dalam hidup ni, if you don't have nice words to say to others - my advice is you'd just better shut the mouth up.
heh entri macam emo. tapi taklah emo mana. aku cuma cakap berdasarkan observation. orang kita, kalau becok tu, becoklah sangat pulak. sampai kadang benda tak perlu cakap pun nak cakap. nak cerita habis semua dekat orang. nak nasihat sana, nasihat sini. konon ambil berat. tapi hakikatnya, percakapan itu menyakitkan hati orang. jadi kat mana yang konon kau ambil berat kalau daripada awal hati orang tak pernah difikirkan?
orang kita, kalau konon dah berkawan baik tu, semua nak dilanyak. rasa apa sahaja okay. nak cakap apa pun takpe. sebab kawan baik. kawan baik pak hang la kalau asyik dok tanya bila aku nak kahwin, dok cakap dosa pahala semua tak elok kawan lama-lama, nikmat dah kahwin neh lain bla bla bla padahal sebelum ni hang bercinta sakan jugak. cuma nasib kau baik sikit je dapat kahwin dulu daripada aku. kalau hang dah kahwin, tak bermakna hang lagi bagus daripada aku.
yang makcik-makcik pun samalah. dua kali lima. lagi satu orang kita suka sangat tegur pasal saiz badan, berat badan bila jumpa. macam dah takde modal lain sangat dah. bosan weeehhh. kalau jumpa mesti tanya dah kahwin ke belum. kalau belum bila nak kahwin pulak ditanya. ingat aku tuhan ke nak tau takdir aku cemana. kalau tak pasal kahwin, pasal berat badan pulak. suka tegur aku gemuk, makin berisi, macam tong, bagai dipam-pam bla bla bla.
kadang aku tak tahan sangat, aku jawab je - gaji banyak of course la makan pun kena banyak. yang kurus neh orang miskin je. kalau tak miskin, bela hantu raya makanan semua pi kat hantu belaan. eeeee geram geram aku memang geram.
pointnya, aku memang sedar diri. tapi aku tak perlukan orang-orang tak berkait nak tegur aku macam-macam sangatlah. pi jaga laki hang lagi bagus heh.
dah aku nak bersiap. kalau pikir pasal orang yang akal senteng neh, boleh up terus darah aku bahahaaa. tak, aku tak emo. aku cakap je.
aku kan becok.
org becok ubatnye nasik ayam penyet wong solo. hahaha
ReplyDeleteeiiippp jangan sebot. nanti tetiba mengidam cemane cemane?
Deletehahaha mmg dh biase luf ngidam kenn...hehehe
ReplyDeletekalah makcik bunting bahahhaa.
Delete