Sunday, May 27, 2012

hari yang produktif, perhaps?

wahai kawan-kawan,

today aku bangun awal. aku tidur semalam dekat pukul tiga pagi. pukul tiga pagiiiiiii *lagu p ramlee tetiba berdendang dalam kepala*. namun bangun pagi awal sungguh seawal jam tujuh. aku period, jadi jangan buat spekulasi aku ponteng subuh *ahakssss*.

bangun pagi dimulakan dengan rutin ke tandas, menukar apa yang patut. lately tidur sering terganggu. aku rasa harus tukar brand hesssshhhh. kemudian, sambung golek tetapi tidak tidur. malah seronok bermain game di ipong. game baru download malam tadi. seronok nok nok. tapi masih mengantuk terpisat-pisat. merasa sangat bersalah kerana tak sedar ada texts yang banyak daripada incik boifren kerana beliau tidak sihat. walaupun aku tidur-tidur ayam tetapi bila dia message time tu la aku terlena sedap gilos tak sedar apa. maaf ye hihi.

terpisat-pisat. incik boifren texts mahu ke airport menghantar bapa tersayang. seronoknya ada bapa lagi meh kita share bapak nak tak? eh eh hihihi. sebagai menebus rasa bersalah, maka aku bangun menelaah ecewah menelaahlah sangat padahal analisis pamplet yang sepatutnya dah buat lama dah. dengan harapan pukul 10 nak pergi jimbojim jadi semangat menelaah pamplet ayat demi ayat, baris demi baris.

tau-tau dah pukul 10.30. semua gara-gara selingan 9gag dan blog tah sapa-sapa. maka tetiba perut mula menggelabah minta dikosongkan. dan terus bersiap memecut ke jimbojim. gaya dah meletup macam atlet, sekali jimbojim tutup. ciss bedebah. maka terkocoh-kocoh balik rumah, ingat nak tapau food for lunch sekali kawan kata dia bawa bekal nak makan kat opis time diskusi jap lagi, maka jimatlah duit ku hihihi suka suka sukanyaaaa. apa saja yang menjimatkan pasti disukai hati hahahaha.

sampai di rumah, niat murni mahu mengemas bagi mengeluarkan peluh. tetapi tengok sahaja dapur terus mati selera. dapur adalah satu kawasan paling aku tak suka kemas. dapur aku tak best. tapi aku pandai masak hahaha apakah kaitannya. badan menggigil. adoyai paling tak best kalau sampai bab ni. hurmmm cepatlah menunjukkan kesan supaya aku tidak lagi perlu menggigil dan loya mual lagi.

sekarang, aku sedang mengemas laptop. menyusun-nyusun folder bagi kemas supaya senang merujuk ecewah selama ni main tempek ikut suka. aku selalu juga kosongkan recylce bin tapi boifren suka check time aku tak kosongkan ia. maka telinga ku bakal londeh bahahaha. haruslah mengemas secantik mungkin kerana files semakin banyak. sejak sambung belajar ni, artikel masyaAllah bertimbun. harapan nak baca tinggal habuk ajelahh. too many too little time ecewah itu dia alasan padahal time management sendiri sucks.

patut study tapi dok sebuk update blog. padahal bukan ada ramai readers mahupun akaun nuffnang untuk buat duit. kalaulah setiap post dapat duit, aku rasa aku sudah kaya nyeh nye nyeeeehhhh.

rindu mama. i want to call her. bye.

4 comments:

  1. mamo blk kl biler? hihihi weekedn yg sadis..patutnye bergembire..tpi due2 x sehat plak. huhuhu..sejuk ah cm nk demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi call dah otw balik kl dengan pak lang. haaaa kena rehat kat rumah je tu taleh jenjalan ngan i keh3.

      Delete
  2. alaa..sbb luf sebuk kn..sbb tu i brehat je kt umh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke sebab luf tak yang tak boleh tunggu... oohh lupa nanti lewat sangat malas dah nak keluar. okaayyyy.

      Delete