bila sudah diajar untuk tidak sewenang-wenangnya bercerita tentang itu, aku simpan membukit apa yang bermain di minda, dan apa yang terdetik dalam hati. apa yang aku sebenar-benarnya rasa dan fikir tentang itu, sedalam-dalamnya aku sembunyikan daripada manusia di luar sana.
tapi aku cuma manusia biasa. adakala hati sudah tidak mampu berbohong. tidak lagi mampu berada dalam penafian. tapi tetap mulut dan tangan aku tahankan. jangan dibocor, dibilang siapa-siapa. wajib diam.
papa sudah berpesan. dulu aku iyakan, sebab aku ingat dia akan berada sama aku bila saat ini tiba. tapi papa sudah tiada.
dan aku sudah hilang tempat mengadu. the only one yang membenarkan aku bercerita tentang itu tanpa ada prejudis. mama ada, tapi sifat semulajadi seorang ibu makanya suka melindungi. jadi, bahaya. aku tak boleh cerita. papa sudah pesan, jangan bilang sama mama. nanti mama susah hati. nanti mama tidak boleh kawal hatinya sendiri.
jadi pada siapa aku mahu cerita. dada ketat bagai dipeluk tak mahu lepas.
jika papa masih ada, what would he say to me? mahu benar aku luahkan pada dia, tanya sama dia - biarpun jawapannya cuma hadir dalam mimpi.
mari tidur. aku benar mahu mimpikan papa dan bersembang panjang macam selalunya. hampir dua tahun berlalu - ada masa terasa bagai dirobek hati, direnggut jantung menahan kerinduan pada papa.
my wise old man. can we meet again?
tidurlah..kot jumpe dlm mimpi ;)
ReplyDeletehihi salu kalu asik terpikir-pikir memang termimpi-mimpi kan.
Delete