Saturday, May 19, 2012

cengeng.

semalam aku pergi memenuhi jemputan pelajar. diorang organized dinner untuk persatuan. salah satu persembahan adalah mendeklamasikan sajak sempena hari guru hari tu. student aku pulak tu dalam hati aku dah terdetik ish janganlah yang sedih-sedih bahahahhaaa.

lepas tu yang paling tak menahan, dia memang pandang aku, ke kebetulan aku yang semangat bagi eye contact sebagai tanda aku mendengar. kawan-kawan lain sibuk melantak tapi memang lepas tu aku pun makan laju-laju sumbat-sumbat ah sebab terharu hahahha adoiyai cikgu hati tisu rupanya aku ni.

kawan-kawan semua membahan kata sajak je kot. tapi entahh... kalau kau kenal dia sebagai pelajar yang pemalu tapi sanggup nak ke depan dan bersajak sakan demi guru-gurunya, aku rasa kita sebagai gurunya patut rasa sesuatu. nanti lepas ni, bila students buat tak endah dekat kau, janganlah kata mereka tak tahu menghargai.

dah kalau mereka semangat buat dinner nak meraikan kita, buat persembahan nak hiburkan kita tapi kau tak datang, datang pun tak menghargai usaha mereka - apa yang membuatkan kau rasa kau juga layak dilayan bak raja sepanjang masa?

respect works both ways, despite age. appreciation too.

2 comments:

  1. btol..diorg kne tau hakikat yg kalau xde pelajar, guru xde keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. and takde guru takdela pelajar. masing-masing memerlukan.

      Delete