Saturday, March 10, 2012

what proper conduct is proper?

beberapa hari sudah berlalu, meja kerja aku sudah nampak banyak perubahan tetapi masih belum terasa nak ambil gambar dan tempel di sini. furthermore aku rasa penulisan aku tidaklah begitu dinanti-nantikan kecuali oleh encik boifren yang setia membaca bahahaha!

oleh kerana aku sudah sedikit tertekan dek wifi yang topap habis laju lain macam aje dan kadang-kadang signal biol, aku telah membuat impulsive decision. aku sudah ada streamyxxxxx! haruslah lepas ini aku pula yang biol memikirkan bil bulanan hahahaa tak apa, yang penting aku seronok dan asyik pula naik syeikhhh sampai tak sedar masa berlalu ikh3.

hurmmm kelas minggu ini seronok, aku dah semakin faham. tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membaca buku teks dengan tekun walaupun lecturer game aku; suruh baca and cari itu ini untuk next class tapi tak tanya pun - aku dah semangat dah, okay~ tapi tak mengapa, sebab now aku lebih faham dan aku pun banyak berkomunikasi dalam kelas, bukan lagi mengangguk-angguk sahaja tanda terlelap hahahahaaa.

weekend ini aku tak pulang ke kampung halaman, ada kenduri kahwin nak kena attend. ada tiga sebenarnya, tapi mampu pergi dua sahaja. yang lagi satu aku belikan hadiah sajalah. sebab ada tiga kenduri kahwin dan semua pun kenal, maka haruslah bajet ciput untuk hadiah dibedak-bedak. untunglah kalau ada kawan yang kahwin tunggal untuk minggu itu keh3. beginilah nasib bila sudah mencapai umur tertentu - ramai pulak yang menyahut seruan berdua lebih baik maka aku akan semakin sengkek ooohhhhh begitu rhyme sekali waaaaahahaa.

namun yang sepatutnya menjadi isi utama omelan aku sebenarnya hal lain, bukan hal kahwin ini mahupun hal belajar mahupun hal meja kerja, aku nak berbicara tentang zuriat aka bunting pelamin, tapi itu nanti-nantilah. sekarang aku nak cerita perihal perangai pengantin. no offense bagi sesiapa yang membaca, aku cuma bercerita kerana aku yang merasainya - dan kerana aku perempuan emo haruslah ada elemen api sikit keeennnnnn hihihi.

majlis hari ini berlangsung di tanjung karang. aku menetap di bangi. jadi kau agak-agak berapa jam perjalanan? we were very excited. kami neh pergi kenduri mana-mana pun memang teruja hohoho. sampai di rumah kenduri, no one was waiting at the entrance. no one, okay. nak kata lambat, fine. it was 2+ pm. tapi setahu aku dalam kad kata until 4pm. aku bukan nak minta disambut kompang ke apa, tapi cukup ada orang menjemput makan, sebagai tanda adab terhadap tetamu.

ini dibiarkan terkontang kanting. aku pulak ada simptom kalau ramai orang terus jadi bingung hilang arah, tapi suka pergi kenduri heh apakah~ aku menyapa pengantin perempuan kerana beliau kawan aku lagipun aku nak bagi hadiah yang tak seberapa - malangnya hasben pula kecoh-kecoh memanggil isteri. bukan nak ke mana pun, hanya ke depan sedikit sahaja. dasar tak menyempat betul. dengan pengantin lelaki tidak sabar mahu merokok, seolah bangga mengepit rokok di antara dua bibir dan kemudian dihembus-hembus ke muka tetamu yang sedang makan. adoi jeliknya sikap.

dan by 2.30pm, pengantin sudah angkat kaki untuk outdoor photoshoot. tinggallah kami, makan di meja yang penuh dengan pinggan kotor dan tanpa air basuh tangan. cawan minum pun kami terpaksa minta. kami basuh tangan pakai air sirap, tapi alhamdulillah tangan aku tak melekit pun hhohooh ajaib. kami angkat kaki pulang, tak tahu mahu bersalam dengan siapa, gift pun tak dapat. tak kisah sangat pasal gift tapi kalau aku boleh nampak ada yang hangkut beg tu ke hulu ke hilir tapi tak diberi pula pada tetamu, apa point kau parade sana sini?

kami bergerak pulang, dan aku nampak kawan-kawan opis yang lain baru sampai. and pengantin gone oredi. so persoalannya, apa guna kau datang kenduri meraikan pengantin kalau pengantin tidak menghargai? aku pasti ini sangatlah tidak disengajakan, but aku mohon pengertian kepada bakal pengantin untuk schedule time dengan photographer. tolong consider kawan-kawan opis nak datang jauh, beri mereka masa. mohon anjak time bergambar sedikit. 2.30 is just too early, don't you think?

mujur hati sedikit terubat dapat makan mee udang banjir. sedaaaap. kalau bukan kerana aku sudah kenyam melantak nasi kenduri, mahu aku hirup kuahnya hihihi. dan lebih enak kerana udang sudah dikopek siap-siap. terima kasih, awak. udang manis, awak lagi manis. hik hik gedikss. 

2 comments: