Wednesday, May 23, 2012

jangan dikenang apa yang tiada.

hari ni cuaca mendung. macam tahu-tahu je perasaan aku yang tetiba sedih ececeh so drama queen. semalam, masa dinner we talked about so many things. pasal sedih bila papa dah tak ada. pasal kena kuat untuk orang lain. pasal kesediaan menerima kehilangan. masa papa meninggal, kami semua tak bersedia. macam tiba-tiba je. walaupun papa memang sakit sebelum tu, tapi semua pun positif. tapi Allah maha mengetahui, masa papa dah sampai. yang paling terkesan is adik-adik akulah.

sampai sekarang aku masih termimpi-mimpi terbayang-bayang memeluk adik-adik masa di hospital. masa doktor beritahu papa dah tak ada. masa peluk mama sambil mama dok ulang-ulang cakap allahuakbar menahan kesedihan. adik bongsu aku menggigil-gigil tahan nangis. rasa seperti diri aku terawang-awang. macam tak pijak bumi. yang aku ingat, aku peluk papa. berpeluh dahi dan badan dia. sejuk. muka papa macam tengah tidur. aku minta maaf, dan cakap terima kasih sebab dah cuba bertahan, and thank you for being a great father to all of us. 

bila tengok ahli keluarga semua sangat sedih, tetiba aku rasa macam perlu untuk kuat untuk semua. jadi aku diam aje. aku tak nangis depan mereka. aku nangis bawah bantal, bila nak tidur. airmata meleleh tapi aku diam je tak berbunyi. kesian mama and adik-adik, itu yang aku fikir. sampai adik laki aku siap message nak pinjam sunglasses aku sebab nak cover mata merah. kami memang begitu. kami tak reti tunjuk kat orang perasaan kami. 

haih kenapalah aku bukak cerita ni. sedih betul. dah hampir dua tahun berlalu, kami masih bersedih sebenarnya. buat para pembaca yang tak seberapa, hargailah orang yang ada. yang ada mak dan ayah, korang sangat beruntung. 

dan tak kisahlah berapa pun umur kita, bila orang yang kita sayang dah tak ada, tetap kau menangis macam anak kecil. aku rindu nak dengar papa gelak. dan papa membahan aku. rindu sangat. tapi sekarang incik boifren dah ambil tempat tuh.

jadi bila aku rindu, aku gelaklah memikirkan betapa beruntungnya aku kerana disayangi. aku tahu, papa mesti seronok ada orang boleh jaga aku sebaik dia. 

haih. sedih. sob sob sob.

2 comments:

  1. oh shit! *gaya2 luf bercakap* tgh lawan dgn ninja cutting onion n garlic ni. luf u bb~

    ReplyDelete
    Replies
    1. denggggg. *bila ninja kalah dengan bawang*

      luf u always. tq sebab selalu buat i ketawa.

      Delete