Monday, May 28, 2012

lagaknya macam tuhan.

aku sudah lama berhenti tengok berita, dan baca suratkhabar. bosan amat. media memang antara medium kerajaan menyebarkan dakyah. aku tak kata kerajaan betul atau salah. pihak pembangkang pun merapu. cuma nasihat aku pada manusia di luar sana, beringatlah sebelum berkata apa-apa.

manusia takkan pernah sempurna. manusia itu fitrahnya pelupa. daif dan mudah dipengaruhi. kalau tidak masakan adam tercampak ke dunia kerana lembutnya hawa. jangan libatkan politik bila orang ditimpa musibah. jangan sewenang-wenangnya kau cap bahawa itu balasan Allah di atas kecelakaan orang.

kau siapa? tuhan ke? mana kau tahu dosa pahala orang? kau nampak raqib dan 'atid mencatit, eh? kau maksum ke yang sampai senang-senang nak kata itulah balasan Allah bla bla bla dan kemudian kau kaitkan hal politikus keji pula.

haih. Islam itu indah. Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih. jangan kau cemar minda orang dengan pemikiran kolot begitu.

kau bukan tuhan. jadi jangan sewenang-wenangnya kata kemalangan di perhimpunan belia itu sebab kerajaan batalkan ceramah ustaz azhar idrus. sepertimana kau lafazkan kata 'kun fayakun - maka terjadilah ia', anggaplah bahawa ini qada dan qadar yang sudah Allah tentukan tarikh sekian sekian masa sekian sekian si polan sekian sekian akan ditimpa kemalangan. 

bukan "nah kemalangan ini balasan sebab menghalang ceramah". Allahuakbar, sedangkan ustaz pun boleh terlepas kata menyinggung hati orang - tapi bila tayar kereta dia pancit kau kata itu dugaan dalam berdakwah, dugaan dalam hidup untuk menguji iman. kenapa tidak kau kata itu balasan Allah?

jangan dicemar iman kau dengan lagaknya seolah kau tuhan yang bisa menentukan dosa pahala orang, balasan apa untuk ini dan itu. nauzubillah, minta aku dan semua dijauhkan dari hati yang busuk.

kalau kau taksub politik, jangan disamakan dengan membela agama Islam. mahu aku lempang muka kau laju-laju heh marah sungguh ni.

2 comments:

  1. selective mindset. mende yg die nampak baik die sebut..gebang. mende buruk yg bakit mrk..diorg buat2 x nampak. haha karut la beb~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakit mereka tu macam bahasa filipin cite bakekang plak bahahaaa.

      ha tau tape. dapat kat aku tu mau aku lempang laju-laju bagi diam daripada meracau-racau nak jadi ayah pin junior la tuh bahahaa.

      Delete