Saturday, May 26, 2012

pelik itu subjektif.

kalau di pejabat, dalam sesetengah perkara kawan-kawan melihat aku seorang yang pelik. mempunyai taste yang aneh. aku kumpul barang berunsurkan katak. walaupun tak banyak macam the real collector tapi ada la jugak hahahahaa.

but to my family, mereka melihat aku sebagai cerewet. bukan pelik. taste aku tak sama, aneh dan pelik - tapi mereka panggil aku cerewet jugak bahahaha. pasal bab nikah kahwin, macam mana aku nak majlis aku nanti - mostly aku influence mak aku untuk bersetuju hihihi. mak aku baik sikit, tak macam mak-mak orang yang nak demand-demand ni ehem eheeem. konsep mak aku mudah, janji anak dia kahwin. dahlah nak suruh kahwin pun kemain liat, nanti letak syarat itu ini mak aku kata memang sampai ke sudah aku membujang bahahahaa. mak aku tak kisah, kata dia ikut suka aku dan pasangan. tak cukup duit, buat cara tak cukup duit. selalu kalau mak aku nak itu ini aku diam je, atau straight maklumkan, "sorry, no budget allocation for that. deficit." hahaha pinjam ayat tempat kerja ahak ahak. kalau mak aku nak jugak, maka haruslah beliau bersifat lebih generous terhadap aku anaknya yang kedekut ini bahahahahaa.

eh sebenarnya nak cerita pasal kepelikan menjadi aku. ha taste aku memang aneh. tadi aku saje browse-browse tengok gambar, maka makin jelas dan nyatalah bahawa taste aku tak sama dengan yang di rumah, mahu pun di pejabat. nahh layankan ajelah gambar.












walaubagaimanapun, apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah, aku sebenarnya sangat mendengar kata. bab cincin, hantaran ni, mostly aku serahkan pada pasanganlah. kalau dia kata pakai cincin tikam, pun aku terima. sebabnya, apa sahaja yang membahagiakan dia pastilah membahagiakan aku. nak jadi isteri, kenalah belajar untuk redha dan yakin pada suami, yakin pada Allah. sesungguhnya, manusia itu penuh kelemahan tapi tidak Allah. jadi, yakin. ecehhh ustajah pilihan sungguh aku ini.

hak hak hakkkk. why oh why tak ada mood nak buat kerja. asyik fikir nak kahwin aje. seeeeee? ni yang malas nak kahwin. tak pasal jadi suka berangan. heh.

*picture source: incik google*

2 comments:

  1. uish mmg pelik tu designye. hehe nnti dh ready kite pi jumpe kak G kt mines ok. hak3. luf u bb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kaannnnn... Tapi kadang kat gambar cantik tapi masuk kat jari ketot gemuk i neh serrrr jadiknye keh3.

      Hoyeh hoyeh tak sabar nak carik pasal ngan kak g hahahaa.

      Delete