i've had been on top of mount kinabalu when i was a teenager. masa tu fit lagi. tapi dalam konon fit tu, seksa yang amatlah nak sampai puncak tu. it felt like forever. dengan muntah-muntah lagi. dengan mengantuk yang teramatnya lagi. and it was freezing beb. sumpah sejuk gila sampai pakai baju berlapis-lapis pun tak membantu. hidung, pipi macam daging beku i tell youuuu.
tapi sampai juga peak dengan bantuan sherpa bahahaaa. tak, mereka tak pikul aku, okay. mereka suruh aku berjalan sendiri sambil mereka tolak aku naik hahahahaa gila gedik. tapi kalau bukan kerana bantuan mereka, pasti aku tidak akan sampai ke puncak dan melihat satu pemandangan yang super menakjubkan.
kalau cuaca baik, macam masa aku pergi tu - kau akan nampak bandar kota kinabalu. lampu-lampu bergemerlapan dari kejauhan. kau nampak dunia yang sangat luas. yang macam cerita mitos tuhan-tuhan greek duduk tengok dari atas tu. perasaannya, MasyaAllah subhanallah wallhamdulillahhh tak terbilang. cantik sangat. terasa seperti kau terapung di atas awan. lupa kejap betapa azab time nak naik tadi hampir mengalah berputus asa terasa macam nak golekkan diri turun ke bawah je bahahahaa.
aku ingat lagi, dari bawah nak naik ke tempat penginapan memang tenat la walaupun tak bawa barang macam sherpa tu. diorang angkut tong gas rileks je; menganga aku tengok. sepanjang perjalanan boleh makan beri-beri tumbuh meliar. masam gila tapi kalau nak merasa lepas tu nak gebang pernah makan beri gunung kinabalu bolehlah cuba. ada tupai-tupai yang jinak. kalau kau letak makanan kat tangan dia akan datang makan. tapi tengok angin dia jugak kot. aku memang ada isu sikit dengan binatang. beruang je yang sudi peluk aku. dek kerana dipeluk beruang lepas tu rusa pun dah tak sudi nak mai dekat sebab bau melekat eh tapi tu cerita lain hihihihi.
di tempat penginapan tu, ada satu restoran. kalau duduk di beranda, memang kau rasa goddess sangatlah. mana tidaknya, cahaya matahari petang main sembunyi-sembunyi, tak terlalu terik menikam mata, cuaca sejuk berangin, dan di tepi kau adalah gumpalan awan. masyaAllah, memang tak tergambar perasaan kagum. lepas tu minum pulak secawan teh panas, adoyai nikmat.
malangnya, malam dilalui dengan siksa kerana kesejukan yang amat. betapa baiknya organizer beri kami penginapan tanpa heater. sekor-sekor dah macam anak ayam berhimpit-himpit duduk nak bagi panas badan. memang ada disediakan selimut tapi alahai nipis lagi daripada kain kapan sumpah tak tipu. lepas tu tak sejuk gedik pulak... terkejung aku duduk dalam selimut yang macam ice suhunya. otak bijak bagi idea, masak air, letak dalam botol lepas tu letak dalam baju. pakat ramai-ramai menggunakan dapur gas. semua pun gembira sekejap sampailah gas habis. semua muka macam mati laki hahahaaaa.
pendakian ke puncak mesti di tengah malam. maka kau bayangkanlah sejuknya toksah cakaplah. berlaga bibir atas dan bawah. nak bercakap memang tak mampu sebab terlalu sejuk. tambah dengan high altitude sickness lagi memang tak membantu sangatlah. cakap sikit, bluweeeekkk muntah kat tepi bahaha such a limp aku ni. lepas tu kawan sangat baik, offer tolong bawakan beg bekalan air dan coklat aku. dek kerana aku terlalu perlahan sebab nazak dah time tu, dia tinggalkan aku. with no help at all, just myself. air takde, coklat pemberi tenaga pun tak ada. and aku muntah sepanjang masa. i was dehydrated, mual pening sakit kepala migrain, and was super sleepy sebab oksigen semakin sikit. tu yang aku end up tergolek kesejukan. kalau sherpa tu tak dibukakan hati nak tolong aku, memang kompem boleh ada tajuk berita gadis menjadi batu bahahahahaaa.
masa turun dari puncak kemain laju. tetiba sehat gatal betol aku ni. sampai di gunting lagadan (tempat aku menginap), terus check out, makan dan rush turun ke timpohon. aku tengok budak-budak laki macam makan dadah - laju gila mereka. kagum. tapi malam tu tak kagum dah sebab kebanyakan budak laki kena angkut naik ambulan sebab tak sihat. muntah bebbbb. aku dah tak muntah tapi kepala berpusing ah. tidur pun boleh rasa pusing-pusing hohoho.
dan esok trip pergi pasar filipin, semua orang jalan macam robot - termasuk aku. sumpah ketat sendi mendi hahahaa gelihati bila fikir balik.
haih rindu. dahlah gambar semua tak dapat disimpan atas sebab teknikal. haruslah pergi lagi sekali. 2014 boleh kot hihihihi. kinabalu, here we come. that time, aku tak lagi seorang. haruslah ada geng pansit bersama hahahahhaa.
incik suami, mari kita buat misi adventure untuk digebangkan pada anak cucu cicit nanti. esheh.
ish insya allah time tu luf yg tolong i panjat kot. berkat usaha main walker..treadmill..
ReplyDeletehahaahahaha harapaaannn.. dah tua lutut pun menua jugak. nak naik dia penat kaki sebab naik tangga yang banyak gila.
Deletekalau fikir-fikir balik dia susah sebab lenguh la. plus oksigen kurang. and sejuk. and semangat yang kusam sebab asyik muntah je hihihi.
hhihih cayok2. stamina kne mantap.
ReplyDelete