation orang bahawa kerja pensyarah jadi hantaran kena at least 10k. siap riak takabur dengan mak aku anak dia dapat hantaran 10 ribu. yang dah dipaksa kahwin sebab mengandung pun boleh pak paksa nak 10k jugak padahal eloklah budak jantan tu nak bertanggungjawab. but i'm glad itu bukan perangai my parents, and siblings. mak pak aku janji kami kahwin cara elok diorang dah cukup happy dan lega. bak kata bapak aku yang tak berhenti menangis di hari dia menikahkan kakak aku, terasa seperti seketul batu diangkat dari dada beliau. kami ingat dia tersedu menangis sebab sedih nak lepaskan anak tapi rupanya dia kata syukur sangat, dia dah berjaya menyelamatkan diri daripada kakak aku hahahahaa.
tak seronok jadi pensyarah neh, orang expect kau banyak duit. bagi duit raya rm2 kena kecam, kata kedekut. ingat aku ahli sihir ke boleh tukar daun ke batu ke jadi duit. hish gilaaaaa. neh nak kahwin neh, dan sangat mengenali sedara-sedara - aku sedang usahakan untuk membiarkan mak aku uruskan perbincangan dengan keluarga pihak lelaki. masuk je mak menakan pak menakan, mahu ada yang pi menikah kat sempadan nanti bahahahaa. eh aku memang rebel pun. cubalah kalau mau tengok grrr grrrrr.
nyampah kau tahu, bila kau terkedek-kedek datang rumah mak aku semata nak brag berapa harga pelamin anak kau, mak andam anak kau yang setakat 3k tu je aku tak heran la. lepas tu kau sudahi dengan ayat 'ala kalau keja pensyarah mesti lagi glemer kawin, tu pun kalau jadi.. tak elok kawan lama-lama prek prek prek' kau saje je kan nak bakar mak aku? ishhh.
nyampah kau tahu, bila kau terkedek-kedek datang rumah mak aku semata nak brag berapa harga pelamin anak kau, mak andam anak kau yang setakat 3k tu je aku tak heran la. lepas tu kau sudahi dengan ayat 'ala kalau keja pensyarah mesti lagi glemer kawin, tu pun kalau jadi.. tak elok kawan lama-lama prek prek prek' kau saje je kan nak bakar mak aku? ishhh.
tapi mak aku nih pulak sangatlah pemaaf dan baik hati - nak jugak diheboh dekat adik beradik dia yang aku nak kahwin. hakikatnya, dia yang nak sangat aku kahwin. memanglah aku nak kahwin cuma bukan dalam masa terdekatlah tapi omak den neh dah tak menyempat-nyempat. katanya kalau pun dia nak kahwin lagi (eh ehhh mak aku ni) dia nak lepaskan aku dulu. heh sikit pun aku tak kisah siapa nak jalan dulu.
yang kelakar tuh, mak aku buat statement katanya segan takut orang kata maknya dah kahwin dua kali anak daranya tak naik pelamin lagi. pulakkk. eh sebenarnya aku nak cerita perihal hantaran dah tercerita benda lain pulak isk iskkk.
aku tak kisah sangatlah berapa hantaran aku. papehal aku cuma fikir nak entertain kenalan yang datang and haruslah dibuat di dewan. yang lain, janji aku selamat bernikah sudah. dah tak sabar nak bersembang hal dunia bersama sebelum tidur. eh eh hahaaa.
insaf bace n3 jumie. tapi btol ah..org mtk hantaran kdg2 bkn utk kegunaan..tpi lbh kpd nk menunjuk digit tersebut. haih~ mcne la ni ek. dlm quran xde plak sebot angka mahal2 ni melainkan mas kawin. antara adat dan hukum ;)
ReplyDeletetau tape. orang kita salah konsep pasal mahar. mahar tu hadiah untuk isteri. ada negeri mahar cuma 22.50. itu ke nilai hadiah kau nak bagi pada isteri? isteri kau cuma layak untuk banyak itu je? gila pathetic.
Deletememanglah hantaran tu guna untuk persiapan kenduri. tapi tak ada dinyatakan kena buat kenduri besar-besaran, berhabis beribu-ribu. kalau pikir macam tu, 100k pun tak cukup.
janganlah jadi bodoh. i don't want to be part of this absurdity. so let's make a difference, sayang. aku tanak anak-anak aku jadi mangsa of this sickening society and tradition.
elok-elok anak aku nak bernikah cara baik, hanya kerana mementingkan wang ringgit - anak aku bergelumang dengan dosa. haih berat hukumnya tu.
takbir~ hehehehe
ReplyDeleteterus kendur nafsu aku nak berjuang dia neh tau.
Delete